google pic
Hiasan dalam rumah juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan seni dekorasi, tatarias sesebuah rumah. Masing2 mempunyai konsep tersendiri dalam menghias rumah. Tidak kira konsep moden, tradisional, inggeris, kontemporari dan sebagainya. Ada juga yang cakap, "rumah saya tak de konsep la, sy pun tak tahu apa konsep rumah saya ni, konsep berserabut kot" Hahhaha, itu pendapat masing2, yang penting keselesaan untuk diri dan keluarga. Bagi yang beranak kecil, mungkin belum memikirkan tentang hiasan ini. Tapi itu tidak menjadikan sebagai alasan besar untuk 'tidak berbuat apa2' ke atas rumah itu. Bagi yang menyewa, tentu memikirkan, "malas lah nak hias2 ni, bukan rumah sendiri pun". Itu diakui kebenarannya, tapi sekurang2nya, biarlah kemas, tidak ada perabot/perkakas rumah adalah perkara biasa, tetapi, suasana rumah yang kemas, atau mungkin juga lapang mengundang rasa kepuasan dalam diri. Ya lah, badan sudah penat, dan rumah menjadi tempat untuk kita menghilangkan rasa penat itu, dan melihat sesuatu yang cantik, kemas adalah terapi kepada kita. (hehehhe...terasa mcm pereka hiasan dalaman tak profesional pula aku nih..mcm poyo/perasan pula, ahhahah).
--Itu baru mukadimah sebenarnya. (panjang nak mampus mukadimah..jgn marah ye...heheh). Ahhahah, sah poyo aku hari ni. Bukan apa2 pun, tadi acah2 aje, konon2 nk jadi macam Eric Leong, ahhahah. Sebenarnya, tengah pening2 nak hias rumah. Rumah yang kecil lagi sempit itu kalau boleh tak nak dikusutkan dgn perhiasan/perabot yang menyerabutkan. Tapi kalau tengok rumahku sekarang, ha, macam botak aje, hehhehe, dinding kosong aje. Jam dinding pun tidak ada. Kalau setakat jam dinding hadiah hari lahir DBP tu ada la. Seperti lawak seorang kakak di ofis ni, "Oh, Diana tengok matahari eh, nak tau waktu" ahhaha, tergelak besar kami. Dan, kata seseorang yang lain pula, "tak pe diana, pelahan2, jangan gopoh2, p survey2." Hahhhaha, menunggu poket penuh ni, haruslah kami survey2 dulu. (sampai tua survey, bikin migrain, hheheheh). Bukannya tidak ada idea tentang hiasan rumah ni, majalah dah rujuk, mcm2 laman kat intenet aku dah rujuk, cuma ongkosnya belum mencukupi buk, hheheheh. Migrain ... migrain, hehehehe. Tapi kadang2 perasaan takut untuk membeli sesuatu tu ada juga, kan tak kena dgn konsep aku ni, tersalah beli, lagi migrain. Warna tak kena lah, warna tak masuk lah, nampak 'darat' (tau 'darat'?heheeh). Hai, banyak songeh/cerewet pula dia ni ya ... itu pun antara sebab kecil tertangguh juga. Ala, bukan apa pun, rumah sendiri, nak juga puaskan hati sendiri kan. Mahal atau murah sesuatu yang nak tu, perlu difikirkan juga, untuk kebaikan jangka masa panjang. Kadang2, sesuatu yang cantik itu tidak semestinya mahal. Perlu memilih yang terbaik, dan untuk mendapatkan sesuatu yang murah atau cantik, kenalah banyak survey dek non, heheheh. "Jauh berjalan luas pemandangan", ataupun, "jauh berjalan, penat kaki weiiii". Hahhaha.
Kontemporari-Kemas, Menonjol, Menyerlah, Berdimensi: Anda sentiasa mendahului, mendorong dan tidak takut kepada sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan stail. Garis-garis kemas dan ringkas sofa kulit anda digabungkan dengan warna-warna garang bantal balingnya. Corak hiasan anda yang progresif meraikan keperibadian.
(**Nazli Kimin: Admin Senihias.com. Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise-"Gaya Hiasan Serlah Personaliti")
(Nota: Walau apa2 pun, perancangan yang rapi dan teratur adalah perlu untuk memuaskan hati. Jangan menyesal di kemudian hari. Okey, bertemu di lain entri. Agak2 ada sambungan tak untuk entri ni? Hhehehe, jangan marah ya! )
7 comments:
diana, sy pn suke nk hias2 umah...tp ongkos tu la x mgizinkan lg... kalo umah kte cantik n memuaskan n kemas, teratur....kte akan rs suke, hepi n tenang je dok kat umah...
sy blum beli umah lg... bestnye ade umah sendiri.... kalo sy dh ade umah snd t kabinet dapur tu msti sy wat dulu....
brg2 ikea best kan?...sdp je mata memandang
ibudhani-insya-Allah, kami dulu pun menyewa, pindah randah juga, kejap sewa situ, sewa sini. Alhamdulillah, skang bru nak merasa duk umah sendiri. Insya-Allah, nanti ibudhani pun dapat merasa duk rumah sendiri. ye, kabinet dapur penting.
Ha'aa, ikea best-bleh amik idea kalu g showroom dia.
memang cantik sangat kalau dapat rumah macam tu....bilahlah agaknya.... saya pun teringin nak ikut contoh macam kat ikea tu...memang menarik sentuhannya....
suraya-tu gambar jual sofa sebenarnye..hehehhe. ha, menarik juga..simple...ada lg yang lebih menarik/simple/moden....heheh
sekarang rumah tak berapa berhias sangat. sebab ada little interior designer... macam-macam kaler dan corak dia buat...hahahahha
syoknyala dpt deco2 nie...bajet xde nak deco2 rumah, deko cake la dulu :P
hahaha diana....macam ku pernah dengar 'ayat' tu.
k.ida ni lagi la..dah dekat 6 tahun duk rumah sendiri..tapi still hias simple je..bukan apa..senang nak vacuum..dinding pun senang nak vacuum..hehehe..sebab x banyak dekor ..nasib la ada jam dinding..rumah kampung maaa..senang habuk nak keluar masuk..tu yg malas nak dekor banyak2.
Pelan2 la hias rumah tu..banyak masa lagi..
Awesome post.
Post a Comment