Assalamualaikum, selamat pagi....
Lama tak bersiaran.
Raya ke tiga Aidiladha, 3/9/2017, akhirnya nenek meninggalkan kami setelah dua minggu terlantar (sakit tua). Sempat saya balik awal (seminggu sebelum raya Aidiladha), jaga dia. Ketika saya sampai rumah nenek, dia masih larat bercakap dan bersembang, walaupun perlahan. Yang paling saya kagum dengan nenek, bibirnya tak pernah putus berzikir. Paling-paling tidak, kalimah 'Allah' sentiasa disebutnya, sehingga ke akhir nafasnya ... Subhanaallah....
Throwback:
Pagi raya kedua Aidiladha, kami pulang ke KL, setelah seminggu lebih bercuti di kampung. Malam tu, ma call, mohon bacakan yasin untuk mok (nenek). Perasaan dah macam2. :-((
Petang raya ketiga lebih kurang pukul 4 petang, ma call cakap nenek dah tak de :-(( Sebaik sahaja habis bacaan yasin oleh seorang ustaz yang datang tengah hari tu, mok menghembuskan nafas terakhir. Allahuakbar. :-(( Rasa serba salah, nak balik kelate, tapi baru je sampai KL. Ma cakap, tak pe lah, doa untuk arwah. Sebak sangat!
Al-fatihah untuk Mok (nenek) dan tuk ayah (datuk)
Malam tu juga, lepas isyak, jenazah selamat dikebumikan di Kampung Kota, Kota Bharu. Al-fatihah untuk mok. Semoga arwah mok dan tuk ayah (yang telah pergi 4 tahun lepas) ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
7 comments:
salam takziah...alfatihah utk arwah nenek
salam takziah kak...
alfatihah bt arwah nenek akak... moga rohnya dicucuri rahmat
al fatihah utk nenek dieyana.... salam takziah
Salam takziah Diana dan keluarga...semoga arwah nenek dicucuri rahmat...
Al Fatihah ... takziah untuk dieyana dan keluarga... memang syukur sangat kalau jumpa orang yang sedang sakit tidak putus2 berzikir ... rasa tenang hati kita juga.. dapat rasa dia redha sangat dengan ujian Allah...
Alfatihah untuk arwah nenek...
Sedihkan...
Salam kenal D....
Post a Comment