Monday, March 14, 2016

Taska Cik Kembar Terbakar!!

Malang tidak berbau ... kejadian cemas 29/2/2016

Lunch hour, tengah beli pampers, dapat panggilan drpd suami, "awak, saya odway nak balik nih, taska adik (cik kembar) terbakar!"
 
!!! Allahuakbar, menggigil lutut, berdesup ke parking, terus ke taska. Tengah drive, tak putus2 berselawat, baca ayat apa2 yang ingat, doa tak putus2, selamatkanlah anak-anakku, anak-anak taska dan semua yang ada dlm taska tu ... menggigil badan mak tau! Macam2 bayangan buruk bermain-main dlm kepala masa tu. Cepat2 tepis bayangan buruk, doa diselamatkan semuanya.

Selamatkanlah mereka, Ya Allah.... Suami call lagi, "saya dah bawak balik kembar ni, dah ada kat rumah ni!" Allahuakbar ... rasa nak nangis ... mereka selamat. Kata suami, Alhamdulillah semua selamat. Allahuakbar, Allah lindungi anak-anak syurga! Allah lindungi semua yang ada dalam taska tu.  Saya dan suami tak lupa bersujud syukur. Syukur Ya Allah.
 
Cik kembar dah selamat kat rumah dgn papa nya, so saya singgah sekejap jenguk cikgu-cikgu n anak2 taska yang lain. Bomba masih ada di tempat kejadian. Dada masih belum hilang debar, cikgu2 pula sambil bercerita, sambil menangis. Allahu, saya pun ikut bergenang air mata. Masih ada anak2 kecik  menunggu mak2 dtg ambik. "Tecer, tecer, mana mama kiter!" Mereka menumpang duduk rumah jiran.
 
Menurut cikgu taska, kejadian berlaku sejurus 5 minit anak-anak yang kecil tidur. Tingkat bawah pula ada anak-anak yang sedang belajar dengan cikgu. Ia berpunca daripada litar pintas dari arah stor belakang (tingkat bawah)
 
Menurut salah seorang penyelamat (bukan bomba), tujuh orang ada kat tingkat tiga (taska 3 tingkat), Tak boleh nak keluar ikut tangga sebab asap dah berkumpul di situ. Allahu, lagi sekali dada saya berdebar. Siapa la kat atas tu. Cik kembar kah? Setahu saya, sebelum ni, budak2 kecik kebanyakannya cikgu akan bawa naik  tidur kat atas, termasuk cik kembar.

Cikgu dan anak-anak taska yang berada di tingkat tiga turun melalui tingkap yang dipecahkan oleh penyelamat (mereka yang lalu di depan taska ketika kejadian), dan turun menggunakan tangga kayu. Betapa gigilnya dan tak tau nak gambarkan perasaan saya apabila membayangkan situasi cemas itu! Allahuakbar! Macam-macam perkara saya bayangkan, macam mana kalau tk dpt pecahkan tingkap tu? Macam mana kalau lambat selamatkan budak2 yang kat atas tu, macam mana kalau tak de tangga kayu tu. Allahu ... syukur Allah lindungi mereka! 



Gambar yang dikongsikan oleh seorang rakan di status FB saya. Bila tengok gambar ni..Saat - saat mencemaskan, menggigil badan, bayangkan anak anak keluar ikut tingkap ... Allahuakbar nk nangis!
 

Dah sampai rumah, saya peluk cik kembar sekuat hati. Si abang-Ghazi, baju hitam (asap), kuat bau asapnya. Adik-Ghufran, bajunya ok. Berkemungkinan, Ghazi kat atas. Ghufran mengadu, "mama, Abang Aji (panggilan untuk ghazi) nangis. Ada api!"

Walau apa pun, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semuanya selamat.... Nak nangis, berdebar, gigil, semua bercampur baur!

Lindungi anak-anak kami Ya Allah...



'Menumpang kasih' sehari di pejabat mama. Lepas tu anak-anak taksa menumpang di taska lain (owner yang sama). Alhamdulillah, sekarang dh kembali ke taska mereka, walaupun masih belum dibaikpulih sepenuhnya.


10 comments:

mama tisya said...

alhamdulillah smua terselamat..sure riso kn sbb ank2 kt taska tu

Aida Salleh said...

Alhamdulillah mereka semua selamat. Nasih baik ada penyelamat yang datang membantu. Syukur sangat2...

Sue Abd Aziz said...

Ya Allah... Kak Su ddebar Na masa baca status di FB tu... syukur alhamdulillah semua selamat. Masa baca entri ni pun sebak rasa. Ya Allah Kak Su tak leh nak bayang perasaan kita masa tu deh... Kenaling sangat la. Boleh pengsan kalu Kak Su gitu... apapun syukur pada Allah SWT.

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah...lega smua selamat
Lemah seluruh badan bila membacanya...

Nabila Syifa said...

Mujur anak2 x apa2

Ahmad Hasif said...

alhamdulillah semua selamat.. berdebar juga apa bila baca ni..
tpi nak tahu juga dekat situ takde tangga kecemasan ke? sebab selalunya ada tangga kecemasan dan ada alat pemadam api.. tinggi juga tu tiga tingkat..

Jalan2 sini.. Jom baca,,

Penting ke penggunaan https dalam SEO Ranking?> site.

Mummy Julia said...

Ya Allah seriaunya baca... Sib baik kembartak apa2.. cuma kesian dgn nasib yg lain..

Mummy Julia said...

Mummy baca pun sedih tau.. feel mak mak yg baca..

Iela Fazielah said...

ya allah...berdebar baca.... ila dah lama xaktif blog... br bc posting pasal`ni....alhamdulillah anak2 semua selamat

LYAfrina said...

alhamdulillah..smua ank2 selamat.. mmg cemas n mdebarkan klo kna mcm ni..lg2 bimbang kselamatan ank.. syukur smuanya ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...