Monday, July 23, 2012

Cerita Awal Ramadan

Alhamdulillah, dah 3 Ramadan hari ni. Alhamdulillah, sehingga semalam, saya diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. Bangun sahur, lepas solat subuh, kemas rumah sekadar yang mampu, kemudian lelapkan mata sekejap, rehat2 di rumah bersama keluarga, antara pukul 2-3 petang dah mula bersedia untuk menyediakan hidangan berbuka.

Cuti, eloklah masuk dapur awal-awal, risau petang nanti 'jelepek' keletihan, kupas bawang, buat apa2 yang patut ... terasa pening, rehat kejap, boleh sambung balik kan. Tapi alhamdulillah, dua hari berpuasa, tak de lah rasa gigil/pening, tambahan lagi suami turut membantu di dapur. Risau juga kan, ibu mengandung, tak dapat menahan perut/yang sewaktu dengannya ;-). Tapi alhamdulillah, dapat berpuasa dengan jayanya. Wah, eksen! ^_^

Tengoklah nanti petang ni, balik kerja pukul 5, kalau jalan tak jem, 5.30 dah sampai. Kalau hari bekerja, sediakan juadah ringkas, yang mana sempat. Nak singgah pasar ramadan? Lagilah tak kuasa mak encik, nak bersesak2 dgn orang ramai. Harap2 terus diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ... amin....


Juadah yang disediakan pun tidaklah terlalu berat, cukup 1 lauk utama, 1 lauk sampingan (itupun kalau ada), sayur/ulam-ulaman, sudah memadai. Sahur, bangun masak nasi je ... mungkin ada lebihan baki lauk berbuka, simpan untuk sahur, atau rebus telur masin. Cukup! Standby juga roti ... Yang penting, sahur, mesti makan. Dan, buah kurma, setia sepanjang ramadan!


Menu hari pertama: GULAI KERUTUB AYAM KAMPUNG+TELUR DADAR+ULAM-ULAMAN


Hari kedua: Suami teringin BUBUR NASI KASIH SAYANG, nama diberi ^_^+ sedikit kuih-PUDING ROTI BUAH KURMA -resepi drpd majalah Saji . Macam2 resepi ada. Nak buat dengan tak nak je ;-)

Hari ketiga: ?? ;-)


Puding Roti Buah Kurma (kismis sebagai hiasan)


Sahur semalam best, sebab ada sambal kering ikan bilis, feveret tu. Kakak saya buat. Kebetulan petang semalam dia datang, bawa gulai daging+sambal tu. Tq!


"Awak masak apa hari ni?"
(Soalan klise bulan Ramadan..^_^)


** (Seperti biasa, bulan Ramadan, Ma kat kampung akan mesej- "Na bangun sahur!" @ "Na, bangun doh ko?" ^_^ TQ Ma!)

7 comments:

Mrs. Norrie said...

klu sahur pun saya suka just ikan bilik goreng potong2 cili api....lagi menyelerakan...

izla said...

hehe.. sama lah.
dah kawin pon mak still kejutkan/call bila sampai waktu sahur.
nak angkat call, suara garau(suara taknak kuar) lagi. so, reply je mesej 'acik bangun doh'..

♥MAMASYAZA♥ said...

ikan bilis goreng ngan bwg besar n cili kering memang sedap. sahur pagi tadi masak nasi goreng n ikan bilis goreng tu aje. berselera mkn

lovely said...

wah.. bubur nasi kasih sayang.
hihii..
ida pun cam tu jugak..
suka masak yg simple.
janji ada lauk dan sayur.. dah cukup..
asalkan kenyang.

~aYu~ said...

cantik nama bubur kasih sayang tu.. hehe.. sy pun blk kol 5 lagi bln ni.. xtau la camne rupanya jem..

Alin Marlini said...

tak masak..emak tolong masakkan..hehehe

IDAZS said...

masak yang simple sedap sebenarnya :)

terliur tgk puding roti tu..nyum-nyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...