Tajuk entri yang Bahasa Melayu sangat, 'kemas kini' boleh gitu? ;-))
Lama tak cerita cik kembar, bukan dilupai tapi sebab mu berdua, entri agak panjang la sikit, aci kan! Dan, entri untuk cik kembar, memerlukan masa yang betul-betul lapang untuk mengarangnya, tapi mama tak lapang sangat nak. Apa2 pun mama cuba untuk mengarang sehabis ringkas, ringkas tapi padat, mungkin! ;-))
Lama tak cerita cik kembar, bukan dilupai tapi sebab mu berdua, entri agak panjang la sikit, aci kan! Dan, entri untuk cik kembar, memerlukan masa yang betul-betul lapang untuk mengarangnya, tapi mama tak lapang sangat nak. Apa2 pun mama cuba untuk mengarang sehabis ringkas, ringkas tapi padat, mungkin! ;-))
Perkembangan Cik Kembar Umar (Umar Ghazi dan Umar Ghufran), Alhamdulillah umur dah dua tahun 8 bulan, Alhamdulillah sihat walafiat, semakin mengganazzz! Bila kedua-duanya bergabung, habislah mama, nasib baik papa ada, tolong cover. Semakin banyak akal, sangat sepakat, bab yang sepakat ni, memang tunggang terbalik la satu rumah, suka tukar2 baju, adui, pening mama,
Kerenah yang menggeramkan mama, membuatkan kamu semakin comel! Okey, puji anak sendiri ;-))
Sebelum ni, diaorang bergaduh sesama sendiri, dan suka gigit, meraung la cik kiah, awe dondey kena gigitan seram diaorang ni. Alhamdulillah sikap tu semakin berkurangan, rasanya dah tak de kot sekarang ni.
Diaorang tak mahu berkongsi, kalau makan, bekas mesti satu sorang, ada masa2 mood okey, boleh pula berkongsi, jenuh mama dan papa nak 'mengajar' mereka agar berkongsi. Mama tak mau adik beradik kembar buat hal sendiri, apa2 perkara mesti kongsi! Mama mahu anak2 mama berkongsi rasa, sedih, suka, kecuali perkara yang tk boleh kongsi, itu tk boleh buat apa la kan, contoh: esok2 nanti, isteri tk boleh kongsi, hahah, okey itu tak lawak! ^__^
Kalau ikutkan umur, patut dah boleh buat ayat panjang, tapi cik kembar ni paling panjang pun 3 perkataan. Kami sentiasa bercakap dgn diaorang. Tak pernah diajar cakap pelat, guna sebutan yang betul. Cik kembar ni memang banyak cakap, tapi dgn bahasanya tersendiri. Yang kelakarnya, kedua-duanya saling memahami, comel je bila masing2 bercakap bahasa sendiri, faham pula tu, yang sorang angguk, yang sorang ikut apa apa yang yang disuruh. ;-))
Boleh tahan perasannya, okey, bukan ank perempuan je jenis perasan, anak lelaki pun boleh tahan perasannya.hihi..Bila dipuji, 'ensemnya ghazi/ghufran', hah, mulalah ke depan cermin, sambil teleng2 kepala, angkat2 kaki sengih2 kemewet, hahaa kamu sgt lucu dik kembar! Cermin bsr, senang la masing-masing menilik ;-))
Yang bestnya, org tegur berapa umur, bila dicakap nk masuk 3, tercengang org yg bertanya tu, tak percaya, ingatkan setahun lebih Kecik mcm mok pok dio la, awet mudo... ^__^
Kat taska pula, mereka berdua dah diajar potty training. Bila balik rumah, mama nak pakaikan pampers, "tak payah!" mama, suar alam, suar alam (seluar dalam), sudahnya, s/dalam abangnya jadi mangsa hahah ha, sudah! sampaikan nak tidur malam pun tak mau pampers, adoi, jenuh mama, bila dah mula potty training ni, karpet dah kena gulung simpan tepi lah!
Kat Taska-tepek jah cik kembar ni..sentiasa bersama-sama, di mana-mana., ;-))
Tup tup sebulan je kat taska mcm tu, sekarang ni, dah mula pakai pampers balik, ahaha, agaknya pengasuh taska tak larat melayan cik kembar yang selalu berak-berak kot ;-)) Nampaknya, projek potty training cik kembar tertangguh. Kalau ikut sejarah abang-abnagnya, 3 tahun baru nak mula potty training. Insya-Allah, projek potty training ni akan bermula bila-bila masa saja, tapi bukan dalam waktu terdekat ni. #kipidap ^_^
Lagi di Taska, eh ada awek di belakang ;-))
Selamat berbuka puasa untuk semua!
No comments:
Post a Comment