Pagi ni datang pejabat lain macam sangat, rasa tak best pun ada, rasa rindu pun ada, pelbagai rasa.
Untuk pertama-tamanya, hari ni ke opis hanya satu beg saja (handbag), tak best sangat! Bermula hari ini, tak bawa cooler bag dan peralatan pam susu dah tak bawa
Rasa macam 'kehilangan'/'kerinduan' yang amat, rasa tak selesa dgn penampilan hari ini dengan hanya satu beg saja :-(( Tapi inilah keputusan yang dibuat, dan hari ini bermulalah episod ke tempat kerja tanpa dua beg.
Hari pertama mungkin rasa tak best tapi inilah keputusan saya.
Walau apa pun, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang, dan masih dapat menyusu cik kembar ke hari ini. Terima kasih, syukur ya Allah. Moga niat saya dirahmati Allah Taala...
Dah tak pam di opis ni, tak de lah bekal susu untuk cik kembar di taska., menyusu malam di rumah saja lah...
Moga cik kembar baik-baik ya!
Bai-bai beg pink yang comel! :-((
Bai-bai Mr Rumble Tuff :-(( Belum simpan dlm kotak lagi..rasanya kena cepat2 simpan, lagi ditengok, lagi rasa sayu.... Rindulah saya kat kamu nanti!
Pilihan susu tepung untuk cik kembar ialah dumex dugro (fruit/vegetable). Nampaknya, bulan ni, bajet susu lebih la...;-)) Sebenarnya, cik kembar dah mula campur susu tepung dari lepas raya puasa lepas, setakat ni, dumex dugro lah yang sesuai dgnnya.
Tak tau la macam mana saya di opis seharian tak pam ni, moga baik-baik saja.
Sebab nak berhenti pam? Umur kembar dah dua tahun, ermmm...tiga tahun pun masih boleh pam kalau kita nak, kan! Sebabnya, "mmng nak berhenti pam lah"....itu je lah sebabnya kihkihk! (Alasan macam tak kuat je kan!)
Susu masih ada, bila pam dua kali di opis, dapat 13-14 oz (kalau pam satu kali dapat la 9-10 oz) Hasil pam bawa ke taska keesokan. Bila ptg dia minum susu tepung, kata pengasuh taska, itu pun kalau dia nak minum. Satu bulan, saya hanya bekalkan satu plastik dumex (900 g), kadang habis/kdg tak habis.
Tengah menaip ni, tetiba rasa keputusan ni belum muktamad, hihihi. Rasa mcm hari ni mungkin hanya percubaan sajer, hahah. Aduhai, inilah orang kata perasaan ibu menyusu/pengepam tegar kan, kejap rasa ok, kejap tak okey. Ermm, tgklah macam mana ;-)) Moga perasaan ini sekejap saja.
Walau apa pun, terima kasih untuk my bos dan kawan-kawan seopis yang sangat2 memahami saya. Dan untuk my bos, terima kasih kerana memberi peluang/masa untuk saya mengepam, dan memberi tempat baik/selesa ;-))
Bila cakap dgn suami, saya nak berhenti pam dah ni, dia pandang saya. Saya tanya pendapat dia, "okey dop?" "Ermm..ikut awak la"...ermm...dia pandang saya lagi, "ikut awk la," dia ulang lagi. ^__^
Bismillahirahmanirrahim ... semoga Allah Taala merahmati keputusan saya ini.
**Sebenarnya dari bulan lepas cakap dgn diri sendiri, nak berhenti pam, tapi tak jadi, tunda, tangguh. Dan, hari ni, barulah betul2 tak bawa beg pink comel tu!
**Tengok macam mana hari ni, kalau rasa 'sakit,' minggu depan kita bawak lagi lah beg pink comel tu ke opis. Nampak gaya, hari ni percubaan saja, belum muktamad! Hahahahah!!