Monday, July 31, 2017

Ada Lagi ke Gambar Raya? ;-))

Hai ... salam Isnin.

Layan gambar raya yang cipu-ciput ni, boleh ke? (Sis tak rajin nak taip panjang-panjang). Gambar raya yang masih berbaki dalam phone ;-))

Bergambar mana-mana yang sempat. Upload sikit-sikit untuk kenang-kenangan.



 
Berdua lebih baik? ;-))



Yang lain-lain tak mau bergambar.
 


 
Orang lain tak mau, tak pe lah, kita berdua  kasi close up sikit. Hahaha!
 


 
Yang ni pula kat department kite. Persiapan kecil 'Pelamin Aidilfitri' sebelum sambut raya @department
 

 
Okey, pelamin siap, mari kita posing! ;-))
 

 
My department -sebahagian staf yang ada.
 


Sudah-sudah le tu, raya dah habis ... fuhh! ;-))
 
 
Uols ... ada lagi ke gambar2 raya, menu makan-makan raya yang terselit kat celah phone tuuu...  hiihihhi

Tuesday, July 25, 2017

Kurung Moden Cotton ... OOTD ke ni? ^__^

Gara-gara tukang jahit dah tak nak terima kain pasang, gigih le usha2 baju siap yang simple, comel tapi murah!

Pada mulanya kite dah reda, pasrah, baju raya tak de ... pakai je baju yang ada. Reda dalam paksa, hahha. Tup tup member cerita ada ig kurung moden cotton yang best!

Kurung moden cotton daripada Karabum Fabulous!


OOTD le sangatt! ;-))


Pelbagai size, dari yang kecik molek, sampai la yang besar comel. Yang best, potongannya cantik, corak cotton yang comel-comel, harga berpatutan (sepasang tak sampai seratus pun), dan cottonnya bukan jenis yang renyuk sangat tu.

Suka cotton? Bolehlah terjah kedainya di

Tingkat 2-186,
Plaza Idaman,
Jalan 6/21 D,
Gombak 53100 KL

Mon: Closed!

ig: karabum.fabulous

Saya risau nk shopping baju online, nak kena pergi try jugak. So, dah tengok design di ig, Ramadan hari tu, terus terjah kedainya.

Mak oiii, panjang beratur nak masuk kedainya. Tak sangka ramai peminat cotton ni, atau kes diaorang ni sama mcm saya, tak de baju raya nak pakai? Hahaha. Suka2 je tuduh org macam2 ;-))

Gigih kite beratur, nasib baik le ada size dan ia sangat menepati citarasa saya yang memang suka cotton; simple, nice giteww ;-))
#sayasukacotton



Dua pasang-cukuplah untuk raya kedua dan raya ketiga ;-))

Raya pertama kite pakai batik (crepe) - bukan baju baru pun, dah pakai masa kenduri adik ipar awal tahun! ;-))



Tuesday, July 11, 2017

Gambar Raya 2017 yang Seadanya ;-))

Bila tengok gambar yang sangat le banyak dalam henpon ni, tapi banyak yang blur, kelabu asap n macam-macam yang tak reti nak describe, terus pening nk pilih dan terus malas nak update blog. Sehinggalah hari ni, dah 18 Syawal, gigihkan juga diri update gambar raya. Seadanya! ;-))
 
Raya haruslah meriah, kan, ziarah menziarahi mana yang sempat, tapi gambar raya tak pernah nak cantik. Gitulah, macam selalu, yang kecik-kecik bukan reti nak duduk diam. Nak kumpul cukupkan korum, satu hal, tapi mesti juga nak bergambar, sekurang2nya ada gambar raya untuk kenang-kenangan. ;-))

 
 Gambar blur, tak center, itu biasa, tapi upload juga kat sini ^__^
 
Kahkahkah, kain langsir bergumpal2 ... kalau ya pun nak bergambar kasi lerai la dulu kan, nak cepat punya pasal, tak perasan langsir cenggitu hahha, rosak gambar ;-))
 
 
Gelagat yang kecik2, macam2! Matilanak kalau chef wan tengok anak-anak kite, hahah! Tapi anak2 kite tak pernah ramas2 kuih raya tapi kalau menjerit2 mintak air oren, ada la kot, haippp! Merah padam muka mak bila cik kembar menjerit mintak air oren, so awal2 kite bawk air oren dlm hbag! Hahhaha!
 
Masing-masing terkejar. Kami empat beradik je, yang dah kawin dua, cucu ma 8, 7 lelaki, satu perempuan, tapi sentiasa kelam kabut, yang 4 beradik ni, macam 10 beradik!  ^__^
 
 
Kami empat beradik dgn Ba dan Ma
 
 
 
Anak, menantu  dgn Ba dan Ma. Kamera banyak kat depan tu, sampai naik juling mata kita ;-))
 
 
 
4 Beradik (Raya ke 3 kot ni) ;-))
 
 
Lepas solat raya, nak bersalam, nak make-up, nak belit tudung, yang sorang nak makan, nak susu, nak berkejar ke rumah nenek, rumah mentua, bla-bla... (Kite dh tak de mentua, tapi ipar duai masih ada, semua balik berkumpul rumah arwah).
 
 
Balik solat raya, sambung makan lagi
 



Kami!
 

 
Posing santai di laman rumah Ba



Layan anak-anak ;-))
 

Monday, July 3, 2017

Mood Raya Lagi Ke? ;-))

Lemau ke, lemau?
 
Mood raya masih on. Tapi hati masih tertinggal di kampung #teamrayapasirmas. Nak tak nak, hari ni dah kembali ke rutin asal! Pergi kerja, balik kerja, masak, kemas rumah, urus anak-anak, kemudian tidur ... macam tu lah kehidupan.
 
Hari Sabtu semalam, balik KL, Alhamdulillah, jalan tak jem. Badan penat, raya makan banyak. ;-))Hari ni kite dah start puasa ganti/Syawal. Tak payah nak fikir apa nak makan tengah hari bla bla.
#moodpuasa_on. Raya ni kita main hashtag2 je! ;-))
 
Rasa-rasanya, kite puasa direct sampai Khamis. Jumaat, Sabtu, Ahad, rehat, bagi laluan untuk jamuan raya, open house #teamrayakl  Minggu depan sambung lagi puasa, itupun jika diizinkan-Nya. Insya-Allah.
 
Selamat hari raya, maaf zahir batin yo! ;-))

Dan, selamat berpuasa Syawal :-))

 

**Eh raya hari tu, lupa nak makan ketupat palas (serunding)!   Biasanya arwah mak mertua buat ketupat, bila dia dah tak de, kakak ipar tempah dgn mak saudara. Tapi kite pulok yang terlupa nak makan! Macam mana boleh lupa eh? :-((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...