Ramadan ni, belum update menu buka puasa. Okeylah kita up sikit mana2 yang ada. Menu kami biasa2 saja, kebanyakannya menu permintaan anak-anak. Kita kongsi2 menu yang simple, mudah, tak perlu berlama-lama di dapur. Ini pilihan untuk mereka yang tak de masa yang banyak utk memasak, tetapi tak sanggup bersesak-sesak di bazar.
Snap gambar menu utama je, snap satu-satu je, meja bersepah ^_^ Ada air tea o, oren, milo, oat, ada sosej goreng, merata2. Anak-anak kecik berpuasa gitu lah kaedahnya, susun menu maisng-masing. Tak de nya mama nk susun cantik-cantik, pandai-pandai la anak-anak. Papanya pun sama, ada menu dietnya sendiri ;-))
Snap gambar menu utama je, snap satu-satu je, meja bersepah ^_^ Ada air tea o, oren, milo, oat, ada sosej goreng, merata2. Anak-anak kecik berpuasa gitu lah kaedahnya, susun menu maisng-masing. Tak de nya mama nk susun cantik-cantik, pandai-pandai la anak-anak. Papanya pun sama, ada menu dietnya sendiri ;-))
Dua anak saya, Alhamdulillah berpuasa, ada sehari tinggal, saja perangai, tengok cik kembar makan fries, terliur. Okey, kasi rehat satu hari. ;-))
Kerabu Sotong-mama punya ;-))
Bila Iman nak sotong sambal, Wafiy nak sotong celup tepung, mama sedia la kedua-duanya dlm kuantiti yang sederhana, cukup untuk masing-masing.
Sotong Celup Tepung
Alhamdulillah, Ramadan kali ni, tak de membazir, anak-anak bukan bnyk mkn lauk, satu cukup, asalkan menu pilihan mereka.
Ayam Kicap/Tomato
Suami berbuka tak makan nasi, sahur je makan nasi. Ada oat, buah-buah, kurma, cukuplah. Hari tu dia terliur ikan pari asam pedas, dua sudu nasi je! So, hidangan kami cukuplah satu menu utama(berkuah) dan satu lauk sampingan. Lalalalala, mama suka hati, ^__^
Ikan pari asam pedas, hui, bertambah2 makan anak2, tk sangka, anak2 suka. Kat belakang tu daging goreng 'cenonet' utk mama ;-))
Lala sambal masam manis, juga pilihan anak2.
Hanya spagethi bolognaise (ejaan camne nih), 'tempe sesat'! ;-))
Yang ni saya keletihan sgt sbb pagi tu kami dah merayau ke mid valey, balik terus tido, sedar2 macam letih sgt badan, mungkin tido banyak sgt, releks je hari tu sbb badan mmng tk maya sgt. Sudahnya, 6.30 baru masuk dapur, sediakan spaghetti. Nak juga masak walaupun simple, asalkan anak-anak makan.
Sungguh, tak tipu, bila kita berbuka puasa makan seadanya, perut selesa sangat! Cuba kalau terlebih makan, senak mak oi!
++Ulam-ulaman cicah budu ... aduduudu!
Kata Si Wafiy, petang ni nak buka puasa kuah pengat manis. Insya-Allah, mujur request hok senang ;-)) Mama pun suka pengat ni, pengat pisang pun boleh, kukus pulut sikit. Mama pula teringin mi goreng basah-basah ^__^ Iman tak de request apa-apa, rasanya dia sokong sangat kalau goreng, feveret dia. Cik kembar-ikut je apa yang kami makan, nasi putih+kicap+ayam/ikan goreng pun okey sangat dengan dia. Suami-settle! Hihihi. Senang kerja ai gini, Alhamdulillah ;-))
Cukup dulu setakat hari ni, ai tk mampu nak update menu tiap2 hari ;-)) Kita rangkum je mana yang sempat disnap. Ok bai!
3 comments:
bagusla makan ala kadar,,,,sya konon nk makan ala kadar gak,,da kenyang tp sebab sayang tgok makanan anak tk makan,,mak yg makan,,caner mak x gmukss,,hihi
betul tu.....satu lauk pun cukup... ila pun sama.... sotong celup tepung best tu.... dah jarang suami bl sotong..asyik udang je.....anak2 ila suka sup
byk jugak memasak..bguslah..air tangan sendiri kan.. lya thn ni jrg memasak,.byk berbuka rmh emrtua..
Post a Comment