Yea!! Nak balik 'rumah mama', kata Wafiy. ^_^
Setelah lebih kurang 20 hari di kampung, alhamdulillah, mereka dua beranak dah balik KL semula. Kesihatan suami, alhamdulillah, semakin menunjukkan perkembangan positif, (tapi masih perlu rawatan/urutan susulan, tidak boleh terlalu lasak) Hari ni suami mula mengajar. Semoga dipermudahkan Allah Taala.
Dan, saya, insya-Allah hari ni ni tamat berkursus, setelah 3 minggu tercongok dalam bilik kursus. Insya-Allah, 23 Julai ini akan melapor diri bertugas di bahagian baru, jabatan baru! Oh, tetiba rasa sayang nak tinggal dunia penerbitan, mula bertugas dari November 2003 di Bahagian Buku Sastera, dan akhirnya 23 Julai ini saya akan bertugas di bahagian Promosi dan Pengiktirafan. "Rabbi Yasir Wala Tu assir".
Saya, belum dapat bertapak lama2 di sini, rumah kawan-kawan pun tak sempat nak jengah. :-(. Insya-Allah, moga ada peluang nanti ya! :-)
Apa-apa pun, sahabat sekalian, saya ingin mohon maaf sekiranya dengan sengaja atau tidak telah melakukan kesalahan. Dan seterusnya, ucapan selamat berpuasa daripada kami sekeluarga. Semoga Ramadan ini membawa seribu keberkatan kepada kita. Insya-Allah....
6 comments:
selamat berpuasa..
Alhamdulillah Che Abe dah sihat...
Kka Su doakan Diana sukses di bahagian baru nanti. Pedulikan apa orang nak kata, yang penting yakin kita mampu buat! Selamat berpuasa juga dan maaf segala salah silap Kak Su sepanjang kita berkawan...
Alhamdulillah suami dah sihat. Seronok dapat berkumpul balik sempena bulan penuh keberkatan ini! Selamat berpuasa!
Insya Allah..
salam ramadhan buat dieyana sekeluarga....
Syukur alhamdulillah suami awak dah sihat.Mesti berseri kembali rumah awak lepas beberapa minggu kurang serinya. Insyaallah.
Selamat berpuasa dan selamat bertugas ditempat baru ya dik!
Post a Comment