Monday, June 29, 2015

Shopping Raya yang Seadanya ;-))

Nak 'bebel' sikit tengah hari yang mengantuk ni ;-))

Ewah, kali ni tajuk entri bajet bagus pulok ;-)) Baru 12 Ramadan, masih ada 18 hari yang berbaki, apa2 pun boleh jadi ^__^ Tapi harap2nya nafsu ini masih bertahan, toing toing, mata berpinar2 tgk baju cantik2! Tutup mata sambil ngintai sikit kot celah jari! ;-))
 

Shopping raya? Tidaklah sangat, beli sehelai-dua seorang, bagi melengkapkan apa yang tidak cukup. Seluar, baju, masih ada yang elok, jadinya, raya tahun ni, Alhamdulillah seadanya, baju melayu suami dan anak-anak tahun lepas tak beli, so tahun ni, kita beli lah, okey, yang ni settle.
 
Baju raya 2/3-dah settle juga. sehelai-dua setiap orang, cukup! Seluar/jeans anak-anak masih elok, beli sehelai je setiap orang, kembar je lebih sikit, sebab seluar tahun lepas dah kecik.
Kasut, tahun ni beli untk cik kembar je. Ikutkan, kasut tahun lepas masih elok, tapi hilang sebelah! :-(( Semua bersebab kan! Hhihihi.
  
Abang2nya pula, pakai kasut tahun lepas, masih elok, dan untungnya sebab anak2 saya kakinya lambat besar/panjang ;-))
 
Yang belum beres hak mak dia, kasut/sandal, mana destinasi shoppingnya pun belum tau lagi. Pandai2 la cari brg sendiri, last pun tk pe. Laki bini pandai2 lah curi masa shopping sendiri2 ;-))
 
Alhamdulillah, tahun ni, kami lebih berhemah dalam berbelanja, bangga kan! Berjaya mengawal nafsu di bulan Ramadan. Syabas untuk diri sendiri! ;-))
 

Gambar sekadar hiasan ... gambar lama, interprem sikit, ;-))


Sabtu semalam ke mid valley, niat utama nak cari sluar kembar, tak de berkenan, masing-masing dpt penat.
 
Hari Ahad ke One Utama pula, Alhamdulillah dapat sluar kembar. Okey settle. Alhamdulillah, harus beri pujian utk diri sendiri sebab tidak membeli selain barang yang diniatkan ... ahhaha. Bangga kan, kalau dpt berbelanja ikut senarai yang diperlukan.

Shopping dengan anak-anak yang berderet lebih selesa di tempat2 sejuk/selesa, nak ke tempat yang sesak/panas, kena la pergi tanpa anak-anak, kalau tak, naya anak-anak, naya kita juga, paham2 la kan!
 
Biskut raya tahun ni pun beli seadanya. Teringin nak buat popia nestum tu, anak-anak suka. Tgklah tahap kerajinan mcm mana. Rasanya popia nestum tk lah susah sgt kot? Nanti kita google2 ^___^
 
Uols, dh settle ke? Kalau belum settle, masih ada masa, cuma shopping dlm bln puasa ni, agak menguji keimanan, kan! Tgk yang ini, itu, semua cantik, last2 beli ntah apa2 yang bukan dlm senarai.

Saya, shopping dlm bulan puasa, balik rumah, agak melepek, dua jam shopping, cukup lah. Kalau tk jumpa brg yang nak, balik je lah, lagi dipusing, lagi pusing kepala dan biji mata.

Okey bai, selamat bershopping, berhemahlah kita dalam berbelanja di bulan Ramadan ini. Bulan Ramadan adalah bulan menguji tahap keimanan kita. Eh macam ustazah pula, macam pesan khidmat masyarakat pun ya jugak! Apa-apa je lah ;-))
 

Friday, June 26, 2015

Kemas Kini (Update): Umar Ghazi dan Umar Ghufran ^__^

Tajuk entri yang Bahasa Melayu sangat, 'kemas kini' boleh gitu? ;-))

Lama tak cerita cik kembar, bukan dilupai tapi sebab mu berdua, entri agak panjang la sikit, aci kan! Dan, entri untuk cik kembar, memerlukan masa yang betul-betul lapang untuk mengarangnya, tapi mama tak lapang sangat nak. Apa2 pun mama cuba untuk mengarang sehabis ringkas, ringkas tapi padat, mungkin! ;-))
 
Perkembangan Cik Kembar Umar (Umar Ghazi dan Umar Ghufran), Alhamdulillah umur dah dua tahun 8 bulan, Alhamdulillah sihat walafiat, semakin mengganazzz! Bila kedua-duanya bergabung, habislah mama, nasib baik papa ada, tolong cover. Semakin banyak akal, sangat sepakat, bab yang sepakat ni, memang tunggang terbalik la satu rumah, suka tukar2 baju, adui, pening mama,


Kerenah yang menggeramkan mama, membuatkan kamu semakin comel! Okey, puji anak sendiri ;-)) 
Sebelum ni, diaorang bergaduh sesama sendiri, dan suka gigit, meraung la cik kiah, awe dondey kena gigitan seram diaorang ni. Alhamdulillah sikap tu semakin berkurangan, rasanya dah tak de kot sekarang ni.

Diaorang tak mahu berkongsi, kalau makan, bekas mesti satu sorang, ada masa2 mood okey, boleh pula berkongsi, jenuh mama dan papa nak 'mengajar' mereka agar berkongsi. Mama tak mau adik beradik kembar buat hal sendiri, apa2 perkara mesti kongsi! Mama mahu anak2 mama berkongsi rasa, sedih, suka, kecuali perkara yang tk boleh kongsi, itu tk boleh buat apa la kan, contoh: esok2 nanti, isteri tk boleh kongsi, hahah, okey itu tak lawak! ^__^
 

Kalau ikutkan umur, patut dah boleh buat ayat panjang, tapi cik kembar ni paling panjang pun 3 perkataan. Kami sentiasa bercakap dgn diaorang. Tak pernah diajar cakap pelat, guna sebutan yang betul. Cik kembar ni memang banyak cakap, tapi dgn bahasanya tersendiri. Yang kelakarnya, kedua-duanya saling memahami, comel je bila masing2 bercakap bahasa sendiri, faham pula tu, yang sorang angguk, yang sorang ikut apa apa yang yang disuruh. ;-))

Boleh tahan perasannya, okey, bukan ank perempuan je jenis perasan, anak lelaki pun boleh tahan perasannya.hihi..Bila dipuji, 'ensemnya ghazi/ghufran', hah, mulalah ke depan cermin, sambil teleng2 kepala, angkat2 kaki sengih2 kemewet, hahaa kamu sgt lucu dik kembar! Cermin bsr, senang la masing-masing menilik ;-))

Yang bestnya, org tegur berapa umur, bila dicakap nk masuk 3, tercengang org yg bertanya tu, tak percaya, ingatkan setahun lebih  Kecik mcm mok pok dio la, awet mudo... ^__^

Kat taska pula, mereka berdua dah diajar potty training. Bila balik rumah, mama nak pakaikan pampers, "tak payah!" mama, suar alam, suar alam (seluar dalam), sudahnya, s/dalam abangnya jadi mangsa hahah ha, sudah! sampaikan nak tidur malam pun tak mau pampers, adoi, jenuh mama, bila dah mula potty training ni, karpet dah kena gulung simpan tepi lah!

Kat Taska-tepek jah cik kembar ni..sentiasa bersama-sama, di mana-mana., ;-))


Tup tup sebulan je kat taska mcm tu, sekarang ni, dah mula pakai pampers balik, ahaha, agaknya pengasuh taska tak larat melayan cik kembar yang selalu berak-berak kot ;-)) Nampaknya, projek potty training cik kembar tertangguh. Kalau ikut sejarah abang-abnagnya, 3 tahun baru nak mula potty training. Insya-Allah, projek potty training ni akan bermula bila-bila masa saja, tapi bukan dalam waktu terdekat ni. #kipidap  ^_^

Lagi di Taska, eh ada awek di belakang ;-))
 
Cukup dulu untuk hari ni, ;-))

Selamat berbuka puasa untuk semua!

Tuesday, June 23, 2015

Fuel Shack di KLCC

Assalamualaikum semua.
Ini cerita sebelum puasa (Sabtu sebelum puasa), makan Fuel Shack kat KLCC ;-))
Sambil2 tengok baju raya anak2 kat Gap Kids, singgah makan kat Fuel Shack food court level 2. Gap sale, 20%, 30% dan additional 20% (sekiranya beli 4 items).  Bila Gap buat sale yang additional ni, haruslah terjah. Harganya tidaklah murah sangat, ermm ... untuk tidak menghampakan, kami beli juga, tapi 4 helai je,  selai sorang untuk anak2 (untuk mendapatkan syarat yang additional tu).
 

Berbalik tentang Fuel Shack, sebelum ni tengok ramai blogger mkn, so nak juga try, bolehlah, not bad! Kami ambik original burger, tk berani nak ambik yang pelik2 ;-)) Anak2 tak mau, mkn fries je, nak roti boy, lepas tu ke roti boy pula untuk anak2.


Original Burger
 
Teringin nak buka puasa kat Manhantan Fish ;-)) 'Teringin' tu sebenarnya dah lama, sebelum puasa  lagi (biasalah, teringin hari ni, tahun depan baru dapat, hahha!). Siang2 ni semua nak, sila kawal nafsu. Simpan dulu 'keteringinan' ni ^__^

**Tak tau nak buat kuah apa hari ni, sekadar 1/2 lauk je, perut tk boleh terima banyak2, macam mana nak berbuka kat Manhantan kalau mcm ni perutnya. Elakkan membazir! Eh tetiba  ;-))
 

Anak-anak dan Ramadan 2015

Salam 6 Ramadan....
Masih belum terlambat kan, selamat berpuasa semua!;-))
Anak-anak saya pada 1 Ramadan, melepek si abang (Iman), balik sekolah tengah hari, menangis2 cakap penat kat sekolah hari ni, cikgu suruh macam2, naik tangga turun tangga. Dek kerana keletihan yang amat, ponteng sekolah agama(petang).  Si adik (Wafiy) pula, steady, adik memang jenis 'keras' sikit. Bila dia tengok Abang Iman nangis, senyum2 kat abang, amboi, gelakkan abang ya! Mentang2 la dia  cergas;-))

Pertama Ramadan, melepek si abang ;-))

Hari kedua, tiga dan empat, Alhamdulillah, diaorang semakin okey, cuma hari Sabtu dan Ahad, masa banyak di rumah, bila tengok cik kembar makan biskut, mula la goyah, dibelek2 biskut adik, mintak nak berbuka. Jenuh saya dan suami memujuk/psikologi diaorang agar bertahan.
Petang Sabtu Wafiy mintak ayam Dominos. Petang Ahad, ke Wangsa Walk pula, Iman minta Donut Big Apple, okeylah, demi anak2. Awal2 mama masak, lepas asar berdesup kami ke dominos demi menjaga anak2 agar terus bertahan puasa.
 
Macam-macam kerenah anak-anak berpuasa kan.
 
 
Menu simple hari Sabtu, Nasik Ayam Singapore.
 

Hari ketiga dan empat, anak-anak semakin okey ;-))
 
 
Hari ni nk msk apa ya? Ermmm, fikirkan menu anak2, suami saya berbuka dgn buah n oat saja, sahur baru  mkn nasik, diet katanya ;-))

 

Friday, June 5, 2015

Ulang Tahun Cinta ... 2 Jun 2015

2 Jun 2015- Our 10th anniversary.

Selamat Hari Ulang Tahun Cinta Diana & Napi ;-))

Alhamdulillah ... 10 tahun sudah berlalu, alhamdulillah,dikurniakan-Nya empat orang anak, syukur Ya Allah, moga cinta kami terus bersemi ... eh eh eh, feeling2 romantik yang tak berapa nak romantic, haha! Okey, tk de gambar romantik, julung-julung kalinya kita kasi gambar kahwin kami 10 tahun lepas, aci? Bajet bagus la sangat gambar kawinnya, hahahha ;-))
 


Alhamdulillah, cinta hati kami:
Muhammad Iman Haziq
Muhammad Adam Wafiy
Muhammad Umar Ghazi
Muhammad Umar Ghufran
 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...