Tuesday, July 31, 2012

Anemia Ketika Hamil?

28 Jun 2012, kandungan berusia 20 minggu 1 hari, baru terhegeh-hegeh buka 'buku merah' di klinik kerajaan. Saya pilih Klinik Ibu Mengandung Jalan Hang Tuah, sebab dekat dengan pejabat. Sebelum ni, saya check-up di sebuah klinik dalam bangunan Daya Bumi, Dr Yustina, dan sebab 2 anak sebelum ini, saya memang check-up di sini, sgt selesa dgn Dr ni. Setiap kali check-up, doktor cakap, tekanan darah awak rendah. Okey, Dr Yustina dan saya memang maklum tentang itu dari anak pertama, masalah ni lah yang saya hadapi.


Situasi di klinik kerajaan Hang Tuah pula, saya disahkan ANEMIA! Hb saya hanya 8.6 saja! Di bawah tahap anemia teruk. Saya tengok muka nurse cemas. "Huisy, teruk anemia awk nih!" kata nurse. Sedangkan saya, seperti tidak ada perasaan, releks, cool, siap gelak2 lagi. Lepas tu nurse bagitau saya tentang anemia. Kesan-kesan anemia terhadap ibu dan anak yang dikandung. Balik dari rawatan, sambil berjalan dari klinik ke pejabat, fikiran saya mula melayang2, teringat kata-kata nurse. Tadi gelak2, sekarang baru risau ya! ;-) Risau la pulok! Antara tanda seperti, berdebar-debar sentiasa ada sepanjang kehamilan kali ini. Rasa berdebar2 yang sangat teruk sehingga hampir pitam. Sangat2 tidak selesa. Dada sangat2 sakit! Walaupun saya dalam keadaan berehat, rasa berdebar2 tu tetap ada, apatah lagi kalau melakukan kerja-kerja rumah, sangat2 tidak selesa/penat yang terlampau!


Di sini, saya kongsikan tentang Anemia....


Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Bagaimana untuk mengetahui menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
- cepat letih
- rasa tidak bermaya
- pucat
- berdebar-debar (degupan jantung yang cepat)
- sukar bernafas
- pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Mereka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=142:anemia-dan-kehamilan&catid=37:masalah-hamil&Itemid=59


Sumber lain tentang anemia:


Nurse mengesyorkan saya makan IBERET FOLIC. Tak perlu makan vitamin/ubat obimin dan besi? (warna coklat), kerana dalam iberet mengandungi kesemua vitamin tersebut. Boleh didapati di farmasi.

Sekarang saya masih teruskan dengan iberet. Rasanya gejala berdebar-debar tu semakin berkurang. Sesekali terasa, rasanya normal lah ibu mengandung kan....

Ada juga kawan-kawan syorkan makan jambu batu, air limau nipis.

Sekarang, saya cuba 'tengok2' vitamin Shaklee, yang dikatakan supplement yang bagus. Siapa yang pernah cuba Shaklee, okey tak?

(Semoga saya dan kandungan terus diberi kesihatan yang baik hendak-Nya. Hari ini kandungan saya berusia 25 minggu).

Monday, July 23, 2012

Cerita Awal Ramadan

Alhamdulillah, dah 3 Ramadan hari ni. Alhamdulillah, sehingga semalam, saya diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. Bangun sahur, lepas solat subuh, kemas rumah sekadar yang mampu, kemudian lelapkan mata sekejap, rehat2 di rumah bersama keluarga, antara pukul 2-3 petang dah mula bersedia untuk menyediakan hidangan berbuka.

Cuti, eloklah masuk dapur awal-awal, risau petang nanti 'jelepek' keletihan, kupas bawang, buat apa2 yang patut ... terasa pening, rehat kejap, boleh sambung balik kan. Tapi alhamdulillah, dua hari berpuasa, tak de lah rasa gigil/pening, tambahan lagi suami turut membantu di dapur. Risau juga kan, ibu mengandung, tak dapat menahan perut/yang sewaktu dengannya ;-). Tapi alhamdulillah, dapat berpuasa dengan jayanya. Wah, eksen! ^_^

Tengoklah nanti petang ni, balik kerja pukul 5, kalau jalan tak jem, 5.30 dah sampai. Kalau hari bekerja, sediakan juadah ringkas, yang mana sempat. Nak singgah pasar ramadan? Lagilah tak kuasa mak encik, nak bersesak2 dgn orang ramai. Harap2 terus diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ... amin....


Juadah yang disediakan pun tidaklah terlalu berat, cukup 1 lauk utama, 1 lauk sampingan (itupun kalau ada), sayur/ulam-ulaman, sudah memadai. Sahur, bangun masak nasi je ... mungkin ada lebihan baki lauk berbuka, simpan untuk sahur, atau rebus telur masin. Cukup! Standby juga roti ... Yang penting, sahur, mesti makan. Dan, buah kurma, setia sepanjang ramadan!


Menu hari pertama: GULAI KERUTUB AYAM KAMPUNG+TELUR DADAR+ULAM-ULAMAN


Hari kedua: Suami teringin BUBUR NASI KASIH SAYANG, nama diberi ^_^+ sedikit kuih-PUDING ROTI BUAH KURMA -resepi drpd majalah Saji . Macam2 resepi ada. Nak buat dengan tak nak je ;-)

Hari ketiga: ?? ;-)


Puding Roti Buah Kurma (kismis sebagai hiasan)


Sahur semalam best, sebab ada sambal kering ikan bilis, feveret tu. Kakak saya buat. Kebetulan petang semalam dia datang, bawa gulai daging+sambal tu. Tq!


"Awak masak apa hari ni?"
(Soalan klise bulan Ramadan..^_^)


** (Seperti biasa, bulan Ramadan, Ma kat kampung akan mesej- "Na bangun sahur!" @ "Na, bangun doh ko?" ^_^ TQ Ma!)

Tuesday, July 17, 2012

Baik-baik Saja....

Yea!! Nak balik 'rumah mama', kata Wafiy. ^_^

Setelah lebih kurang 20 hari di kampung, alhamdulillah, mereka dua beranak dah balik KL semula. Kesihatan suami, alhamdulillah, semakin menunjukkan perkembangan positif, (tapi masih perlu rawatan/urutan susulan, tidak boleh terlalu lasak) Hari ni suami mula mengajar. Semoga dipermudahkan Allah Taala.


Dan, saya, insya-Allah hari ni ni tamat berkursus, setelah 3 minggu tercongok dalam bilik kursus. Insya-Allah, 23 Julai ini akan melapor diri bertugas di bahagian baru, jabatan baru! Oh, tetiba rasa sayang nak tinggal dunia penerbitan, mula bertugas dari November 2003 di Bahagian Buku Sastera, dan akhirnya 23 Julai ini saya akan bertugas di bahagian Promosi dan Pengiktirafan. "Rabbi Yasir Wala Tu assir".

Saya, belum dapat bertapak lama2 di sini, rumah kawan-kawan pun tak sempat nak jengah. :-(. Insya-Allah, moga ada peluang nanti ya! :-)

Apa-apa pun, sahabat sekalian, saya ingin mohon maaf sekiranya dengan sengaja atau tidak telah melakukan kesalahan. Dan seterusnya, ucapan selamat berpuasa daripada kami sekeluarga. Semoga Ramadan ini membawa seribu keberkatan kepada kita. Insya-Allah....

Wednesday, July 11, 2012

Angin Ahmar=Ar-Raihul-Ahmar=Jin Merah?

Sejarah Doa Angin Ahmar dan Maksud Ayat

Sejarah Doa Angin Ahmar

Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat/doa Angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.


Sumber rujukan: http://puspanita.motour.gov.my/agama/102-sejarah-doa-angin-ahmar-dan-maksud-ayat.html


Bacaan doa rihul ahmar yang diajar Nabi Muhammad SAW-amalkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup (Boleh rujuk di laman ini)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...