Friday, October 22, 2010

Anak-anak Kita!


Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
(Sedikit petikan daripada lagu "Anak-anak Kita"-M. Nasir)


Perjalanan mereka masih panjang! Namun, nasib mereka TELAH ditentukan oleh Allah SWT. Ibu bapa sentiasa berdoa agar mereka menjadi insan yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Insya-Allah.

Semoga hubungan yang baik ini kekal selama-lamanya!

Hukuman dan Hadiah

Salam Jumaat.

1) Apabila anak2 membuat sesuatu yang menggembirakan hati kita, tentu kita akan memberi pujian berupa kata-kata, memberi tepukan, atau mungkin memberi suatu hadiah yang akan memberi keseronokan kepada mereka. Semua itu adalah sebagai memberi semangat kepada diri anak-anak agar terus membuat sesuatu kebaikan. Atau mungkin ada yang berjanji kepada anak-anak, "okey, NANTI mama belikan hadiah ya". Awas ya, apabila sudah berjanji, ia mesti ditepati. Agar tidak berlaku kekeliruan dalam jiwa anak2. Kalau tidak ditepati, akan berlakulah dialog seperti ini. "Hari tu, mama janji nak beli ultraman kat Iman. Mama tipu Iman, Mama tak sayang Iman." Hahhaha, itu situasi Iman. Saya pasti ramai yang bersituasi seperti ini.
2) Apabila anak2 melakukan sesuatu yang jelas salah, apa yang ibu bapa lakukan? Menengking? Merotan? Dari segi hukuman, bergantung kepada usia mereka. Kata pakar motivasi, melentur buluh biar dari rebungnya. Tentu ada cara terbaik untuk kita meberi hukuman kepada mereka. Memberi hukuman juga ada caranya. Hukuman bukan saja berbentuk fizikal (merotan, sebagainya), tetapi pendekatan secara psikologi perlu untuk mereka, menasihati secara lembut, tetapi tegas. Secara diam-diam, apabila keadaan tenang, cuba dekati mereka. Terlebih dahulu, beri kata-kata aluan, jangan terus ke perkara pokok. Berbual2, barulah tanya KENAPA dia bertidak sedemikian rupa. Kemudian, nasihat kepadanya, jangan ulangi perkara itu. Beri sebab dan akibat yang akan berlaku jika dia melakukan kesalahan tersebut.
3) Hukuman diberi kepada anak2, dengan harapan mereka tidak akan mengulanginya. Contoh: Iman telah melakukan satu kesalahan, dan sebagai hukumannya, Mr Hanapi tidak membenarkan Iman menonton kartun kegemarannya. Itulah hukuman yang berkesan kepada Iman. Rancangan kartun adalah kegemarannya. Seharian tidak menonton kartun, merana badan tauuuu...hehehe. Cuba kalau nak hukum orang dewasa macam tu, tak jalan dik....
4) TETAPI, dalam ketiga2 di atas, mampukah ibu bapa lakukan? Terutama fakta no (2). Pendekatan paling senang, apabila anak2 melakukan kesalahan, ibu bapa terus marah2, bebel2, tangan pasti terangkat juga, paling2 tidak, mencubit. Hahhah. Kalau si ibu, rupa dah macam singa lapar. Si ibu dah jadi lupa diri, sehinggakan anak menjauh hati, menjeruk rasa, lalu timbullah konflik dalam diri mereka. Ikhlas saya mengaku, saya tidak mampu untuk melakukan sedemikian rupa. Apabila anak2 melakukan kesalahan, dengan mudah tangan ini terangkat dan mulut akan membebel. TETAPI saya cuba memotivasikan diri saya, ingin menjadi ibu yang sabar, ingin cuba memahami jiwa anak2 kecil. Apabila perasaan marah menguasai minda, cepat2 beristighfar ... ambil nafas panjang2, hehehhe.
5) Perjalanan anak-anak masih panjang, pelbagai ujian dan dugaan akan mereka tempuhi. Pada zaman serba moden ini, sangat2lah mencabar kita sebagai ibu bapa. Didikan yang baik dan betul oleh ibu bapa, harapan dan doa ibu bapa kepada anak2 agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insya-Allah. (Kadang kala terlintas di fikiran, mampukah aku mendidik anak2 dengan betul, kadang kala bimbang dengan hari2 yang mendatang. Semoga Allah Taala memanjangkan usia dan memberi jalan dan panduan untuk mendidik anak2 kita nanti. Amin.)
(Nota-entri ini lebih merujuk kepada anak2 yang berusia 4-5 tahun)

Friday, October 15, 2010

Tambahan Penting

Erin Adzmi:
Kak nak tambah skit, menurut kata pakar perubatan, menyusu boleh meransang kontraksi..sekiranya semasa menyusu ada rasa kontraksi yang sgt kuat.di sarankan utk merujuk kepada dgn pakar perbidanan dan boleh refer dgn pakar laktasi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

Soal Jawab

Soal jawab antara Dieyana78 dan Erin Adzmi, (Lactation Peer Caunselor).

Dieyana78:
Salam perkenalan Erin. Maaf ganggu. Kak Diana nak tanya satu perkara, kalau pregnant, kita masih boleh susukan anak kan, itu dah jelas. yang musykilnya, "saya tak nak susukan anak saya sbb saya nak anak dlm kandungan saya nanti dpt zat yang cukup dlm susu saya ni'. Confius, seolah2 susu tu akan hilang zatnya kalau menyusu anak yang sedia ada ni. Betulkah mcm tu? Rasa pelik pulak. Rasanya, kalau kita berkemampuan, dr segi kesihatan ms ngandung tu, tk de masalah kan kalau kita teruskan penyusuan kita? (Harap soalan ni tak berbelit2..hehehe)

Erin Adzmi:
Betul, memang ada yg berkata demikian. itu adalah mitos semata2..zat dalam susu ibu itu didapati daripd p'makanan ibu itu sendiri bukan dipengaruhi drpd siapa yg menyusui sebelumnya. Tubuh kita dicipta dgn uniknya. Walaupun kita menyusui anak sebelumnya /semasa bersalin kolostrum tetap terjadi untuk bb yabg baru. Walaupun sebelum bersalin kita memang dah ada susu matang. Jangan risau tubuh badan kita memang dicipta olehnya dgn unik skali dan ada sistem biologinya sendiri. Kita dapat lihat semasa diawal kehamilan penghasilan susu berkurangan untuk memberi laluan kepada hormon2 kehamilan yang diperlukan oleh janin.usah dirisaukan tentang zat susu kerana tubuh akan menjalankan fungsinya sendiri untuk seimbangkan keperluan keduanya. Penyusuan semasa hamil adalah selamat selagi tidak mendtg kan kemudaratan kepada ibu dan kandungan.tidak digalakan menyusui sekiranya ibu ada sejarah keguguran atau pendarahan semasa hamil. Saya pun salah sorang ibu hamil yg menyusui dulu. Kalau nak kata susu utk bb tu hilang zatnya mana mungkin bbsaya membesar dgn baik malah perkembangannya boleh dikatakan lebih cepat berbanding si abg. Kesimpulannya, zat tak akan hilang kalau si abg/kakak bb menyusu semasa bb dlm kandungan.

Dieyana78:
Alhamdulillah....terima kasih erin. info yg sgt berguna utk saya pegang. terima kasih sgt2. banyak perkara yg perlu saya belajar tentang susuibu dan penyusuan. Sekarang, saya tengah mengumpul ilmu tentang penyusuan waktu kehamilan, tandem nursing, dan sewaktu dgnnya...heheh. terima ksih sekali lagi erin.....alhamdulillah...

Erin Adzmi:
Tahniah saya ucapkan buat akak kerana memilih hanya yang terbaik untuk di berikan kepada zuriat..Memang kadangkala kenyataan seseorang sedikit sebanyak akan membuatkan kita terfikir...Tapi akak seorang yang bijak kerana tidak menerima sesuatu secara bulat² tetapi akak bertanya dan cuba mencari second/third opinion..Saya doakan semoga perjalanan akak dan anak² dalam penyusuan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki...Sekiranya akak ada apa² pertanyaan atau keraguan/masalah dalam penyusuan saya sedia membantu...insyaallah...

Wednesday, October 13, 2010

Dekorasi Rumah

Rumah ialah suatu binaan tempat tinggal (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Kecil atau besar sesebuah rumah bergantung atas kemampuan masing-masing dan keselesaan penghuni yang menghuni sesebuah rumah. Seseorang itu pasti mempunyai sebuah rumah untuk berlindung daripada panas/hujan/atau sesuatu yang mengundang marabahaya. Pemilihan jenis rumah juga adalah mengikut kemampuan dan keinginan masing. Mungkin ada yang lebih suka menghuni rumah tinggi (flat/apartmen/kondominium-dgn ciri2 keselamatan yang baik), rumah banglo, rumah teres, town house, rumah kayu (tradisional-nyaman aje kalu malam ya), rumah rakit, dan sebagainya.


google pic


Hiasan dalam rumah juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan seni dekorasi, tatarias sesebuah rumah. Masing2 mempunyai konsep tersendiri dalam menghias rumah. Tidak kira konsep moden, tradisional, inggeris, kontemporari dan sebagainya. Ada juga yang cakap, "rumah saya tak de konsep la, sy pun tak tahu apa konsep rumah saya ni, konsep berserabut kot" Hahhaha, itu pendapat masing2, yang penting keselesaan untuk diri dan keluarga. Bagi yang beranak kecil, mungkin belum memikirkan tentang hiasan ini. Tapi itu tidak menjadikan sebagai alasan besar untuk 'tidak berbuat apa2' ke atas rumah itu. Bagi yang menyewa, tentu memikirkan, "malas lah nak hias2 ni, bukan rumah sendiri pun". Itu diakui kebenarannya, tapi sekurang2nya, biarlah kemas, tidak ada perabot/perkakas rumah adalah perkara biasa, tetapi, suasana rumah yang kemas, atau mungkin juga lapang mengundang rasa kepuasan dalam diri. Ya lah, badan sudah penat, dan rumah menjadi tempat untuk kita menghilangkan rasa penat itu, dan melihat sesuatu yang cantik, kemas adalah terapi kepada kita. (hehehhe...terasa mcm pereka hiasan dalaman tak profesional pula aku nih..mcm poyo/perasan pula, ahhahah).


--Itu baru mukadimah sebenarnya. (panjang nak mampus mukadimah..jgn marah ye...heheh). Ahhahah, sah poyo aku hari ni. Bukan apa2 pun, tadi acah2 aje, konon2 nk jadi macam Eric Leong, ahhahah. Sebenarnya, tengah pening2 nak hias rumah. Rumah yang kecil lagi sempit itu kalau boleh tak nak dikusutkan dgn perhiasan/perabot yang menyerabutkan. Tapi kalau tengok rumahku sekarang, ha, macam botak aje, hehhehe, dinding kosong aje. Jam dinding pun tidak ada. Kalau setakat jam dinding hadiah hari lahir DBP tu ada la. Seperti lawak seorang kakak di ofis ni, "Oh, Diana tengok matahari eh, nak tau waktu" ahhaha, tergelak besar kami. Dan, kata seseorang yang lain pula, "tak pe diana, pelahan2, jangan gopoh2, p survey2." Hahhhaha, menunggu poket penuh ni, haruslah kami survey2 dulu. (sampai tua survey, bikin migrain, hheheheh). Bukannya tidak ada idea tentang hiasan rumah ni, majalah dah rujuk, mcm2 laman kat intenet aku dah rujuk, cuma ongkosnya belum mencukupi buk, hheheheh. Migrain ... migrain, hehehehe. Tapi kadang2 perasaan takut untuk membeli sesuatu tu ada juga, kan tak kena dgn konsep aku ni, tersalah beli, lagi migrain. Warna tak kena lah, warna tak masuk lah, nampak 'darat' (tau 'darat'?heheeh). Hai, banyak songeh/cerewet pula dia ni ya ... itu pun antara sebab kecil tertangguh juga. Ala, bukan apa pun, rumah sendiri, nak juga puaskan hati sendiri kan. Mahal atau murah sesuatu yang nak tu, perlu difikirkan juga, untuk kebaikan jangka masa panjang. Kadang2, sesuatu yang cantik itu tidak semestinya mahal. Perlu memilih yang terbaik, dan untuk mendapatkan sesuatu yang murah atau cantik, kenalah banyak survey dek non, heheheh. "Jauh berjalan luas pemandangan", ataupun, "jauh berjalan, penat kaki weiiii". Hahhaha.


Kontemporari-Kemas, Menonjol, Menyerlah, Berdimensi: Anda sentiasa mendahului, mendorong dan tidak takut kepada sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan stail. Garis-garis kemas dan ringkas sofa kulit anda digabungkan dengan warna-warna garang bantal balingnya. Corak hiasan anda yang progresif meraikan keperibadian.


(**Nazli Kimin: Admin Senihias.com. Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise-"Gaya Hiasan Serlah Personaliti")


(Nota: Walau apa2 pun, perancangan yang rapi dan teratur adalah perlu untuk memuaskan hati. Jangan menyesal di kemudian hari. Okey, bertemu di lain entri. Agak2 ada sambungan tak untuk entri ni? Hhehehe, jangan marah ya! )

Thursday, October 7, 2010

Puding Trifle

Salam.

Mari kita melihat resepi ini dan jika berminat, boleh mencubanya, dan boleh diubah suai mengikut keperluan masing2.... Apa namanya? Trifle? Triffle? Entah, lebih kurang begitulah ejaan/sebutannya. Ini adalah cubaan pertamaku, sebelum ni, pernah lihat ma buat, teringin pula buat sendiri untuk jamuan kecil-kecilan bahagian. Rasanya? Sedapkah? Yang penting, ia licin dihabiskan oleh kawan2 di opis ni, dan suami, anak2 di rumah. Bos pun puji, hehhe, ya lah tu, nk ambil hatiku kah?(malu2 kucing). Tanya Mr Hanapi pula, "sedapkah?". Dan jawapannya, seperti biasa, "bolehlah, sedap la drpd batu/kayu...." Uwaaaa!!! Tak nak bebel lagi, jom lihat bahan2nya. Resepi yang paling senang dan ia cepat disediakan.

Bahan-bahan

1 tin buah-buahan koktail

Kek gulung/swis roll/jika rajin@pandai boleh buat kek sendiri...;-)

Untuk kastard:

Susu cair, satu gelas

Air-2 gelas

Gula-2-3 sudu besar

Kastard 3-4 sudu besar

Untuk jeli:

1 kotak kristal jeli mengikut perisa kegemaran puan2 (saya guna perisa strawberi jenama nona).

Air panas mendidih-2 cawan

Cara membuat:

1) Susun kek/swis roll dlm bekas, rapat2, curah sedikit air buah-buahan dlm tin ke atas kek agar tidak kering. Letak tepi dulu.

2) Untuk puding kastardnya: susu cair, air, gula, kastard dikacau atas darat (Faham tak istilah ni? hahaha). Kemudian, dimasak atas api yang kecil, kacau selalu, agar ia tidak berketul2, kacau sehingga masak (likat dan berkilat). Apabila masak, curah atas kek gulung tadi.

3) Kemudian, tabur buah-buahan koktail (jgn ambil air) atas puding kastard tadi.

4) Untuk lapisan terakhir pula, iaitu jeli. Tuang serbuk jeli ke dalam bekas, dan masukkan 2 cawan air panas mendidih, kacau perlahan. Dan, tuang ke atas puding kastard tadi.

5) Untuk hasil yang lebih menyelerakan, sejukkan di dalam peti ais.

Ia sangat sesuai dimakan di hari raya, moga berjumpa lagi. Bai bai, Assalamualaikum. (Ewah, macam rancangan kat tv pula ... hahha).

(Nota: Maaf sekiranya ayat berjela2, susah juga ya nak buat ayat laras resepi ni ya puan2. hahahha)

Tuesday, October 5, 2010

Perkataan Baharu Iman

Seronok juga apabila anak2 mendapat perkataan baharu dan dia pandai untuk menggunakan perkataan itu, sesuai dengan keadaan/peristiwa yang berlaku. Apa sahaja perkataan yang baik2, pastilah ibu bapa akan berasa gembira dan berlapang dada. Sebaliknya, penggunaan perkataan2 yang negatif oleh anak2, akan mebuatkan kita tidak senang hati. Dan, memerlukan penjelasan ibu bapa, yakni, penjelasan yang difahami oleh anak2 agar tidak menggunakan perkataan negatif tersebut. Perkataan2/ayat yang diucap oleh anak2 berumur 4 tahun, kadang2 tidak terjangkau oleh ibu bapa. Baca 2 situasi ini:
Perkataan Baharu I
"Mama, esok papa nak (i)BELANJA kita. "
Dengan wajah mama yang berseri2, papa nak belanja apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Papa nak belanja air vitagen, keropok, ais krim, chipsmore"
Hahhahah, terduduk mama, ingatkan nak belanja best, belanja makanan Iman rupanya!
Perkataan baharu II dan III
"Mama, jom kita g (ii)KEDAI RUNCIT."
"Tak payah lah, kat rumah dah ada makanan."
"Mama (iii)KEDEKUT! KEDEKUT!!!"
Toing! (Bintang2 muncul di atas kepala mama)
(Pandai sungguh berkata2 ... BELANJA, KEDAI RUNCIT, KEDEKUT ... hehehe)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...