Friday, December 26, 2014

Allahuakbar! Lindungilah Mereka Ya Allah :-((

Assalam, hari ni dah Jumaat, kat opis ni sunyi sepi, ramai yang bercuti. Saya? Uh, tak nak ckp apa2, cuti berbaki satu hari je, buat kerja lah kat opis! ;-))
 
Handphone, siang malam kat tangan, wasup sentiasa masuk, update banjir kat kampung kami ). Ades! Sedih yang amat, tak tau nak kata apa, hanya doa untuk mereka agar dilindungi-Nya. Allahuakbar!
 
Rumah famili Kampung Lemal, Pasir Mas, pagi kelmarin mula dinaiki air. Ba dan Ma, mula siap siaga. Kesian Ba, Ma dan adik bongsu saya, dengan kudrat mereka, angkat yang mana termampu je lah. Kereta - dah letak kat tempat tinggi katanya, tapi dah terselam air jugak petang semalam! Tawakal je lah, yang penting selamat diri.
 
 
 
Ini rumah famili pagi kelmarin, masa ni, diaorang dah mula bergerak keluar dari rumah, risau air mula naik!
 
 
 
 
 
Ini tengah hari kelmarin, dah makin teruk! :-((
 
 
Group wasup kami adik beradik dan sedara mara, update perkembangan rumah kat kampung, ada rumah yang smpai air cecah tingkap, tak tau nak kata, sedih yang amat. Dengan kelajuan air yang deras, Ya Allah ...  Air naik sangat cepat!
 
Bila kami call, Ba tak boleh nak cakap ... sebak/sedih! :-((
 
Petang semalam, famili dan jiran2 dah pindah ke tempat pusat pemindahan. Tengah malam semalam saya call Ma/Ba, tak dapat dihubungi dah, agaknya hp dh tk bateri. Harap2 mereka selamat di pusat pemindahan, dan bekalan makanan mencukupi. Kesian bila bayang anak2 kecik, orang tua/sakit... :-((
 
Banjir yang paling teruk 2014 ... semoga mereka dilindungi-Nya. Amin. Ya Allah, besarnya Ujian-Mu ya Allah. Sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, pasti sesuatu yang baik telah Kau janjikan untuk hamba-hamba-Mu

* info terkini pada pukul 12 tengah hari ni- air tengah menaik di Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Allahuakbar!

#Doauntukpantaitimur
 
 
**Nak update cerita my besday (24/12/2014) pun tk de mood lagi, nanti2 lah!
 

 

 

Wednesday, December 24, 2014

Doa yang Terbaik :-((

Tak terkata, risau/sedih/ macam-macam, tak tau nak kata apa....
 
Sama-sama kita doakan mereka di Pantai Timur


Pagi-pagi lepas Subuh call Ma kat kampung, katanya, balik Subuh dari Masjid, tengok air Sungai Kelantan, naik lagi! (Rumah famili dekat Sungai Kelantan). Siren bomba berbunyi pukul 5 pagi tadi ... tanda amaran!
 
#Doauntukpantaitimur :-((
 
**Segala yang berlaku ada hikmah-Nya. Perancangan Allah itu cukup molek untuk kita. Solat, berdoalah untuk perlindungan kita semua.

Friday, December 12, 2014

Shawl ... yang Selesa ... yang Senang Pakai ;-))

Saya kata, "selfie sikit-sikit" ... tapi kata suami, "sikit-sikit selfi!" ^__^

Bukannya selalu kan, sesekali, selfi bila pakai tudung, suka2. Bila kita pakai/makan/guna  dan rasa best, selesa, apa salahnya kongsi dgn kawan2 kan! ^__^ Alasan klise bila berselfi...;-))
 
Meh kita nak kongsi shawl baru yang 'sedap' n senang dipakai ;-))
 
 Selesa, senang pakai ... naelofar hijab ... cotton .. shawl nelofa, katanya ;-)) Beli kat kedai mk sedara nelofa Pasir Mas. (Minggu lepas kebetulan ada kerja rasmi di Bachok, Kelantan ... alang2 bos arah pergi, boleh balik kampung, angkut sekali suami n anak2  ^__^
 
 
 Di laman rumah famili kat kampung, berlatarbelakangkan mural yang ba saya buat :-)) 
 
 
 
 Lagi aksi 'bernelofa' ;-)) Mama je yang lebih-lebih, nak!  ^_^
 
 
 
 Naelofar Hijab- tak payah seterika ;-))
 
 

Gambar hok bawah ni beli dgn member opis, kain cifon ...selesa, senang pakai ... instant shawl katanya. Tak perlu nak belit bagai, hanya sarung n ejas la elok-elok, boleh ejas panjang/pendek.
 
 



Dengan muka tak de perasaan, layan kan aje bini nak 'ber-wefie' ;-))
 
 
 Yang ni beli dgn member opis juga ... dah lama. Shawl nya kaedah macam naelofar hijab, sarung dan angkat atas, pin sikit untuk kekemasan. Saya suka tudung ni, sebab bila pakai, muka saya nampak bulat! Saya suka kalau pakai shawl/tudung menampakkan muka saya bulat, 'penuh' kononya ;-)) Orang lain nak muka runcing, tp sy nak muka bulat! Hhahah, terbalik!
 


 Geng mengaji ;-))

 
 Hok ni pulok Sugarscarf ... Madison namanya,  dah lama teringinnya. ^__^  Beli sehelai buat 'ubat' katanya. Tak beli kan, duk mimpi2. Hok ni tak boleh beli banyak, mahal deh, cukup selai! Kihkih ...   tapi hok ni muka tak berapa nak bulat. ^__^
 
**Tq dik, ole-ole printed satin dari Brunei ... comei! Hak ni belum sempat berselfie..;-))

Mi Tarik Warisan Asli, Setapak

Lunch hour dgn suami dan dua anak yang cuti sekolah, terasa kejelesan yang amat, diaorang bersenang2, rehat kat rumah tengok tivi, sesuka hati buat sepah mama pergi kerja, huish, jeles ai tau! Cik kembar hantar ke taska macam biasa. Senang papa dan abang2 nak berjimba2 ^_^ Amboiiii!
 

Mi Tarik Warisan Asli
Platinum Walk
Setapak.



Saya punya, suami lebih kurang macam ni jugak, tapi versi kering. Anak-anak satu pinggan nasi goreng, kongsi dua. Cik kembar duk taska, bawak abang2 je  ;-))

Harga sepinggan lebih kurang RM 12 ++,  banyak! ;-))




Peminat mi, boleh try makan di sini. Kita order, baru pekerjanya akan tarik mi ... so, mi tu fresh. Mi kenyal. Satu pinggan tu, memang banyak, kalau makan sini, pastikan perut betul2 lapar, kalau tak berapa nak lapar, satu pinggan boleh kongsi dua ;-)) Mi yang agak kenyal,  perut pun terasa kenyal gitew ... mkn sepinggan kenyang sampai malam ^__^


Monday, December 1, 2014

Persiapan Sekolah Anak-anak


Alhamdulillah, persiapan sekolah anak-anak dah 70% siap.

Tahun depan bertambah seorang lagi anak sekolah rendah-Adam Wafiy-darjah satu.

Abang dia-Iman Haziq-darjah 3

 
List pakaian: Dari yang dalam, sampai la yang luar, semua mak tulis, hahah! 
Kita perlu rancang sebelum membeli, agar tiada pembaziran berlaku ... cewah! Kalau bajet tak cukup, macam kami ni, beli la sikit2, kan kan ;-))

 
Baju sekolah Iman tahun lepas, ada la sehelai dua yang masih elok – bolehlah Wafiy pakai tahun depan ;-))
 
Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni, mungkin panduan untuk uols yang anak2 baru masuk darjah satu kan, brand Canggih adalah terbaik, warna seluarnya biru cantik, dan kainnya (baju putih) jenis yang mudah tanggal kotoran. Tapi sebenarnya, kerja basuh baju2 sekolah ni, bukan saya yang buat, itu kerja suami saya, hahah. Itu sebab saya tak risau sangat psl baju2 sekolah ni, suami saya tukang basuh, tukang seterika, aci!?
 
 
 Hari tu beli Canggih kat Sogo, jimat sikit, dapat voucher ;-))
 
Dua orang sekolah, setakat ni dah habis 600 ratus, itu belum masuk beg sekolah, dua biji sorang!  (beg sek. kebngsn, beg sek. agama), alat tulis bla bla Bila ditotal, lebih kurang RM1000 utk dua org anak, termasuk buku teks sekolah agama. Fhew phew, berpeluh mak pak. Lagi 30 % lagi tunggu bln depan la pulok..khihkhik. ;-))
 
 
Baju sekolah agama, dan baju biru sek kebangsaan Iman yang brand Canggih, size untuk anak saya tak de. Size paling kecik pun masih besar untuk anak2 saya :-(( So, Baju sekolah agama, kami beli kat Kamdar. Tapi brand kamdar ni, baju biru dia tak berapa cantik, pudar je birunya. Kebetulan semalam p carefour wangsa maju,  ternampak kain ela kat nagoya, birunya cantik,  1 meter 6 ringgit,terus papa dia beli 3 meter, boleh jahit kat kampung nanti...;-))
Yang untung, anak2 kami yang lambat membesar ni, baju Iman yang dari darjah satu, boleh pakai lagi naik darjah dua, tapi tahun depan dia dah pakai baju biru. So, mana2 yang elok, bagi adik dia pakai. Untung la sikit ;-))
Beli baju sekolah awal2, senang sikit, tak suka bersesak kat KL dengan orang ramai yang sekarang dah mula shopping baju/kasut sekolah anak2. Uols camner, dah beli ke....;-))
 



Iman dan Wafiy. Dua pasang memang tak cukup ni, tunggu bulan depan, boleh beli lagi. Dah tau, budak2 ni, satu hari pakai, memang comot sgt2. Tahun depan kira mujur yang amat bila Iman pakai kasut hitam-jadi pengawas katanya..;-))
Anak uols camner? Saya rasa, kalau budak yang jenis menjaga pun, rasanya tetap kotor jugak , kawan pijak kasut, katanya. Mama cakap, "ha, balas, pijak kasut dia balik! "Hahah, pandai mama 'mengajar' anak ya! ;-))


**Apa-apa pun, ikut kemampuan masing-masing kan, cuba bayangkan family susah, anak berderet masuk sekolah 5/6 orang sekali gus, kesian kan! Bersyukur la kita seadanya....

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...