Monday, September 12, 2011

Nanie & Mya

Siapa Nanie? Nanie ialah rakan alam maya saya. Bermula di Yahoo Messenger, kemudian di FB, seterusnya sebagai teman blogger. Mya pula ialah anak perempuan Nanie yang comel-gebu! Kenal Nanie sejak dari Nanie belum kahwin sehinggalah sekarang ni sudah punyai Mya-8 bulan. Yang kelakarnya, kami tak pernah jumpa, dan tak pernah dengar suara! Sesekali kami akan berhubung di hp-mesej. Yang paling kerap-YM la. Tapi lagak kami berbual di YM-sangat mesra! Sedikit sebanyak, kami berkongsi hal keibubapaan dan susu ibu.

Sepanjang berkenalan dgn Nanie, sentiasa menyimpan hasrat untuk berjumpa, tambah2 ketika Nanie melahirkan Mya. Tapi selalu saja tiada kesempatan. Akhirnya, kami bertemu di rumah saya di kampung, hari raya ke-2 baru-baru ini. Berdebar2 juga menanti tetamu alam maya ni, kan. Mana la tahu, layanan kami tak seberapa. Bila dah jumpa Nanie, seronok ... Nanie memang selamba rock!






Amboi Mya, nak ejas anak bujang auntie ya! ^___^


Tengok Nanie, anak dara mu, tak duduk diam ... ehhehe




Sebelum jumpa Nanie, tengok gambar aje kan-nampak Nanie agak berisi, tapi sangkaan saya meleset! Slim juga orangnya. Jangan marah Nanie! ^__^


Ternyata Nanie seorang yang comel, cool-selamba. Mya pula keletah, ke sana ke mari. Sangat comel! Suami Nanie pula, peramah orangnya-Orang Rantau Panjang. Nani pula asal Perak. Ada umur, kita boleh ketemu lagi!!

8 comments:

Ila said...

bestnyer jumpa kawan alam maya kan....selamat hari raya

NanieZara said...

k.diana nasib baik plan nak beraya umah k,diana menjadi..terkejut betul bila tgk k.diana depan mata...nani lebih besar dr k.diana..oh tidakkk!!!!!!!

Iela Fazielah said...

bestnyer jumpa kwn blogger.... satu hari nnt ila pun nak jumpa dieyana gak...

- dieyana - said...

ila-selamat hari raya...:-)

- dieyana - said...

naniezara- hahahah, ala nani bukannya besar sgt pun, besar sedkit saja drpd k.diana....k.diana ni yang mmng tak cukup berat badan..ehhehe

- dieyana - said...

iela-ha, insya-Allah, ada umur, jodoh, kita ketemu...;-))

NanieZara said...

mmg seronok jumpa teman alam maya ni..mcm tak percaya jer.selama ni 2 thn kenal dlm alam cyber jer now dah jumpa betul2 depan mata..

~izan~ said...

wah,jumpa teman alam maya..mmg best! mengeratkan lg tali silaturahim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...