Tuesday, May 22, 2018

Kerabu Mangga dan Kerabu Telur Masin

5 Ramadan
Bulan Ramadan sinonim dengan pelbagai jenis kerabu. Terutama orang pantai timur, suka sangat dengan kerabu2 ni. Semalam buat kerabu mangga, kebetulan suami teringin kerabu telur masin, maka bergabung lah kami, mangga mama punya, telur masin papa punya, tapi bila makan, sama2 ;-)) Macam biasa la, google je resepi. Guna je mana2 je bahan yang ada. Buat sikit2 je, tak mahu membazir, yang makannya saya dan suami je.
 

Kerabu Mangga (Parutan mangga tak cantik!;-))
 


Kerabu Telur Masin (Cenonet je untuk dua orang makan, hahaha)
 
 
Kerabu Mangga
 
Bahan:

Mangga Muda (tapi mangga kami, dah hampir masak-belasah je lah ;-))
Ikan Bilis (Goreng)
Daun kantan (hiris halus)
Buah Tomato (potong dadu/sesuka hati uols ;-))
bawang merah (hiris halus)
Cili (ikut kepedasan yang mahu) potong
Limau Kesturi/Limau nipis
Sedikit sos ikan (1-2 sudu kecil)

 
Cara-cara
 
-Mangga diparut
-Daun kantan, buah tomato, bawang besar, cili dicampur, perah sedikit limau kesturi (saya agak2 je, ikut banyak/sedikit mangga). Masukkan sos ikan. Perasakan dengan sedikit gula, garam. Masukkan mangga yang telah diparut, ikan bilis goreng. Gaul rata. Siap!

-Kerabu telur masin pun guna bahan dan kaedah yang sama dengan kerabu mangga. Cuma tambah hirisan (halus) halia, bawang putih. Telur Masin (direbus terlebih dahulu). Nak letak kacang panjang (hiris) pun boleh. Ada resepi letak cuka, perut saya tak tahan dengan cuka.
 
-Ada resepi kerabu letak udang kering (halus), tapi saya tak letak, sebab tak de. ;-))

Kerabu-kerabu ni dipadankan dengan menu utama kami semalam, sup tulang dan keli goreng. ;-))



**Nota Dieyana: Petang ni belum ada idea nak masak apa. ^__^
 

4 comments:

Cik Puan Ena said...

Tak pernah lagi buat kerabu telur masin. Boleh cuba nanti.

norhidana said...

kerabu ni mmg menambat selera, tgk kerabu tlr masin tu terus rasa nk tryla... klu tak bosan pulak mkn gitu je tlr masinnya...

mkn lak ngn sup tulang mmg sesuai sgt

aizamia3 said...

Nampak sedap.. cuma tak pernah cuba dengan telur masin.

Julia Johari said...

Kerabu telur masin tu kecur ailio tengok tau, mcm sedap la...kena buat ni nanti...tq dieyana bg idea dekat julia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...