Assalam, hari ni dah Jumaat, kat opis ni sunyi sepi, ramai yang bercuti. Saya? Uh, tak nak ckp apa2, cuti berbaki satu hari je, buat kerja lah kat opis! ;-))
Handphone, siang malam kat tangan, wasup sentiasa masuk, update banjir kat kampung kami ). Ades! Sedih yang amat, tak tau nak kata apa, hanya doa untuk mereka agar dilindungi-Nya. Allahuakbar!
Rumah famili Kampung Lemal, Pasir Mas, pagi kelmarin mula dinaiki air. Ba dan Ma, mula siap siaga. Kesian Ba, Ma dan adik bongsu saya, dengan kudrat mereka, angkat yang mana termampu je lah. Kereta - dah letak kat tempat tinggi katanya, tapi dah terselam air jugak petang semalam! Tawakal je lah, yang penting selamat diri.
Ini rumah famili pagi kelmarin, masa ni, diaorang dah mula bergerak keluar dari rumah, risau air mula naik!
Ini tengah hari kelmarin, dah makin teruk! :-((
Group wasup kami adik beradik dan sedara mara, update perkembangan rumah kat kampung, ada rumah yang smpai air cecah tingkap, tak tau nak kata, sedih yang amat. Dengan kelajuan air yang deras, Ya Allah ... Air naik sangat cepat!
Bila kami call, Ba tak boleh nak cakap ... sebak/sedih! :-((
Petang semalam, famili dan jiran2 dah pindah ke tempat pusat pemindahan. Tengah malam semalam saya call Ma/Ba, tak dapat dihubungi dah, agaknya hp dh tk bateri. Harap2 mereka selamat di pusat pemindahan, dan bekalan makanan mencukupi. Kesian bila bayang anak2 kecik, orang tua/sakit... :-((
Banjir yang paling teruk 2014 ... semoga mereka dilindungi-Nya. Amin. Ya Allah, besarnya Ujian-Mu ya Allah. Sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Mengetahui, pasti sesuatu yang baik telah Kau janjikan untuk hamba-hamba-Mu
* info terkini pada pukul 12 tengah hari ni- air tengah menaik di Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Allahuakbar!
#Doauntukpantaitimur
* info terkini pada pukul 12 tengah hari ni- air tengah menaik di Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Allahuakbar!
#Doauntukpantaitimur
**Nak update cerita my besday (24/12/2014) pun tk de mood lagi, nanti2 lah!
2 comments:
Ya Allah...akak yang mendengar pun rasa sedih sangat. Semoga mereka semua dilindungi. Insyaallah..
kami di sini terus mendoakan...
Allah menguji tanda Allah itu terlalu sayang...
sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
semoga kalian kuat dan tabah...
Post a Comment