Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H
Macam biasa, gambar raya ... berpeluh2 nak kumpul anak2, anak sedara, adegan berlari sana sini, itu suasana biasa di pagi raya. Berebut2 bilik air nak g solat raya, sebelum ke masjid, sunat jamah sedikit makanan. Nampak keadaan agak serabut, tapi bila dah habis raya, rindu saat2 itu kan ^__^
Yang depan tu, satu-satunya adik lelaki saya.
Satu Syawal, ada lah juga gambarnya, Kali ni, kami tak bawa balik DSLR, pakai kamera handphone sudah ;-)) Dalam pada kalut2 pun cuba juga menyempatkan diri ambik gambar. Tangan, kepala senget semua ada, hahaha! Hak senget tu lah foto paling mahal ;-)) Belasah je, janji ada gambar raya, aci?!
Entah apa lakonan laki bini kat belakang tu ^__^
Menu raya, tk sempat nk snap, ngap, ngap, habis! ^__^
Jenuh atuk (Ba) melayan budak kembar ^__^
Kat Kelantan, panas yang amat ... dugaan beraya, berliter2 air sejuk/batu masuk dlm tekak. Makan itu ini, bila mlm, melepek, perut masuk angin, loya, mual sebagainya semua ada.
Sebenarnya masih dalam mood raya, tapi cekalkan diri, semalam start puasa. Hihiih. Kata ustaz, wajib qada dulu, lepas tu bolehlah nak buat puasa sunat Syawal. Tapi, juga dibolehkan kita niat qada, insya-Allah, pahala puasa 6 (Syawal), kita dapat juga. Dua dalam satu. Kalau silap tolong betulkan, tapi itulah yang saya dengar kebanyakan ustaz, memperkatakan hal ini. Amin.
Kami ;-))
Kakak dan Familinya
Sabtu/Ahad pula standby kalau ada member/sedara jemput ke rumah terbuka. Tau-tau sajalah Sabtu/ Ahad bulan Syawal ni, jem di mana-mana, jenuh juga nak tempuh jem tu, hak dekat-dekat, insya-Allah, okey je, mak suka makan2 ni. ^___^ Orang Key-El kan raya sebulan. Hihihi! Isnin minggu depan kita sambung puasa lagi, Insya-Allah. Nak datang rumah pun boleh, kita standby air oren, aci? ^__^
6 comments:
Selamat Hari Raya D, maaf zahir dan batin...
Selamat Hari Raya Dieyana..nk tergelak tengok aksi si kembar bergambar. tp sume comel =)
Tungguuuu nak datang rumah ni hehehe....selamat hari raya kak Dieyana...
selamat hari raya dieyana..... kat kl mmg raya sebulan kan...sepanjang masa open house... suka tgk gmabr family tu dgn sikembar beraksi.... ilah pun dah stat puasa diraya ke4 lg..dpt 3 hari tp tergendala sebantar... esok lusa smabung la balik...
dieyana nak dtg rmh mai la....call ila dulu ye...ahad ni nak msk laksa...leh rasa sekali
salam aidilfitri..
semua ceria blaka..
muka adik bradik betul2 copypaste ni
Post a Comment