Wednesday, December 28, 2016

Cik Kembar ke Little Caliph!

Dah tak sabar nak g sekolah. Uniform dah dapat (2 pasang seorang), baju dan trek sukan (1 pasang seorang), beg sekolah pun dah dapat. Nampak gaya, kedua duanya dah tk sabar, tapi tk tau lah mcm mana hari pertama sekolah nanti. Bila papa nya cakap, nanti Ghazi, Ghufran, mama hantar pergi sekolah, tau, hantar je, lepas tu mama g kerja, macam mama hantar g taska tuu.... Okey? Terus jawab 'okey'. Hahaaa, harapnya betul2 okey nanti.
 
 
 
Harapan kami, moga ini yang terbaik  untuk mereka berdua, 'lain padang, lain belalangnya, lain anak, lain perangainya' ^____^
 
Sebelum, ni kami hantar anak yang nombor 2 kat sini (Wafiy). Dah kenal cikgu2 kat sini. punya lah teruja teachers bila tengok cik kembar pula yang daftar situ. aHhaha, teacher jangan teruja sangat, cik kembar ni lain macam sikit. Tau2 je lah, bila diaorang bergabung.... hahhaha, pening teacher nanti nk 'kejar' diaorang ;-))  Insya-Allah, kami tau, teachers pandai 'tackle' anak2 didik. Insya-Allah, Ghazi & Ghufran baik-baik di sekolah, ya! ^__^

Tuesday, December 27, 2016

24 Disember Besday Kite Tau! ;-))

Happy birthday to me! Umur kite baru 38 tau! ^__^
 
24 Disember 2016
 
Tak de celebrate pun, celebrate dalam hati, wishlist nak lain, tapi dpt lain. Sebab dah kena cut utk yuran cik kembar. Mak redha, nak. Hahaha. Jadik lah, janji ado.... ;-))
 


Lain kali, ada rezeki, tak birthday pun, boleh je beli hadiah kan! Beli sendiri, duit sendiri, habis cerita! ;-))
 
Tetiba teringin air kopi yang pekat lagi sedap ... kat mana, kat mana? Bancuh sendri ke? Tak mau! Hahaha, eksen! ;-))


Birthday mom dengan anak-anak jatey nya ;-))

 

Penghujung 2016....

Hai, lagi beberapa hari nak masuk  tahun baru 2017. Apa persediaan menyambut tahun baru 2017? Azam? Hahaha, tiap-tiap tahun berazam. Awal tahun punya lah berkobar2, last2 macam tu juga. Walau apa pun, semoga terus sukses, diberi kesihatan yang baik, dan semua yang baik-baik. Insya-Allah.
 
Cuti sekolah pun semakin dah sampai ke penghujung. Persiapan sekolah anak-anak dah beres ke? Kami, Alhamdulillah, boleh dikatakan hampir beres, ada sikit2je lagi yang belum settle. Huiii.. tahun ni ongkos banyak habis kat cik kembar. Masuk tadika kan... kos lagi banyak, tambah lagi ganda dua. Yuran register tadika macam tu lah.... Tapi dah memang itu pilihan kita, berkorban untuk anak2. Mujur ada 'pitih' bawah bantal/tilam ^___^

Yang abang2 pula - Iman dan Wafiy, tak banyak yang habis, hanya beli baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama, kasut sepasang dua, stoking, singlet, seluar kecik ;-)). Beg sekolah diaorang masih elok, dah bertahun pakai. Berbaloi2 beli mahal 3 tahun lepas! ;-))
 

Cik kembar rumah famili kat kampung. Pening cik sue (adik bongsu saya) melayan kerenah diaorang ;-))


Cuti sekolah, anak-anak banyak kat rumah, sekali/dua ada bawa mereka tengok wayang. Dan, beberap hari lepas sempat lah balik Kelantan 4 hari. Terubat rindu ... balik jenguk mak ayah. Macam biasa, balik kampong perut mesti sendat, ketat dan padat, makan tak berhenti..hahahha. Moga berat badan bertambah sekilo-dua. Hahaha! Anak-anak pun seronok balik kampung, suasana kampung, sesekali hujan, cuaca sejuk, nyaman.....^__^


Roti Canai Kari Gear Box-Marvelos! Kat Wakaf Che Yeh



Nasi Lemak Ma dan Jeput Pisang (Cekodok) #airtanganibu Sedap yang amat, masih teringat-ingat sambal bilis!



Kuih Che Mek -Lagi air tangan ibu. Anak dia tolong ngap je. ;-))


Hari ni dah mula kerja ... sunyi opis, masih ramai yang bercuti, sampai ke tahun depan la tu gamaknya ;-))


Cuti dah habis, kembali ke sarang, balik KL dah ... Singgah Marry Brown Raub


Thursday, December 1, 2016

Nasi Berlauk Kak La Padang Balang

Pernah makan kat sini? Dah dua kali kami makan kat sini. Sedap! Menu orang Kelantan, nasi berlauk, ayam kampung gulai, itik/serati gulai, nasi dagang, gulai ikan tongkol, nasi kerabu... Huiii ... memang terasa la rempah gulainya (kari). Lauk-lauk diletakkan dalam periuk besar, menyelerakan!Nasi panas-panas, fuh, marvelos sangat!

 
Nasi Berlauk Ayam+Kaki dan Hati Ayam
 
Lokasinya, di Padang Balang, Sentul. Saya pun tak reti nak explain lokasi kedai. Boleh cuba waze, Padang Balang, Sentul. Tempatnya agak ke dalam, kawasan rumah-rumah kampung.
 
 
Nasi Berlauk Itik/Serati+Kaki Ayam

Hari Sabtu dan Ahad, memang ramai sangat, beratur panjang, kena datang awal, pukul 7 pagi, dah terpacak kat situ. Makan situ, beraturnya tak panjang, tapi kalau tapau, dari jalan raya que. Kalau makan, dan nak tapau juga, bagitau awal-awal, kalau habis makan, baru bagitau nk tapau, memang tak layan, pergilah beratur panjang nuuu.... ^__^ Kalau datang lewat sikit-pukul 9, orang tak ramai dah, tapi lauk dah berkurangan, kuih  banyak habis.
 
Hari kerja, orang tak ramai! Kuih muih pun macam-macam! Penggemar nasi berlauk, dan nasi2 menu Pantai Timur, harus cuba!  Harga pun okey!

KAK LA PADANG BALANG!
 

Tuesday, November 29, 2016

12 September - Birthday Adam Wafiy ;-))

Sekali lagi throw back, hahah, jgn marah ya, untuk kenang-kenangan, katanya ^__^ Al-maklum, lama sungguh tak aktif di sini, memang tengah rajin nih. Jangan disekat-sekat angin rajin nih, kan berangin, susah nanti! Ewah, rajin lah sangat, katakan ini semua dusta! Kahkahkah! Dah makin penghujung 2016, apa lagi, terlompat2, mu throw back Dieyana wei, dah rasa macam kartun pulok ni ha! ^__^
 
12 September, hari lahir anak kedua saya, Muhammad Adam Wafiy yang ke-8. Kebetulan, 12 hb, raya pertama aidiladha. Sehari sebelum tu, kami dah beli kek awal-awal (hari raya kedai tutup), tanda ingatan di hari lahirnya. Potong kek di rumah famili saya di kampung.
 
 
 

 
Alhamdulillah, dapat kek sebiji, sengih kemewet. ;-))
 
 

Yang perempuan tu, anak saudara saya, satu-satunya puteri dalam famili kami, anak bongsu kakak saya. Yang lain-lain tak mau bergambar. Jadi lah, yang penting, besday boy 'manyak' senyum!
 
 
 
Ada birthday, ada lah cik kembar, ada kek birthday, ada lah cik kembar, ada cik kembar, ada lah lagu birthday! Hahhaha! Tak kira birthday siapa, cik kembar akan mengaku itu kek birthday nya. Hahaha.. ini memang jarang-jarang berlaku kat anak-anak saya yang dua lagi tu (Iman dan Wafiy). Lain padang, lain belalang; lain anak, lain perangainya! ;-))
 

Birthday Kembar Umar yang Lalu ;-))

Throwback! ;-))
 
11 Oktober 2016
 
Sambutan hari lahir kecil-kecilan untuk cik kembar, sebagai kenangan mereka suatu hari nanti. Insya-Allah.
 

Si lesung pipit berbaju kuning, Umar Ghazi. Selalu mengalah berbaju biru, tentunya Umar Ghufran ;-))
 

Ada kek sebiji, nyanyi lagu 'happy birthday', 'selamat hari lahir', 'Allah selamatkan kembar', memadai untuk mereka berdua. Punyalah suka, tersengih-sengih. Anak-anak happy, mama pun happy! ;-))

 
Happy 4th Birthday sayang-sayang! Semoga Allah merahmati kamu, Umar Ghazi dan Umar Ghufran.



Eksaited! ;-))
 

 
Abang-abang pun, kena paksa sporting untuk cik kembar. Hihihi...



Contoh goodies untuk kawan-kawan di taska. Didi and Friends + Upin dan Ipin! ;-))
 
 **Tiada yang membahagiakan mama dan papa, selain kebahagiaan dan keseronokan anak-anak. Kan!
 

Friday, November 25, 2016

Alhamdulillah ... Anak-anak Kita

Okey, dah jumpa pun dashboard='reading list' rupanya ... hahha, tq .mamatisya ;-))
 
Lama tak coret-coret kat sini, lama yang amat. Tapi saya tak de la nak membebel apa kan, just nak update cerita anak2. Cuti sekolah berakhir minggu ni (hari ni). Sana-sini cerita majlis anugerah anak-anak cemerlang kan. Tahniah untuk anak-anak semua. Masih belum terlambat, tahniah untuk anak-anak UPSR, UPSRA dan lain-lain. Yang tak dapat banyak A atau tak de A, bukan bermakna tak cemerlang, anak-anak semua tentunya cemerlang di hati ibu dan ayah. UPSR bukan penentu kejayaan kamu di masa hadapan,  masih ada peluang, PMR, SPM ... tingkatkan usaha, insya-Allah ... moga anak-anak kita cemerlang bukan saja di dunia, malah di akhirat, ilmu  akhirat dilupa, jangan!
 
Alhamdulillah, Iman dan Wafiy, dapat anugerah murid harapan (sekolah kebangsaan). Result diaorang, agak menurun, tapi Alhamdulillah, dapat la juga, anugerah murid harapan, jangan harapan tinggal harapan pulok ya ... hiihihi..
 
 
Masing-masing dah kepenatan, kena paksa senyum ;-))
 
 

Adam Wafiy

Apa pun, mama dan papa bersyukur dengan keputusan exam kamu berdua. Tingkatkan usaha, insya-Allah.
 
 
Iman dan mama -nak juga menyelit mamanya ;-))
 
 
Iman dan  kawan-kawan-persembahan  koir


Sekali lagi Iman naik pentas, kali ni ada nombor-(2)-sekolah agama. Adiknya,   Wafiy, kurang bernasib baik ...  nombor ada, tapi tak cantik, kihkhihk. Apa2 pun,tahniah untuk kedua-duanya.
 
 
Tahniah!
 
 


Tahun depan Si kembar pulok  masuk sekolah, lima tahun. Cepatnya masa berlalu....
 
Moga anak-anak kita dilindungi ... di bawah rahmat Ilahi. Cemerlang dunia akhirat. Amin.


**Tengah survey kelas tuisyen untuk Iman,tahun depan darjah lima dah....



Wednesday, November 23, 2016

Tolong...! Dashboard Mana, Dashboard!?

Eh, BlogSpot berwajah baru ke?! Tolong! Kat mana dashboard? Aduhai ... macam mana ni? Macam mana kita nak blogwalking kawan-kawan ni. Hahhah..padan muka sendiri, lama tak update.
 
Dah tak tau/tak reti/malas nak update blog. Cerita macam-macam, nak mulakan, hai, susahnya.
 
Tetiba, 'dashboard' tak de, sembunyi kat mana, hahaa ... haisy, kalut ribut, mak ko! ;-))
 
Ok, bai!

Monday, September 19, 2016

Boat Noodle, Sunway Putra Mall

Throwback sikit, cerita sebelum raya puasa, bukan aidiladha, tapi aidil fitri, melampau sgt kan! ;-))
 
Jalan-jalan n makan-makan di Boat Noddle, Sunway Putra Mall.
 
 
 
 
 
Nak order roti ni, tapi kat Sunway Putra tak de. Sekarang ni dah ada ke?
 
Sebelum ni saya pernah makan kat Cyberjaya (ke putrajaya, lupa nama mall tu), member yang bawak makan sini, kebetulan ada kerja luar, singgah makan. Hui, sedap roti ni, lembut, 'kaya' dia pun sedap sangat. Makan kongsi dua orang, rasa tak cukup ;-))
 
 
 
Kembung pipi nak habiskan sepinggan nasi. Hahaha! Nasi Phad Ka Phow (Pakapau)
Mama makan, anak-anak layan game ... aduhai anak2 sekarang kan!
 
Mama memang 'tong sampah', anak-anak tak habis, mama tukang habiskan ... makan bnyk pun tk gemuk2, sadis sungguh! Eh tapi skrg, kite dah naik 5 kilo tau, percaya ke tak? Sungguh, naik 5 kg, satu Malaya kecoh kan, hahhaha. Memang kite susah nak naik kg, nak turun mmng senang, bila dh naik, kena la kecoh sikit kan. hahhaha ... suka suka suka tau! Eh kite tak perli sesapa tau, mmng kite kurus sgt, bila naik 1 kg pun, kite kecoh kat opis. Hahhaha ... aci? Sesaper yang kurus mcm kite, tentu paham 'perasaan' kite ni kan kan kan! ;-)) Eh melalut pulok. Okey bai ^__^
 
 
 
** Jom, makan Boat Noddle lagi, nak ulang, tapi entah bila, sebab anak2 kami kurang 'berehi'.
 
 
 
Tea hijau yang sedap! Chill!



Alhamdulillah, anak-anak penguat kami suami isteri! Si kembar yang sentiasa melasak! ;-))

Tuesday, September 6, 2016

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan?

TQ ... hadiah ulang tahun kahwin katanya ;-))
 
Tak kisah kalau tak de dapat apa, dah dapat surprise bunga n pelamin cinta tu pun, dah cukup terharu. Tapi dah orang nak bagi kan, terima lah ... sekurang-kurangnya ada 'sesuatu' yang boleh diingat, kenang-kenangan ... tengok jam, ingat yang tersayang. Ewahh ;-)) Memang dia tau saya aim Baby G, dan warna tu pun, pilihan saya sendiri.
 
TQ awak!
 
Dan, saya, tak tau nak bagi apa kat suami, bajet ciput je. Dia pun tk de la demand, katanya, nak perfume, boleh? Hhahah, okey lah, pakai perfume, ingat saya tau! Acah-acah sweet gitu, hahhaha ... sweet la sangat! ;-))



 
Saya pilih warna hitam, lebih selesa pakai ke pejabat. Hitam- semua baju masuk kan. Tapi kalau warna lain pun, ok je ... baju merah, jam oren, apa ada hal kan!
 

Dah dapat  free satu, teringin nak cari satu lagi warna lain (beli sendiri lah!! hahhah). Orang ckp, dah terjebak dgn 'menatang' ni, mesti nak lagi warna2 lain. Cukup dulu satu, ada rezeki, kita tambah satu warna lain ... insya-Allah... ;-))

Thursday, September 1, 2016

2 Jun 2016: Pelamin Cinta? ^__^

Lagi kejutan di hari ulang tahun perkahwinan! ;-))
 
2 Jun 2016
 
Masa : Balik kerja- Lebih kurang pukul 7 malam - di rumah
 
Tempat: Ruang tamu rumah kami ;-))
 
First time kejutan macam ni! ;-))

 
 
Sesekali romantik ;-))
 
 
Mimpi apa suami sebelum tu, pelamin? Pelamin Cinta? Hahhaha ... serius,  saya sangat2 terharu, nangis ai, okey! ;-))
 


Lorong ke bilik tidur, siap tampal gambar, riben2 bagai ;-))
 
 

 
TQVM Sayang!
 
 
 
Maafkan saya segala atas kesilapan saya terhadap awak!

 #Seriussayaterharu

 
Anak-anak pun sama-sama pakat buat kad untuk mama
 
 
 
TQ Anak-anak mama (sori kad terbalik ;-))
 

Muhammad Iman Haziq
Muhammad Adam Wafiy
Muhammad Umar Ghazi
Muhammad UMar Ghufran
Thanks Allah, rezeki untuk kami, dikurniakan 4 orang cahaya mata! Syukur Alhamdulillah.
 
Lindungi anak-anak kami Ya Allah, rahmatilah kami....
 
Kenangan terindah! Semua tu DIY suami saya sendiri. Kreatif jugak suami aku nih! Thanks awak, saya sangat-sangat hargai! Thanks for everything! ^__^
 
 

Thursday, August 18, 2016

Kejutan Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Cerita dah basi, tapi ia perlu diabadikan di sini, sebagai kenang-kenangan!

Surprise!! ^__^

Bertahun tak de surprise, terharu ai! ;-))

2 Jun 2016


Okey, sandarkan kat kerusi, petang tu, dari pejabat, 'orang tu' jemput! ;-))
 

6 kuntum mawar di hari ulang tahun perkahwinan yang ke-11, terkejut mak tau, ada bunga atas meja pejabat! Dah kena usik-usik ngan officemate ... malu-malu mak tau! ;-))

TQ Sayang!

#hidupbaikbaik
#maafkansaya
#sayangawaksokmo


Wafiy- Budak Kaca Mata ;-))

Hai!
 
Cerita anak kedua saya, dah berkaca mata macam mama jugak! Aduyai....
 
Power rabun- mencecah 500!

Gila terkejut weih, budak darjah dua, power cecah 500! (mata kiri+kanan)
 
Kata papanya, Wafiy pakai spek, tak hensem dah.... Bila cakap tak hensem, terus tarik muka ... hahhah!
 
Okey, okey, papa gurau je, Wafiy memang hensem sokmo! ;-))

 
Buat kat Focus Point, dalam Giant Batu Caves. 
 
 
Bila kami perasan Wafiy Rabun?:
 
Lama jugak kami tau yang dia rabun, berbulan2 kot.
-Bila panggil, tak menyahut / tak dengar,
-Lambai, panggil, buat tak tahu.
-Bila suruh baca perkataan yang jauh2, dia cakap tak nampak, tak boleh baca.
-Kat sekolah,  cikgu ada bagitau, Wafiy menulis, lambat siap.
 

Wednesday, July 20, 2016

Aidilfitri 2016

Salam 15 Syawal.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
 
Layan gambar sederhana kami di hari raya.

#balikkampung

#teamrayapasirmas
 

Keluarga saya - tak cukup ahli, adik jatey kami - raya ke empat baru balik, kerja di hari raya katanya, sob sob! Alamak songkok! ^__^
 
 

Cucu-cucu lelaki Ba dan Ma



Cik Sue (adik perempuan bongsu saya) dan anak-anak saudaranya, hiihi. Suka gambar ni- tengok gelagat kembar! ^__^

 
 
Tahun pertama beraya tanpa Ma (Mertua). Al-Fatihah untuk arwah mak mentua dan ayah mentua. Semoga hubungan kami adik-beradik ipar-duai terus erat selama-lamanya!  :-((
 
#teamrayakeluargasuami
 
 
 
Saya, keluarga suami (ipar-duai)
 
 
 
#Familipotret
 
 
 
Apasal pejam mata tuuu..;-))
 
 
 
Ma, saya dan kakak sulung!
 
 
 
Ma, adik perempuan dan Ba
 
 
Minggu lepas tak de jemputan open house, tunggu2 juga, kot2 ada yang menjemput kan, tapi tak do, nak masak2 malas deh! Hahahah! Ditambah lagi, sinki tersumbat, uhuhuhu. Masalah besar, bila dah gitu, mood nak masak memang ke laut la.  Nak basuh pinggan pun, coiii! Yang pernah alami masalah mcm ni, tau la kan! Eiii tak kuasa duk dapur!
 
Walau apa pun, now, sinki dah beres, dengan bantuan soda! Nanti kita cerita lain entri ya!
 
Sabtu Ahad ni bnyk jemputan open house ... best best! Tapi rasa tak terkejar pulok. Nampaknya kena buat 'tapisan', bukan tak sudi, tapi mengenangkan jem, masa, ermmm tau2 lah kan.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...