Friday, January 8, 2016

Jom Sihat Bermula 2016! ;-))

Selamat Tahun Baru 2016 ... lapan hari dah! ;-))
 
Apa-apa pun, semoga tahun 2016 dan mendatang adalah lebih baik daripada hari-hari semalam. Insya-Allah.

Ewah, tajuk entri bajet bagus gitu, malu sendiri! Hihi....
 
Permulaan tahun baru saya, biasa-biasa saja, demam pulok tu! Hari besday demam, tahun baru, demam pulok, hihi. Alhamdulillah hari kedua-sihat, cubaan untuk menyihatkan badan, menguatkan otot kaki, berjaya dilaksanakan, cewah gitu, kuat le sgt, hahah!
 

Selfoot aje lah, sebab muka tak mandi, ^__^ Nampak tak beza bentuk kaki olahragawan sekolah (seluar hitam) dgn yang bukan olahragawan? Hahha!
 

Pagi2 lepas solat subuh saya paksa suami ajak teman pergi jogging kawasan kondo kami. Untuk permulaan kita jogging kwsn rumah aje! Iman dan Wafiy tak mau ikut, cik kembar masih tidur, minta Iman/Wafiy tengok2 kan adik-adik. Mama lari tk lama, kejap je ya!

30 minit, tak sampai 5 km pun, kaki dah memberat, mengah wei, hahha! Biasa zumba mengahnya lain. Lari tak ikut teknik betul agaknya! Malam tu, lenguh kaki, sengal, kebas dua hari, ahhah. Nah ambik, nak sgt kan, kuatkan otot katanya!

Turun dari tingkat 6 ke lobi ikut tangga je, naik pun ikut tangga, eksen! ^__^

Masa sekolah tak nak lari, dah umur mcm ni baru nak lari. Cikgu suruh lari (latihan rumah sukan sekolah), mula la cipta alasan yang macam-macam, sakit perut, sakit kaki, sakit tangan, sakit mata, hahha, boleh gitu!? Saya tak mahu lari sebab nanti saya menang, no 1 atau dua, tapi dari belakang, hahha! Nostalgia zaman sekolah ;-))
 
Tapi best, permulaan yang baik tahun 2016. Esok Sabtu,  kita lari lagi okey! ;-))

 

7 comments:

Ayu Ayunie said...

salam tahun baru 2016.
sama je azam kita tahun ni.
saya dan hubby pun nak fitkan badan.
moga kita berjaya!!!!

- dieyana - said...

yezza Ayu, jom kita! moga istikomah la kita hendaknya insya-Allah...

Rizziela said...

bestnya.. bila la nak start

- dieyana - said...

jom esok rizziela! ;-))

Aida Salleh said...

Salam tahun baru Dik! akak pun azam nak jadi lebih sihat jugak. Jom lari sama :-)
ehh lupa...url akak dah tukar tau. kalau nak menjenguk sila ke http://aida1476.blogspot.my. :-)

- dieyana - said...

jom kak, esok nk lari kat tasik sri Gombak, lps tu join erobik 8.30!

tq kak info url akak!

LYAfrina said...

selamat tahun baru..smoga dipermudahkan segalanya utk tahun ini..amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...