Wednesday, September 28, 2011

Dia ... Puteri

10.20 pagi, 22 September 2011, kakak saya (Along) selamat melahirkan anak ke-4 (normal) dan lagi2 bersyukur, impian Along dan suaminya untuk mendapat anak perempuan, dikabul-Nya. Alhamdulillah, muncul juga seorang puteri antara 5 putera dalam keluarga saya. Apa-apa pun syukur, semuanya selamat. Ado jugok cucu perempuan Ba dan Ma.

Kakak saya beritahu, dia sakit kontraksi hanya 10 minit. Sebelum tu, pukul 7.00 pagi dia cal saya, “nk g sepital ni, air ketuban pecah!” Oh, saya pula pula yang rasa ngilu. Along bersalin awal 3 minggu lebih!

Cepatnya kakak saya bersalin. Dan, saya juga mahu bersalin dgn mudah begitu. Mudah-mudahan. Amin, insya-Allah.... (Saya sangat takut nak bersalin, sebab ketika melahirkan kedua-dua anak saya, saya mengalami kontraksi yang sangat hebat dan lama, tapi bila kakak saya beritahu, sakitnya sekejap saja, terus saya berdoa, mahu seperti itu juga. Insya-Allah. Dan melalui pembacaan, setiap saat sakit bersalin, dosa-dosa kita diampun-Nya. Subhanaallah....).

Along dan abang ipar ... tahniah.... (adik-beradik abang ipar saya-7 orang kesemuanya lelaki-pastinya dia sangat2 bersyukur atas pemberian-Nya kali ini.)

Kata kakak saya, dia tak jaga/ikut sangat pemakanan dan panduan2 lain utk mendapat anak perempuan, hanya 30% sahaja dia ikut. Tapi katanya, doa kepada yang Satu tidak pernah putus. Alhamdulillah.

Jom kita tengok puteri ...


Qisya Insyirah (Qisya=Dalam keadaan baik, Insyirah=Kegembiraan/Lapang Hati)

Qisya - 2.4 kg

Saya dan suami turut berasa kegembiraan itu, kerana lahirnya puteri sulung dalam keluarga sebelah saya. Apatah lagi saya juga punyai anak-anak lelaki. Impian untuk mendapatkan anak perempuan turut tersemat di hati saya ^__^

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka Syawal

Rumah terbuka sana sini. Dah katanya, beraya sebulan, Biasa la, orang Key El ... beraya sebulan, orang kampung mcm saya ni pun, konon2nya ikut la gaya orang Key El, ke rumah terbuka di bulan Syawal. Heheh. Dah katanya tinggal Key El.... ^__^ .


Syawal tahun ni paling ‘dasat’ bagi kami. ‘Dasat’ bukan apa2, setiap Sabtu-Ahad, ada saja jemputan ke rumah terbuka. Rajin pula kali ni kami ke rumah2 terbuka, memang tak jejas la beras kami. Sebab tak de orang nak datang rumah kami, kami la ke rumah orang, heheh. Kalau ke rumah terbuka ni, jarang2 saya berbaju kurung, tapi saya tengok, kebanyakannya ... kalau pergi ke rumah terbuka, mesti berbaju kurung, katanya, barulah ada suasana hari raya. Tapi saya? Selamba aje jeans.... Sebab saya malas nak seterika segala bagai kain baju kurung, cukup2 lah berbaju kurung ke pejabat Isnin – Jumaat. Tapi saya kagum dan seronok melihat orang lain apabila ke rumah terbuka, mereka kelihatan comel dan ayu berbaju kurung....

Berbalik kepada rumah terbuka, memang kerjanya makan-makan aje lah, open house+besday party, semua kami belasah. Sehingga semalam, rasanya itulah yang terakhir kami ke rumah terbuka. Agak2 minggu depan ada lagi tak? Bukan Syawal pun, kalau ada yg nk ngajak kami, insya-Allah kami sampai. ^__^ Kebanyakan rumah terbuka tahun ni adalah jemputan drpd kawan2 suami, dan saudara mara suami. Apa? Nak datang ke rumah kami pula? Walaupun kami tak buat rumah terbuka, boleh aje nak datang rumah tapi, bagitau awal2 ya ... supaya uolls tidak makan sekut tawar cicah air tea...;-)


Gambar? Tak bergambar pun. (Seganlah nak bergambar2 di rumah orang). Datang makan, salam2 dgn tuan rumah, balik. Itulah acara kami Sabtu-Ahad di bulan Syawal tahun ini. Cara kami, dah tahu satu hari nak pergi 2-3 buah rumah, rumah pertama tu, kami tak mkn banyak tau, nanti nyesal, nk mkn utk ke rumah kedua, perut dah penuh. Tambah2 kalau pergi rumah kedua tu, ada menu yang sedap+kesukaan kita. Baik la kita makan sikit2, simpan ruang perut utk rumah2 seterusnya. Penuh kesopanan dan kesusilaan tau! Ada sesiapa yang buat macam kami tak? Atau, kalau ke rumah terbuka, belasah aje makan, tak pandang kiri kanan? Masing-masing punya perut, masing-masing punya gaya ^ __ ^ Hehehh. Eh 'uolls'? Tetiba guna perkataan ni ^___^


Tak kisah la macam mana cara kita ke rumah terbuka, yang penting, kalau seharian berjalan ke rumah terbuka, jangan pula buat-buat lupa akan solat 5 waktu tu. Berjalan, berjalan juga, solat, dilupa jangan!



Ni bukan pasukan nasyid tau! Gambar ketika jamuan di pejabat saya peringkat Jabatan minggu lepas. Yang lain-lain ialah kawan-kawan saya di bahagian. Apa gambar agak kecil? Cukuplah, buat tatapan di kejauhan. Sambil tersipu2 malu ^___^


**(Kami teringin juga nak buat rumah terbuka hari raya. Ada rezeki dan peluang tahun2 yang akan datang, insya-Allah....)

Thursday, September 22, 2011

Jadi ... Kemudian Tak Jadi

Cuti raya baru-baru ini: Berehat sambil2 tunggu waktu berbuka puasa di, rumah saya di kampung: Belek2 FB, blogwalking, tetiba ... kek puding karamel! Ada beberapa kawan saya dah buat kek ni, katanya sedap, dan saya pernah rasa kek ni drpd Aleeya, tapi dia buat yang plain, no colour2. Fuh, sedap sungguh, gebu....tak puas makan. Tapi langsung saya diam smpi situ saja, kerana mood rajin tak masuk ke jiwa saya. ^__^


Tapi tetiba petang syahdu nak sambut raya itu, rasa nak try buat. Tengok resepinya, aduhai, renyahnya.... Pelbagai blog saya buka yang berkaitan kek puding karamel, cari resepi yang tidak melibatkan ukuran gram2 ni (rumah ma tak de alat timbang tu). Tambah-tambah lagi dah nak raya, keinginan untuk mencuba membuak2, dan keinginan nak bagi famili rasa kek sedap ni, saya bertekad, nak beli bahan, nak buat! Jadi, malam raya, bertungkus lumus saya buat, dibantu oleh adik bongsu perempuan saya. Saya nak buat seorang, tak daya ... sebab bnyk stepnya, sambil2 adik saya tolong kacau pudingnya, saya putar kek, ringan la skit kan....
Hasilnya....


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Rasanya memang sedap! Keknya gebu, pudingnya sangat licin. Saya tak ingat saya ambil resepi di blog mana. Sebab saya buka banyak blog berkaitan puding karamel, dan langsung utk mencatat alamat blog tersebut. Apa-apa pun ... kalau nak lihat resepi, boleh google ya, banyak blog pasal kek puding karamel ni.


Tapi saya hanya letak satu warna sahaja (merah)+warna asal adunan (krim), kerana saya tahu, Ba anti makanan yang menggunakan pewarna tiruan.


Disebabkan kami satu famili tak puas makan, saya buat lagi kali kedua. Pagi raya ketiga kot saya buat, sesudah subuh, dengan semangat waja, saya buat lagi. Bila time saya putar putih telur (merinque), langsung tak naik2 telurnya! Hampir satu jam saya pukul by mixer tapi telurnya tetap cair. Saya mula S. E. N. T. A. P. Waaaaaa. Badan mula rasa panas, mulut dah bebel2, mula nak naik angin. Oh, saya sangat2 tidak profesional. mata dah bergenang, tunggu masa nak merembas aje. Mcm mana saya tak sentap, awl2 pagi (dalam pukul 7 gitu) bersemangat nak buat ... uwaaaaaaaaaaa. Lantas sy tinggalkan bekas segala bagai tu ... nyetok urat lah tu ... kata kakak saya, "bukan saloh mung, nok buat gano, doh tok jadi." Langsung sy berperangai.... sumpah seranah. Oh tak sanggup ingatkan keadaan saya ketika itu!


Smpi ke tgh hari sy duk ingat2 pasal putih telur tu. Kata Ba, "jangan duk pikir sangat, kalu setakat kek ... benda tok penting pun." Oh saya sangat menyesal sentap tak tak tentu pasal. Saya tidak akan mengulanginya lagi. (Cerita kat blog ni sudah ditapis...hehehe).


Ma suruh jugak saya bakar, dengan masam mencuka, buat kerja gedegeng2, saya masukkan juga telur putih mencair itu ... dan teruskan bakar kek tu.... Ma kata, "bakarlah, kito make kek hok tk jadi." Lps siap bakar, saya tk berani nk g jenguk. ma saya g buka ... oh langsung tk dapat makan, kek+puding bercampur!! (Apa??!! Nak tengok kek hok tak jadi tu? Oh tak sanggup saya!Amboi, hak jadi mu tepek sini dih, hok tak jadi, mu tk nk tepek. ^__^)


Akhirnya saya mendapat jawapan! Bekas saya putar telur putih tu, BASAH!!! Okey, lain kali saya akan berhati-hati dan yang penting, kalau kek, sekut atau apa saja yang sy buat tidak menjadi, saya tak nak sentap lagi >____< Insya-Allah, saya dah study panduan nak buat kek ni


Dua minggu lepas, ma saya mesej : "Raso nak makan kek hok Na buat hari tu, nak buat tak reti" Oh tetiba saya rasa nak terbang terus jumpa ma saya dan buatkan kek ni untuk dia. Saya harap sangat dapat buat untuk ma nanti.... Insya-Allah....


**(Eh saya teringat kakak saya ... Tetiba hp berdering...."Na, Along beranok doh...pukul 10.20 takdi....sakit 10 minit jah"(suara lemah). Oh, Alhamdulillah, sakitnya tak lama. Pagi tadi kuar air ketuban.... Tak dapat bercakap panjang. Tak sabar nak tengok mereka!!!)

Tuesday, September 20, 2011

BBR +Potong....

Salam.

Sebenarnya tajuk di atas adalah ringkasan daripada: "Pergi Bayu Beach Resort, PD dan ada slot potong2 kek kecil untuk besday boy" ^__^ Saya kurang gemar buat tajuk panjang-panjang, tak boleh nak fikir tajuk yang pendek untuk entri ni, jadi terhasillah tajuk spt di atas. ;-))

Kami ke BBR tu minggu lepas (10/9/2011), tapi hari ni baru buat entri (ayat skema kalau dah simpan lama entri ni...;-)

Sewa - RM 50 sahaja (dua hari satu malam) untuk satu rumah-2 bilik. Murah kan? Tapi maaf ya, hanya untuk staf di tempat saya bekerja saja. ^__^ Dah lama booking rumah ni, dari bulan 4 lagi kalau tak silap. Elok juga, kebetulan bulan Syawal, konon2 beraya di resort lah kami. Dan, lebih cun bila tarikh 10 September tu berhampiran dgn 12 September-birthday Wafiy. Anggap saja ke BBR adalah hadiah besday untuk Wafiy. Okey la tu, daripada tidak ada langsung kan? Sesekali bawa anak-anak bersuka ria dengan sepupu2nya....





Upin Ipin pun boleh....



Slot untuk Besday Boy dan Mak Besday Boy potong kek

Seperti biasa, saya ajak kakak saya sekeluarga.... Walaupun Along dah sarat, tapi okey saja, boleh bersejuk2 di resort.... Biasanya abang ipar (suami kakak saya) akan menempah resort, dan tidak pernah dia lupakan saya sekeluarga, apa salahnya, saya membalas budi. chewah!! ^__^


Meraikan besday boy, katanya ;-)


Kami langsung tidak ke pantai. Saya agak takut tidak teruja untuk ke pantai, Anak-anak pun tidak meminta untuk ke pantai. Anak-anak kami, kurang didedahkan dgn mandi pantai. Kalau kami ke pantai pun, hanya bermain di pesisir sahaja. Saya lebih rela berada di kolam saja. ('Rela'? hahaha, perkataan 'rela' seperti agak tidak sesuai di stu ^___^)

Pergi PD katanya nak makan yang bakar-bakar, juga celup2 tepung ^__^




Seorang tidak ada-anak sulung kakak saya. Di kampung....

Tuesday, September 13, 2011

Katanya ...,


Katanya, nak makan Subway


Sekian, terima kasih! ^__^




Tapi bukan kata besday boy, (besday boy tak tau nama subway nih), tapi kata mak besday boy tu. Boleh gitu? ^__^

Monday, September 12, 2011

Nanie & Mya

Siapa Nanie? Nanie ialah rakan alam maya saya. Bermula di Yahoo Messenger, kemudian di FB, seterusnya sebagai teman blogger. Mya pula ialah anak perempuan Nanie yang comel-gebu! Kenal Nanie sejak dari Nanie belum kahwin sehinggalah sekarang ni sudah punyai Mya-8 bulan. Yang kelakarnya, kami tak pernah jumpa, dan tak pernah dengar suara! Sesekali kami akan berhubung di hp-mesej. Yang paling kerap-YM la. Tapi lagak kami berbual di YM-sangat mesra! Sedikit sebanyak, kami berkongsi hal keibubapaan dan susu ibu.

Sepanjang berkenalan dgn Nanie, sentiasa menyimpan hasrat untuk berjumpa, tambah2 ketika Nanie melahirkan Mya. Tapi selalu saja tiada kesempatan. Akhirnya, kami bertemu di rumah saya di kampung, hari raya ke-2 baru-baru ini. Berdebar2 juga menanti tetamu alam maya ni, kan. Mana la tahu, layanan kami tak seberapa. Bila dah jumpa Nanie, seronok ... Nanie memang selamba rock!






Amboi Mya, nak ejas anak bujang auntie ya! ^___^


Tengok Nanie, anak dara mu, tak duduk diam ... ehhehe




Sebelum jumpa Nanie, tengok gambar aje kan-nampak Nanie agak berisi, tapi sangkaan saya meleset! Slim juga orangnya. Jangan marah Nanie! ^__^


Ternyata Nanie seorang yang comel, cool-selamba. Mya pula keletah, ke sana ke mari. Sangat comel! Suami Nanie pula, peramah orangnya-Orang Rantau Panjang. Nani pula asal Perak. Ada umur, kita boleh ketemu lagi!!

Muhamad Adam Wafiy-12 September 2011

Muhamad Adam Wafiy bin Hanapi is 3!!


Selamat Hari Lahir Wafiy!




Pagi tadi:
Saya: Beday boy dah bangun! Jom beday boy, g rumah tuk.

Wafiy: Ukan (bukan) eday boy la, mama! eday Afiy la!

^___^

Friday, September 9, 2011

Gambar Raya Tegak 2011 ;-))

Tahun ni agak teruja bergambar. Tahun lepas memang langsung tak ada bergambar bersama-sama keluarga di kampung, jadi tahun ni, bergambar sakan la kami. Tapi saya publish di sini beberapa saja... nanti ada yang termuntah pula tengok gambar kami. saya memang tidak fotogenik. dan tak pandai nak menggayakan begitu begini, ha tegak aje saya kan? Baju raya tak banyak, pakai mana yang ada saja ... ehhehe. Apa? Sudah bosan melihat gambar raya? Maaflah ya, saya belum bosan. Walaupun gambar tegak. ^__^


Minggu ni belum dapat berpuasa 6, belum diizinkan-Nya, harap2 minggu depan clear. Tapi katanya, minggu depan ada 2 jamuan raya di pejabat. Hheheheh....


Kami-entahlah nak kata oren, macam coklat, oren-oren coklat lah kot.



Keluarga saya. Tengok, cucu Ba dan Ma, jate belako wei...mudah-mudahan cucu tino la buleh bulan 10 ni...insya-Allah Wei, apasal tudung kembang tu cik kak? tak sempat nak pin. ^__^




Keluarga suami saya. Alhamdulillah, ayah mentua sudah menunjukkan perkembangan kesihatan yang baik. Cuma belum dapat bertutur dengan baik, hanya ma dan anak-anaknya saja yang faham.



Suku daripada keluarga besar sebelah Ba


Raya ketiga-Hitam+Kelabu. Ehem! -__-



Raya ketiga



Itu aje lah persembahan gambar raya kami. Sekian terima kasih. >___<


**(Seronok raya tahun ni sebab dapat pergi sembahyang raya - lama tak pergi sejak beranak dua ni. Iman pergi juga dengan papanya. Wafiy tinggal dengan adik bongsu saya di rumah.)

Thursday, September 8, 2011

"Perjalanan Jauh Tak Kurasa...."

Salam 10 Syawal. Selamat hari raya ya. Selamat berpuasa 6. Kami cuti raya sampai hari Sabtu (raya ke-5), lepas subuh, 6.30 pagi dah gerak KL. Naik kerja hari Selasa, mood menulis belum datang sepenuhnya. Hari ni rasanya mood dah mari sikit2. Banyak nak bercerita, tapi tak tahu nak mula di mana. Tak pe lah, kita kayuh perlahan2 ... ikut kronologi ya! ^__^


Cerita Balik Kampung (KL-Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Pasir Mas)


Balik kampung hari Jumaat, (kami bertolak sebelum solat jumaat). Kami 3 beranak tunggu Hanapi pulang dari sekolah, semua barang dah packing siap, rumah siap kemas. Bekalan ringkas untuk berbuka puasa petang nanti sudah elok dipacking (udang sambal, ayam goreng). Lega. Siapkan bekalan sebagai persiapan, bimbang orang ramai di setiap gerai/di setiap hentian. Keadaan begitu sentiasa kami alami setiap kali balik bercuti pd musim perayaan. Ada yang berbuka puasa dalam kereta, ada yang menghampar tikar di kawasan R & R, adalah perkara biasa.

Perjalanan dari KL lancar, kereta banyak juga, tapi tiada jem. Cuaca pun elok saja. Dua laluan tol, tiada kesesakan. Alhamdulillah ... syukur. Moga2 perjalanan lancar sehingga ke kampung kami, insya-Allah.

Di Bentong, kereta hampir memasuki Raub, kereta mula sesak. Aduhai. Jem pulok doh wei! Tenang2. Anak-anak elok saja tidur di belakang. Satu jam kereta tidak bergerak. Sesekali bergerak seperti siput. Ada road-block ke? Atau ada eksiden? Oh, semoga semuanya selamat. Tiba-tiba kereta polis, datang, sekejapan, ambulan datang 2/3 buah, oh, mesti eksiden ni. Ya Allah, gerun tetiba. Mulut saya dan suami duk pok pek pek. "Ini mesti eksiden ni!" Lepas tu bomba pulok datang. "Ni mesti teruk eksiden ni." Kereta mula bergerak perlahan. Ya Allah, betullah eksiden. Melibatkan dua kereta, tak silap saya, iswara dan cherry kot. Teruk juga, depan gerai cempedak. Bermacam2 andaian saya dan Hanapi, "dio nok beli cepedok kalih" ... bla bla bla. Kesiannya, nk balik kampungkah mereka? Atau orang tempatan di situ?



Kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, perjalanan lancar, sesekali kereta banyak di jalanan, tapi tiada jem. Saya bersembang dgn Hanapi, tak nak bagi dia mengantuk. Entah bila saya tertidur ^__^ kemudian kami berhenti solat jamak zuhur-asar.


Sambung kembali perjalanan. Sehinggalah hampir ke maghrib, kami berhenti berbuka di stesen minyak, Kuala Krai. Ramai juga kereta berhenti di situ. Seronok dgn suasana yang begitu. Kami berbuka puasa dlm kereta saja. Anak-anak pun turut makan nasi, kata iman, "bestlah mama, mkn nasi dalam kereta," bertambah2 nasi kami 4 beranak.... (lapar jale jauh)


Dan, Alhamdulillah, kami sampai di Pasir Mas (rumah mentua) lebih kurang pukul 9 malam kot. Kami bermalam dan bersahur di rumah mentua, dan petang esok tu berbuka di rumah mentua. Bermalam sekali lagi di rumah mentua. Kemudian barulah balik ke rumah saya pula ... sehinggalah malam raya di rumah saya dan malam2 seterusnya juga di rumah saya ^__^ Kenapa tidak bermalam di rumah mentua? Sebab kata mentua, “tengah hari (siang) marilah jale sini (rumah mentua), malam2 g tidur Lemal (rumah saya) la”. Bilik penuh, ruang tamu pun penuh.... (amboi seronok ya, kamu dieyana!) ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...