Tuesday, July 31, 2012

Anemia Ketika Hamil?

28 Jun 2012, kandungan berusia 20 minggu 1 hari, baru terhegeh-hegeh buka 'buku merah' di klinik kerajaan. Saya pilih Klinik Ibu Mengandung Jalan Hang Tuah, sebab dekat dengan pejabat. Sebelum ni, saya check-up di sebuah klinik dalam bangunan Daya Bumi, Dr Yustina, dan sebab 2 anak sebelum ini, saya memang check-up di sini, sgt selesa dgn Dr ni. Setiap kali check-up, doktor cakap, tekanan darah awak rendah. Okey, Dr Yustina dan saya memang maklum tentang itu dari anak pertama, masalah ni lah yang saya hadapi.


Situasi di klinik kerajaan Hang Tuah pula, saya disahkan ANEMIA! Hb saya hanya 8.6 saja! Di bawah tahap anemia teruk. Saya tengok muka nurse cemas. "Huisy, teruk anemia awk nih!" kata nurse. Sedangkan saya, seperti tidak ada perasaan, releks, cool, siap gelak2 lagi. Lepas tu nurse bagitau saya tentang anemia. Kesan-kesan anemia terhadap ibu dan anak yang dikandung. Balik dari rawatan, sambil berjalan dari klinik ke pejabat, fikiran saya mula melayang2, teringat kata-kata nurse. Tadi gelak2, sekarang baru risau ya! ;-) Risau la pulok! Antara tanda seperti, berdebar-debar sentiasa ada sepanjang kehamilan kali ini. Rasa berdebar2 yang sangat teruk sehingga hampir pitam. Sangat2 tidak selesa. Dada sangat2 sakit! Walaupun saya dalam keadaan berehat, rasa berdebar2 tu tetap ada, apatah lagi kalau melakukan kerja-kerja rumah, sangat2 tidak selesa/penat yang terlampau!


Di sini, saya kongsikan tentang Anemia....


Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Bagaimana untuk mengetahui menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
- cepat letih
- rasa tidak bermaya
- pucat
- berdebar-debar (degupan jantung yang cepat)
- sukar bernafas
- pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Mereka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=142:anemia-dan-kehamilan&catid=37:masalah-hamil&Itemid=59


Sumber lain tentang anemia:


Nurse mengesyorkan saya makan IBERET FOLIC. Tak perlu makan vitamin/ubat obimin dan besi? (warna coklat), kerana dalam iberet mengandungi kesemua vitamin tersebut. Boleh didapati di farmasi.

Sekarang saya masih teruskan dengan iberet. Rasanya gejala berdebar-debar tu semakin berkurang. Sesekali terasa, rasanya normal lah ibu mengandung kan....

Ada juga kawan-kawan syorkan makan jambu batu, air limau nipis.

Sekarang, saya cuba 'tengok2' vitamin Shaklee, yang dikatakan supplement yang bagus. Siapa yang pernah cuba Shaklee, okey tak?

(Semoga saya dan kandungan terus diberi kesihatan yang baik hendak-Nya. Hari ini kandungan saya berusia 25 minggu).

11 comments:

Iela Fazielah said...

DIEYANA...itulah kelebihan kalau check kat klinik kerajaan...special care n penyakit2 mcm ni lebih jelas diterangkan berbanding gi swasta yg just ckp je... alhamdulillah dieyana dah feel ok skrg.. harap kendungan selamat sempurna hingga tiba waktu bersalin nnt... selamat menempuh alam beranak 3... ila skrg ni tunggang terbalik... xlarat & xterurus... feel lain dr anak 2...huhu

Akak Kembang said...

take care dear :)

Aida Salleh said...

Akak doakan awak dan baby2 sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah selalu. Amin..

IDAZS said...

take care kak diana, jaga diri, jaga pemakanan :)

Ummu Madihah said...

Mak Aji juga ada pengalaman kurang darah semasa mengandung anak pertama. Masa tu husb kerja di Alor Setar. Gi kerja naik bas. Satu kali semasa bas penuh terpaksa berdiri, rasa nak pitam cepat2 minta org yg duduk bangun spy Mak Aji boleh duduk. Sebut kata nak pitam! Dunia dah hampir gelap. Bila dah duduk baru cerah balik dunia. Dulu Mak Aji makan obimin, pin gi ke klinik Jln. Hang Tuah. Mrk x beri, kena beli sendiri d farmasi. Apapun dugaan kpd ibu yg hamil, insya-Allah akan mendapat ganjaran setimpal drp Allah SWT!!

- dieyana - said...

iela-ha, itulah, ramai yang cakap kalau g swasta, dia tak check hb. dieyana bukan apa, malas nk g kerajaan, kena tunggu lama2...huhuhu, tk suka, itu yang sengaja p lewat2..heheh... insya-Allah, harap semuanya okey...

- dieyana - said...

alin-tq ya!

- dieyana - said...

aida-t.kasih kak...mudah-mudahan semuanya baik..amin

- dieyana - said...

idazs-tq da! insya-Allah...semoga dipermudahkan-Nya

- dieyana - said...

ummu madihah-itulah dia, kalau dah gelap mata, memang tak leh nak buat apa, dieyana pun pernah dalam bus, orang buat tk tau je, selamba je dieyana duk bawah, baru org perasan, baru nak bagi tempat duduk..huuhu..

itulah dia, ujian org mengandung...kena kuat semangat...

Aishah Khairudin said...

Saya juga ada pengalaman bacaan Hb menurun masa hamil..anak pertama, ketiga dan keempat..pertama paling teruk 9 bacaannya..memg lemah..ada effect pada ibu dan bayi selepas dilahirkan sampai sekarang yang sulung dah berumur 9 tahun..makanya jangan ambil mudah bila bacaan HB anda menurun, kena atasinya..disebabkan taknak perkara yang sama terjadi kpd anak 1 dan ke 3 saya, saya ikhtiarkan juga...nak tahu cara saya atasinya dengan cepat dan berkesan jemput la view blog saya https://vitasodap.blogspot.my/2017/01/cara-menaikkan-bacaan-hb.html..ia sekadar perkongsian supaya jadi pengajaran buat semua ibu hamil..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...