Bukan review berbayar, just nak kongsi je ;-))
Nak baju melayu slim fit katanya. Nak tempah jahit, dah tentu lambat. Sebelum puasa dah aim nak ke Kas Tailor. Tahun lepas, tengok adik lelaki n anak-anak saudara pakai Kas Tailor slim fit, cantik! Pergi Kas, saiz S tak muat nak sarung, sebab tak de zip kat tepi (badan) - body lebar atas hiihih. Saiz M, besar pulok, tak jadi slim fit.
Pusing kedai2 baju melayu di Bangunan Wisma Yakin, Masjid Jamek ... masuk Bak Tailor, saiz dah kena dengan badan, warna ada, tapi kain kilat sangat. Lutut ai dah gigil, orang semakin ramai, perut posa semakin pedih! ;-))
Balik tangan kosong. Kat rumah, sambil baring2, google kat instagram. jumpa baju melayu online, tak berani nak beli. Last2 teringat raya tahun lepas adik suami pakai Zefiks, cantik! Terus buka instagram zefiks, stok dah habis! Katanya tunggu 27 Mei stok sampai.
27 Mei terus terjah ... mak oiiii kedai belum buka, beratur dah panjang. Dengan personal shopper yang datang beli berbondong2 ... beratur nak dapatkan size dan bayar, hampir dua jam!
Fuh, gigih (menggila pun ya kot, hanya untuk satu pasang baju melayu beratur 2 jam). Dah nak sangat kan! ;-))
Dalam instagram, netizen mula mengecam zefiks n owner, proses nak ambik saiz n beratur lama sangat (tak masuk dek akal), staf kelam kabut, macam2 lagi lah. Ermmm ... apa2 pun, ownernya Nik Afik (ore kelate wei,) mewakili The Zefiks n staf dah minta maaf kat customer kerana kesilapan teknikal dan mungkin diri dan stafnya. Dia pun tak sangka orang begitu ramai. Semoga Zefiks dapat mengambil pengajaran atas apa yangberlaku pada hari tersebut.
Instagram: zefikscollection
Apa2 pun, suami puas hati dengan pilihan warna bininya ^__^. Itu pun bini masih pening, belum ada kata putus nak warna apa, sebab warna2 baju melayunya cantik2. Baju bininya boleh je nak match baju melayu warna apa2 pun ;-)) Jahitannya pun agak kemas. Harganya nak kata mahal pun tidak, murah pun tidak, standard baju2 melayu kat butik. Tapi rasanya Zefiks harganya berpatutan, ada sale hari raya,. Sekali setahun apa salahnya kan. Size ngam2, just alter seluar, panjang sgt ;-))
Kedainya di jalan Perindustrian area Bangi juga. Kalau di Bangi Sentral, sah2 sendat jem nak masuk kat situ kan, terutama bulan puasa. Nasib baik la zefiks ni bukan di Bangi Sentral, lengang je jalan nak masuk situ.
Boleh tengok zefiks collection di sini
Photo kredit: Zefiks.com
Sedikit tentang Zefiks:
ZEFIKS is based on Malaysia online brand with currently our physical store at House of ZEFIKS in Bandar Baru Bangi. We are officially launched on September 2012. All of our products are designed and built upon three elements; Modern, Simple and Contemporary.
Photo kredit: Zefiks.com
Keluaran terbaru -Kurta. Nampak cantik! Model (owner Zefiks), tinggi lampai orangnya, pakai apa pun nampak kemas, kan! :-))
Photo kredit: Zefiks.com
Zefiks Resources Sdn Bhd
No.11,Jalan Perindustrian Suntrack,
Hub Perindustrian Suntrack,
Off Jalan P1A Seksyen 13, Bandar Baru Bangi,
No.11,Jalan Perindustrian Suntrack,
Hub Perindustrian Suntrack,
Off Jalan P1A Seksyen 13, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang,Selangor
1 comment:
setahun dulu bolehlah.. la ni.. nak kena slim balik baru leh pakai macam tu.. huhuhu..
Post a Comment