Thursday, September 22, 2011

Jadi ... Kemudian Tak Jadi

Cuti raya baru-baru ini: Berehat sambil2 tunggu waktu berbuka puasa di, rumah saya di kampung: Belek2 FB, blogwalking, tetiba ... kek puding karamel! Ada beberapa kawan saya dah buat kek ni, katanya sedap, dan saya pernah rasa kek ni drpd Aleeya, tapi dia buat yang plain, no colour2. Fuh, sedap sungguh, gebu....tak puas makan. Tapi langsung saya diam smpi situ saja, kerana mood rajin tak masuk ke jiwa saya. ^__^


Tapi tetiba petang syahdu nak sambut raya itu, rasa nak try buat. Tengok resepinya, aduhai, renyahnya.... Pelbagai blog saya buka yang berkaitan kek puding karamel, cari resepi yang tidak melibatkan ukuran gram2 ni (rumah ma tak de alat timbang tu). Tambah-tambah lagi dah nak raya, keinginan untuk mencuba membuak2, dan keinginan nak bagi famili rasa kek sedap ni, saya bertekad, nak beli bahan, nak buat! Jadi, malam raya, bertungkus lumus saya buat, dibantu oleh adik bongsu perempuan saya. Saya nak buat seorang, tak daya ... sebab bnyk stepnya, sambil2 adik saya tolong kacau pudingnya, saya putar kek, ringan la skit kan....
Hasilnya....


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Rasanya memang sedap! Keknya gebu, pudingnya sangat licin. Saya tak ingat saya ambil resepi di blog mana. Sebab saya buka banyak blog berkaitan puding karamel, dan langsung utk mencatat alamat blog tersebut. Apa-apa pun ... kalau nak lihat resepi, boleh google ya, banyak blog pasal kek puding karamel ni.


Tapi saya hanya letak satu warna sahaja (merah)+warna asal adunan (krim), kerana saya tahu, Ba anti makanan yang menggunakan pewarna tiruan.


Disebabkan kami satu famili tak puas makan, saya buat lagi kali kedua. Pagi raya ketiga kot saya buat, sesudah subuh, dengan semangat waja, saya buat lagi. Bila time saya putar putih telur (merinque), langsung tak naik2 telurnya! Hampir satu jam saya pukul by mixer tapi telurnya tetap cair. Saya mula S. E. N. T. A. P. Waaaaaa. Badan mula rasa panas, mulut dah bebel2, mula nak naik angin. Oh, saya sangat2 tidak profesional. mata dah bergenang, tunggu masa nak merembas aje. Mcm mana saya tak sentap, awl2 pagi (dalam pukul 7 gitu) bersemangat nak buat ... uwaaaaaaaaaaa. Lantas sy tinggalkan bekas segala bagai tu ... nyetok urat lah tu ... kata kakak saya, "bukan saloh mung, nok buat gano, doh tok jadi." Langsung sy berperangai.... sumpah seranah. Oh tak sanggup ingatkan keadaan saya ketika itu!


Smpi ke tgh hari sy duk ingat2 pasal putih telur tu. Kata Ba, "jangan duk pikir sangat, kalu setakat kek ... benda tok penting pun." Oh saya sangat menyesal sentap tak tak tentu pasal. Saya tidak akan mengulanginya lagi. (Cerita kat blog ni sudah ditapis...hehehe).


Ma suruh jugak saya bakar, dengan masam mencuka, buat kerja gedegeng2, saya masukkan juga telur putih mencair itu ... dan teruskan bakar kek tu.... Ma kata, "bakarlah, kito make kek hok tk jadi." Lps siap bakar, saya tk berani nk g jenguk. ma saya g buka ... oh langsung tk dapat makan, kek+puding bercampur!! (Apa??!! Nak tengok kek hok tak jadi tu? Oh tak sanggup saya!Amboi, hak jadi mu tepek sini dih, hok tak jadi, mu tk nk tepek. ^__^)


Akhirnya saya mendapat jawapan! Bekas saya putar telur putih tu, BASAH!!! Okey, lain kali saya akan berhati-hati dan yang penting, kalau kek, sekut atau apa saja yang sy buat tidak menjadi, saya tak nak sentap lagi >____< Insya-Allah, saya dah study panduan nak buat kek ni


Dua minggu lepas, ma saya mesej : "Raso nak makan kek hok Na buat hari tu, nak buat tak reti" Oh tetiba saya rasa nak terbang terus jumpa ma saya dan buatkan kek ni untuk dia. Saya harap sangat dapat buat untuk ma nanti.... Insya-Allah....


**(Eh saya teringat kakak saya ... Tetiba hp berdering...."Na, Along beranok doh...pukul 10.20 takdi....sakit 10 minit jah"(suara lemah). Oh, Alhamdulillah, sakitnya tak lama. Pagi tadi kuar air ketuban.... Tak dapat bercakap panjang. Tak sabar nak tengok mereka!!!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...