Thursday, February 16, 2017

My 31 Kueh, Sri Gombak

Dah pergi ke My 31 Kueh, Gombak? Tak ingat fasa berapa. Waze je My 31 Kueh, insya-Allah jumpa.
 
Awal2 kedai buka dulu, kami pergi, masa tu kedai masih 'kalut ribut', susunan tak teratur, kat situlah cashier, kat situ lah pesan air, agak berterabur.
 
Semua jenis air hanya RM 1. Macam-macam nasi, nasi berlauk (gulai ayam, ikan, ayam goreng, dll) , nasi dagang, nasi tumpang, isy ... macam2 semua nak rasa/makan ;-)) Berpinar2 bijik mata tengok macam2 kuih. Ko rasa semua nak makan. Hahhahah. 'Gila' jap tengok kuih banyak ;-))
 
Minggu lepas kami pergi lagi, kedai bertambah baik, kuih2 lebih tersusun, meja cashier lebih kemas. Kami pergi, masih awal pagi, kuih dan nasi masih banyak.
 
Kebetulan dekat je dari Sentul, juga laluan ke kelas zumba, selalu tengok, haruslah singgah kan!
 
 
Kuih Nona Manis (sedap weih!), nasi berlauk (ayam), pulut pagi, tea o. Ini je yang mampu saya makan, ketat perut weih! Nasib baik tak tamak, ambik itu ini..hahha!
 
 
Yang sukakan selera pantai timur, cubalah! Sambil2 jogging/erobik kat Taman Sri Gombak tu, boleh singgah sarapan ...  ganti balik lemak tu kat My 31 Kueh! ^__^
 

7 comments:

mama tisya said...

dh 2x bli nasi and kuih sini..sedap...dkt sgt ngan umh mak kita

Seorang Syed said...

Murahnya semua air seringgit. bukan senang nak jumpa kedai murah-murah lagi-lagi kalau area kl tu hehe. saya singgah sini sambil follow ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

http://anothersyed.blogspot.com

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mcm ni makan sorang ka. perrrhhhhh.. hehehe

ZULHILMI TEMPOYAK said...

nnt kita pi makan skali

Ainniah Zulkefli said...

sedap! murah! kalau ke sana boleh saya singgah. nyammm

norhidana miswan said...

waaaaaaaaaaaa bagus nyih...

tp jauh jgk tu sri gombak...
akak mmg suke kuih2 tradisional... suke mkn bkn suke bt

LYAfrina said...

Waaa..kuih tradisional ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...