Wednesday, June 5, 2013

Kami Cik Kembar! Hee.... ^_^

Assalamualaikum, hai.... umur kami dah nak masuk 8 bulan. 2 bulan lepas berat kami 14 kg. Tapi bukan 14 kg seorang, 14 kg bila dicampur kami berdua. Heee.... kalau berat sangat, nanti mama dan papa tak larat nak dukung kami! Kesian mama kami yang kecik comel  tu tau!

Kami tak merangkak, kami meniarap-menyelusur laju ! Kalau kami nampak mama, cepat2 kami dah sampai kat kaki mama! Mama selalu sembunyi daripada kami. Kalau mama nak g dapur/toilet, mama tutup muka, cepat2 lari tak bagi kami nampak mama. Tapi kami pandai tau, walaupun mama tutup muka, tapi kami nampak badan dan kaki mama tu. Hee.... Berlumba2 kami dapatkan mama! Kalau kami cari mama tak jumpa, kami suka tunggu mama depan toilet atau dapur. Hee.....
 
Kami sangat laju tau! Sebab tu mama selalu ingatkan Abang Iman, Abang Wafiy dan papa, "jangan lupa tutup pintu toilet, nanti cik kembar masuk. Bahaya!!" Hee...

 

Tiap-tiap pagi mama dan papa hantar kami rumah tuk (pengasuh), petang mama papa ambik kami. Kadang2 abang-abang kami ikut juga ambik kami. Kesian mama papa kami yang comel tu! tiap-tiap hari naik - turun tangga tingkat 2 hantar - ambik kami.

Kami ni kembar yang baik tau. Kami nangis bila nak susu aje. Kami dah pandai cari mama. Kalau mama berbaring, kami lumba2 cari susu. Kami dah tau susu kat mana. Mama cakap, cukup satu sorang, jangan berebut! :-)) Alhamdulillah, susu mama cukup untuk kami berdua. Kesian mama, tiap2 hari pam susu kat opis untuk kami berdua. Kalau tak cukup, mama pam lagi kat rumah. Mama bangun tengah malam, bangun pagi2 sebab nak cukupkan susu utk kami. Kalau ada lebih, mama buat stok. Tapi mama cakap, stok kami dah kurang sangat2. Tapi mama tak putus asa, mama terus berusaha. Tq Mama!
 

 






















Kami berdua suka main dengan Abang Iman, Abang Wafiy dan papa. Papa suka kacau, gomol2 kami. Lepas minum susu dengan mama, papa ulit kami sampai kami tertidur. Kadang-kadang, kami tak perlu diulit, kami tidur macam tu aje. Insya-Allah, mama dan papa tak penat jaga kami! Heeee....
Mama dan papa suka bawa kami berjalan2. Orang ramai suka tegur kami, "kembar ke?" "Wah, kembar la!", "Eh sama la". "Mana satu abang, adik?"
Kalau masuk/keluar lif, orang bagi laluan kat kami, beri laluan, beri laluan, cik kembar nak lalu!"
 
Bye, nanti kami cerita-cerita lagi tau!


3 comments:

Iela Fazielah said...

indah n seronoknyer jaga sikembar ni.... ila xdpt beezakan mana abg mana adik.... semoga si kembar jd anak yg soleh dan cerdik...amin

ceywie ku said...

macey betul2 cik kembar jah hok keceknyo. ;-)

PinKy MoMMa said...

seronoknyer tengok gelagat cik kembar..pipi diaaaa..eiii eiiii geram betul!

camner mama dia boleh bezakan abg dan adik masa mula2 dlu kan hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...