Alhamdulillah, dah naik kerja minggu lepas, 9/1/2013. seperti biasa, naik kerja lepas cuti bersalin, blur2 je, tk tau nak capai apa. Elok2 naik kerja awal tahun, agihan projek baru. Fuh, lap peluh!
Yang dimpikan, yang diperlukan untuk kembar, dah dapat. Alhamdulillah, walaupun mak pak berkorban duit bonus masing2, kami reda, demi keselesaan anak-anak.
Selepas tolak, campur, bahagi, Maclaren Twin Techno jadi pilihan, itu pun puas fikir, Espirit/ Maclaren. Suami beli kat Mother Care Mid Valley. Selesa utk anak2, dapat guna jangka masa panjang, yang penting, muat bonet kecik Myvee! Walaupun Maclaren ni dh kecik, tp sbb reka bentuk
twin, sedang elok muat dlm bonet, tapi pemegangnya sedikit
terkeluar, kena tolak masuk betul2! Kalau boleh, twin ni kami mahu biasakan duduk dlm stroler waima dh berusia 4 tahun. Abang2 nya dulu, duduk tk lama, Wafiy-sehingga umur 2 tahun lebih2 je. Iman, tk de stroler langsung pun!
Kuning kehijauan, katanya warna ni limited edition.
Hari pertama guna, try bawa diaorang berjalan2 di Alpha Angle Wangsa Maju, aduhai, berpeluh mak pak, yang abang-Umar Ghazi, tak nak duduk, huhhu...kena la dukung. Abang2nya, Iman n Wafiy pula yang bergilir2 duduk ;-)
Perancgn asal, hantar rumah pengasuh guna stroler, tapi bila try, lambat! Nk buka tutp stroler pagi2 buta, sangat leceh! Jadi, suami saya ikut saya dgn motor, sampai, dukung satu sorang, naik tangga ke ting.2, lagi cepat! Dah le stroler tu tk muat bonet Kelisa, kena letak sit depan, masalah tk nmpk side mirror kiri pula!(Pagi2 dah senaman, mana la mak tk kurus! Sesiapa yg nk kurus tu, silalah beranak kembar ^__^)
Merah pilihan kami
Car seat pula, kami pilih Sweet Cherry-suami beli kat Sogo, satu sorang. Car seat ni pasang kat Kelisa saya. Sekarang saya dh kerja, memang tiap2 pagi, petang diaorang duduk dalam car seat. Alhamdulillah, diam je diaorang dalam ni. Dua2 kami pasang kat sit belakang. Mula2 guna, rasa kekok, sebab masa drive, tk dpt tgk muka kembar, muka kembar mengadap cermin belakang, risau juga kan! Tapi sebab jarak rumah ke rumah pengasuh tk jauh, ok lah!
2 comments:
fuh k.diaya bnyak melabur duit ya utk kembar ni..tapi takpe anak double rezeki pon double jugak kan.alhamdulillah mkin kurus lah k.diana nmpak gaya nya mcm ni...
salam, nk tnya brp harga car seat?
Post a Comment