Friday, June 28, 2013

WhatsApp?!

Salam Jumaat dan selamat pagi. ...
 
WhatsApp ('Woksak'), sampai jari-jari berasap! Fuh! Orang lain dah lama kenal benda alah ni. Saya? Fuh, baru je 2/3 minggu ni tau apa itu whatsapp ... hahaha, gila jakun kan? ^_^
 
Tambah lagi bila dah phone canggih sikit ni (sikit je lah), bolehlah nak godek2 itu ini, begitu begini. Lepas Woksak, ada yang invite me wechat pulok. Lagu mana pulok tu wei.... Boleh tulis2, macam woksak juga, n lebih menarik boleh berbual, katanya! Wah! menarik tu! ;-))
 
Sekarang ni Geng group sekolah rendah dulu2 ... menggila berwoksak, semakin ramai, meriah! Yang seronoknya sebab geng tu ialah kawan-kawan sekolah rendah dulu. Bayangkan! Kawan-kawan 25/28 tahun yang lepas! 1985-1990 Sekolah Rendah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas, Kelantan!
 
Seronok bila masing-masing bangkitkan cerita-cerita lepas...."mu ingat dok, gini, gitu, bla bla, bla pok pek pok pek." Gegak gempita ruangan woksak kami! Keras perut nok suko! Tambah syok bila kami akan buat majlis reunion hari raya nanti. Insya-Allah. Jange tok jadi pulok wei!

Indahnya alam persekolahan. Rasa nak kembali ke zaman itu, zaman kanak-kanak, zaman ikat rambut dua! ;-)) Tak payah nak pikir apa, tau nak main/seronok aje. Dah namanya kanak-kanak kan! ^_^ Andai dapat, kuundurkan putaran dunia! Tapi mana mungkin, kan!
 
Bisik-bisik: Apa-apa pun, woksak, woksak jugok, yang penting tahu batas-batasnya dan tidak lupa akan tanggungjawab masing-masing ya! Ingatan untuk diri n kawan-kawan lain juga! ;-))


** Banyak entri2 tertangguh, tak sempat la ai nak update! :-((


Kanak-kanak Ribena! ;-))

2 comments:

Iela Fazielah said...

mmg seronok wassup ni.tp ila layan wassup family je sbb hp ila xcanggih... Wassup ila pun guna no. Broadband....

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Wah, seronoknya kanak-kanak Ribena bergasak!! Mak Aji juga guna apps tu, seronok sebab percuma!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...