Tuesday, September 26, 2017

Happy 9th Birthday Adam Wafiy!

12 September 2017

Happy Birthday Adam Wafiy! Anak kedua kami.
 
Belajar rajin2 nyah! We love you!
 

Control sengih  ^__^
 

Chipmuk @detective conan @hensembucuk @kaki buli cik kembar,  banyak sebenarnya gelaran budak kaca mata  ni ;-)) Apa2 pun, kami sayang Wafiy!
 

Sabtu lepas, simple celebration kami 6 beranak untuk Wafiy! Anak suka, mak gembira! Giteww ^__^
 


Seadanya . Suka-suka untuk anak-anak ;-))


Sebenarnya nak beli kek boston coklat (Secret Recipe) yang super sedap tu. Tapi katanya discontinued sementara! Frust! Eh, eh, birthday anak, mak yang frust, ko dah kenapa? ;-))


 
Dua baju biru tukang sibuk! ;-)) #cikkembar
 

Dah tak de tu, terus melencong ke danau kota Kedai Kek Pistachio. Kek kat sini, rasanya okey juga, banyak pilihan, harga pun okey. "Wafiy tak kisah mama, asalkan kek coklat, ada strawberi kat atas kek" ;-)) Alhamdulillah, tak banyak songeh ;-))

Beli kek sebiji (RM 49), bayar member RM 20 untuk 2 tahun, dapat diskaun 20% pembelian. Okey tak? Percuma sekotak kek (6 biji kek cawan), apa ke namanya, tak tau, lembut mcm chiffon kek, kat dalam ada krim kastard.

Monday, September 18, 2017

Tragedi Subuh Darul Quran Ittifaqiyah :-((

14 September 2017 bersamaan 23 Zulhijah 1438H
 
Tragedi  Kebakaran Sekolah/Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
 
Dan, 7 suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah pun ditangkap. Semoga Allah Taala memberi petunjuk dan moga kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama.
 
Apa-apa pun, perancangan dan aturan Allah adalah yang terbaik, yakni sebaik-baik perancangan. Kejadian ini juga memberi iktibar kepada kita semua. Allahuakbar.
 
Saya suka dengan ayat ini:
 
"Ibu bapa anak-anak syurga ialah ibu bapa terpilih. Ibu bapa anak-anak 7 orang (suspek) juga yang terpilih. Bayangkan kita sebagai ibu bapa dalam kedua-dua situasi ini. Ibu bapa mana yang lebih hebat ujiannya? Hanya mampu berdoa dan berserah. Selebihnya urusan Allah SWT."
 
 
 
Sehingga hari ni, sedih masih tak hilang! :-((
 
Al fatihah, dan takziah kepada keluarga. #tragedisubuh #anakanaksyurga
 

Monday, September 11, 2017

Nenek Dah Tak de :-((

Assalamualaikum, selamat pagi....

Lama tak bersiaran.

Raya ke tiga Aidiladha, 3/9/2017, akhirnya nenek meninggalkan kami setelah dua minggu terlantar (sakit tua). Sempat saya balik awal (seminggu sebelum raya Aidiladha), jaga dia. Ketika saya sampai rumah nenek, dia masih larat bercakap dan bersembang, walaupun perlahan. Yang paling saya kagum dengan nenek, bibirnya tak pernah putus berzikir. Paling-paling tidak, kalimah 'Allah' sentiasa disebutnya, sehingga ke akhir nafasnya ... Subhanaallah....

Throwback:

Pagi raya kedua Aidiladha, kami pulang ke KL, setelah seminggu lebih bercuti di kampung. Malam tu, ma call, mohon bacakan yasin untuk mok (nenek). Perasaan dah macam2. :-((

Petang raya ketiga lebih kurang pukul 4 petang, ma call cakap nenek dah tak de :-(( Sebaik sahaja habis bacaan yasin oleh seorang ustaz yang datang tengah hari tu, mok menghembuskan nafas terakhir. Allahuakbar. :-(( Rasa serba salah, nak balik kelate, tapi baru je sampai KL. Ma cakap, tak pe lah, doa untuk arwah. Sebak sangat!
 

 
Al-fatihah untuk Mok (nenek) dan tuk ayah (datuk)
 
Malam tu juga, lepas isyak, jenazah selamat dikebumikan di Kampung Kota, Kota Bharu. Al-fatihah untuk mok. Semoga arwah mok dan tuk ayah (yang telah pergi 4 tahun lepas) ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...