Sambil menggodek2 gambar2 untuk diberi kepada mamazarin (atas sebab2 tertentu), terlihat gambar2 lama Iman yang comel2, dgn senyum manisnya, membuatkan hati saya ingin mengulang kembali saat-saat itu. Tapi mana mungkin ia dapat kembali, kehidupan berjalan ke hadapan, bukannya berjalan mengundur ke belakang. Jadi, saya tempek sedikit gambar Iman di blog, dan sedikit cerita tentang Iman. Kadang2 terfikir, eh, Iman dulu merangkak ke? Apabila tidak ada catatan khusus tentang itu, tiba2 rasa sesal di hati. Masa tu saya belum berblog, kalau ada, pasti ia direkod. (Ya ke, heheheh, bila dh ada blog pun, saya tidak rekod umur2 penting Wafiy, meniarap/merangkak/berjalan). Patut la, sesetengah blog yang saya baca, setiap perkembangan anak2nya, direkod untuk ingatan mereka dan anak mereka kelak. Syabas untuk mereka. Apa yang saya ingat, Iman mula berjalan ketika berumur 1 tahun, tepat2 satu tahun. Alhamdulillah.
2 bulan Satu tahun setengah
Iman-ketika kecil sangat terkenal dgn 'kebuasannya'. 'Buas' = Anak2 yang tidak tahu duduk diam disebut 'buah/buas' oleh orang Kelantan. Heheheh... Bagi kami, 'buas' tidak bererti nakal. Buas juga diterjemahkan sebagai aktif. Buas=melompat ke sana ke mari. Lebih kurang macam tu lah. Berbalik kepada Iman, sehinggakan mak cik2 akan cakap, "tak duduk diye budok ni, buah sungguh". Dan, mungkin ada yang tidak selesa dgn 'kebuasan' Iman ni. Paling tidak, mama dan papa nak cakap apa, "Iman, duduk sini, duduk diam." Dan, diamnya hanya sementara. Kalau diam, dikata pasif pula. Dikata pendiam pula. Bagi kami, biarlah dia buas, kalau disekat2 angin buas dia tu, menyekat kebebasan anak kecil yang mula mengenal dunia. Apa salahnya dia terlebih buas sedikit, janji kita pantau dia agar tidak mengalami kecederaan atau kecederaan terhadap orang lain. Bagi saya, anak yang buas ialah anak yang aktif, ia normal. Saya dan Hanapi selalu menerapkan prinsip ini dalam diri, 'buas2 anak kita, ada lagi anak orang lain yg lebih buas daripada anak kita'. Jadi, kami kena sabar dgn kerenah Iman yang satu ini. Kena beri tunjuk ajar yang lebih kepada dia. Dalam pada kebuasan Iman itu, tidaklah sampai mencederakan orang lain (rakan sebayanya). Paling tidak pun, pukulan2 kecil sahaja, merebut permainan, dan ibu bapa masing2 akan cuba meleraikan keadaan tegang itu. Dan, seingat saya, buas Iman tidak sampai merosakkan harta benda orang lain. Itu yang penting! Mengikut pakar, anak-anak yang aktif/buas/tk reti duk diam ni, adalah sebenarnya suka menarik perhatian orang lain. (Nak glamer ... heheh. Tetapi memang ya pun, Iman sgt glamer dalam keluarga kami, heheh)
2 tahun setengah
Bagi saya, Iman masih boleh dikawal kebuasannya, kerana sikap takut yang ada dalam dirinya. Anak2 perlu diterapkan rasa takut dalam diri, agar dia tidak menunjukkan sikap yang melampau2. Contoh, Iman akan takut apabila papanya menunjukkan ketegasannya. Papanya lebih bersikap tegas berbanding saya. Hehhehe. Saya seorang yang garang, tetapi garang saya lebih kepada bebelan demi bebelan, sehingga membingitkan telinga Mr. Hanapi. Hahahha. Saya bukan tegas, tapi saya garang yang membingitkan telinga orang lain. Hehehe. tegas dan garang adalah berbeza. Ada juga masa2 tegang, kami tidak dapat mengawal kebuasan Iman. Contoh, apabila ke pasar raya, atau tempat2 awam, taman permainan, aduhai, berkejar-kejaranlah kami, dengan muka berkedut 1000, dan cubitan kecil akan menghinggap badan Iman. Kalau tidak dikejar, entah apa nak jadi, boleh hilang di celah2 orang ramai. Saya rela berkejar2an daripada meraung anak hilang! Tapi rasanya yang lebih duk kejar-mengejar anak ni, pastilah saya. Yang terlebih panik pun, pastilah saya juga. Hehhehe.... Kadang2 kerenah buas Iman ini membuatkan darah kami turut naik. Fuh ... itu yang menyebabkan kesabaran mama tidak dapat dikawal, lalu tangan ini akan terangkat lalu hinggap ke badan Iman! "Eh, sabar sabar, Iman tu kecik lagi" Fuhhh....yang ini mama jadi betul2 garang, macam singa lapar! Orang2 tua cakap, 'macam masuk hantu!' Astaghfirullah-al-Azim....
Dan kini, Iman sudah berumur 4 tahun, dan beberapa bulan lagi, akan menghampiri ke angka 5! Wah, seperti tidak percaya, saya mempunyai anak bujang yang berumur 5 tahun! Iman sudah besar. Beberapa hari lepas, Iman bertanya kepada saya: "Mama, bila Iman nak besar ni, kalau Iman besar, perut Iman jadi besar ke, mama?" Orang tua2 kata, buas budak2 ni, tak lama, besar nanti, hilanglah buasnya itu. Erm, insya-Allah. Pada usianya begini, buas juga, tapi sesuai dengan umurnyalah. Dan, saya bertekad untuk tidak selalu 'mengangkat tangan' kepadanya, tetapi lebih menerapkan unsur2 nasihat dan psikologi. Garang saya perlu berpada2, agar Iman tidak berkecil hati dgn saya. Umurnya sebegini, mulutnya pula macam bertih jagung, pot pet pot pet. Yang paling menarik, baru2 ini, Iman bertanya kepada Ma, "Ma, Along (anak kakak yang dijaga ma dari kecil sehingga kini berusia 11 tahun) anak umi (kakak) kan? Tapi kenapa Along duduk dgn ma?" Dgn panjang lebar ma jawab persoalan Iman itu. Ehheheh. Seperti kata teacher Iman, "kami kagum dgn Iman ni, full of energy!". Saya senang dgn sikap Iman yang banyak bertanya. Dan, papa pula, biarlah kekal dgn sikap tegasnya kepada anak-anak, supaya ada rasa hormat dalam diri anak2 terhadapnya. Dan, apabila mulut cerdik ini berkata-kata, saya sangat senang. Apabila mendengar suaranya dalam telefon, "oh, manisnya Iman apabila berbicara!" Terima kasih Ya Allah, anugerah-Mu yang tiada nilainya ini diberikan untuk kami. Alhamdulillah. Walau apa2 pun, MamaPapaAdik sangat sayang Iman! Semoga Iman menjadi anak yang soleh! Insya-Allah....
+++(Dunia kanak-kanak ialah dunia yang penuh dgn keindahan, jadi, jangan merampas dunia keindahan mereka!)
2 comments:
eheheheheh...comel iman
kak diey, cubitan demi cubitan? benarkah??? aduiii sian iman.
rasanyanya saya pun lebih kepada bebelan. Senaman mulut supaya muka tak kedut :P
sayas etuju, baik dia buas dari duk diam. lagi risaukan? apepun semoga iman membesar menajdi anak yang soleh dan menghormati org tua :) amin
idazs, bila dah geram, ha, kena cubit la dia....cubit2 sayang namanya.ehhehe
-insya-Allah ... semoga doa2 kita dimakbulkan Allah SWT.
Post a Comment