Tuesday, June 4, 2013

Cuti Sekolah-Buat Apa?

Cuti sekolah kali ni kami tak balik kampung mcm selalu. Mungkin sebab baru je balik mengundi hari tu, jadi cuti sekolah ni, kami di KL saja.... Anak-anaklah yang paling seronok, "cuti lama," kata Wafiy. Papanya, pabila cuti sekolah, sudah tentulah melayan Wafiy, pagi, selepas hantar cik kembar, Wafiy dan papanya ke gerai  roti canai/nasi berlauk. Kemudian, 'berjimba-jimba' lah dua beranak tu.... Mak tak campur, sebab mak kerja mcm biasa! He3, jeles! Nak cuti juga-Jumaat ni! 2 hari lepas, papanya jaga cik kembar-pengasuh cuti!
 
Iman pula, saya bawa opis, kebetulan ada program teater kanak-kanak (dari umur 7-16 tahun)., anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk anak-anak staf DBP. Apa lagi, ambillah peluang yang ada! ;-))
 
Pertama kali Iman join latihan teater. Pada mulanya, tak nak, tapi saya cakap, cuba dulu. Bila dah join hari pertama-Isnin lepas, bila ditanya nk teruskan tak? Nak,  best, katanya,!

 
 
Tak risau Iman, level confidennya, Alhamdulillah, dari usia 4 tahun di Genius Aulad  dh didedahkan dgn aktiviti pentas, apa lagi, ada peluang, cuba2 lah mengetengahkannya.
 
Insya-Allah, mereka akan membuat persembahan sketsa 'Sahabat' pada 6 Jun ini di Dewan Bankuet Dewan Bahasa dan Pustaka, sempena Majlis Anugerah Anak-anak Cemerlang anjuran Badan Keluarga DBP.
 
Part Iman taklah banyak, sekadar pelakon2 cilik tepi pentas ^_^ Sesekali ada dialog, ha kau, keluar suara tak payah pakai mikrofon! *__*

"Mama, dialog tu apa? Mama, vokal tu apa?" Ahaks, seperti biasa soalan2 pasti menyusul! ;-)
 
Dan, Insya-Allah, pada November nanti, mereka akan terlibat dengan pementasan kanak-kanak DBP.
 
 
Apa salahnya kan, dedahkan anak-anak dengan dunia seni sastera, sebagai mengisi masa lapang mereka. Aktiviti sebegini dapat membentuk keyakinan dalam diri anak-anak, berhadapan dengan khalayak, serta mengembangkan bakat sastera mereka.
 
Kebanyakan daripada mereka, tidak pernah terlibat dengan teater, tapi dalam masa 6 hari mereka berlatih, dah dapat 'catch-up' apa yang diajar guru. Waima mereka tak duduk diam, berlari sana-sini, biasalah, kena tahan jiwa mengajar anak2 ni,  tambah2 macam Iman tu, aduyai...he3.... Sebilangan kecil yang pernah berlakon tu, okeylah, faham, boleh mengetuai yang kecik2 ni....;-))
 
** Uols cuti sekolah bawa anak-anak bercuti ke?

5 comments:

PinKy MoMMa said...

bestnyer..pengalaman yang bukan sllu boleh merasakan :)

kiteorang bawa anak jalan dekat2 je huhu..dah tak larat dah..ke gold coast morib jer..uhuks

IDAZS said...

wahhh! bagusnya iman..
okla tu kak, ada juga aktiviti...

tak sabar tgk iman berlakon nanti.. saya bertugas haritu, jaga pendaftaran :)

rinkume_zi said...

mcm best pulok deh. bakat dieyana nurun ko iman kot. ;-)

lovely said...

bestnya ada kelas teater utk kanak2.
nanti kalau ada. bg tahu lagi yer hihihi..

Iela Fazielah said...

bestnyer dieyana...mcm nam nak dftar ye??? ila nak jugak masukkan syfqah dgn aktiviti mcm ni..kat area sentul, gombak n kl byk pusat aktiviti mcm ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...