Tuesday, October 31, 2017

Anniversary Mega Dance to Fit 2017!

Anniversary Mega Dance To Fit
9 Ogos 2017
Stadium Titiwangsa KL
Anjuran My Fit Dance
 
Baru-baru ini kami join event di stadium titiwangsa, sesekali join ramai2 dengan kawan-kawan sealiran, syok!

 
 
^__^
 
 
 
Zumba/Salsation/hip hop macam-macam lah, digabungkan dalam event ni.



Salsation Family! LOL
 
 
Banyak event lagi sampai hujung tahun ni, tapi 'tiket' daripada Pak Encik yang kat rumah tu dah tak de ... tunggu untuk tahun depan pulok, katanya. Hahhaha! Cukuplah kelas yang kat studio tu ^__^
 
Sesiapa nak join kelas di Zucca Studio, Prima Gombak, nanti kita update kelas next entri ya! ;-))
 
 

Monday, October 30, 2017

Meraikan hari Lahir Cik Kembar! ;-))

Happy Monday uols! ;-))
Blog ni, timbul, tenggelam, timbul, hahha ... tak tau nak kata, update blog dah tak konsisten macam dulu2, ermmm.... Perasaan nak tutup blog, tapi sayang, rasanya cukup je dengan instagram. Apa-apa pun, kita update juga, untuk kenang-kenangan. Andai suatu hari nanti blog ini terkubur, mak reda je.... ;-)) Positif sokmo! ^__^
 
Untuk cik kembar tersayang: mama, papa, abang Iman dan abang Wafiy, meraikan birthday cik kembar, di rumah sahaja. Simple je, tapi seronoknya anak-anak bila ada sebiji kek, nyanyi2, eksaitednya anak-anak. Mak lagilah eksaited, terlebih2! Hahha! Mama yang pilih kek, Boston Cake by Secret Recipe. 


 
Happy Birthday Umar Ghazi & Umar Ghufran! Love, love love forever!




Pernah makan sekali yang slice, sedap, coklatnya sedap! Tapi bila beli sebiji ni, lain macam pula rasanya, lebih kurang chocolate indulgence je? Ermmm, tak pe lah, masih rasa sedap..Anak-anak pun suka! Be positive! ;-))

 
Boston Chocolate Cake


Tuesday, October 17, 2017

Boat Noodle di Melawati Mall

Demi menjaga hati anak-anak kita yang semakin hari semakin besar, semakin mengerti dan kadang-kadang mudah tersinggung, sebagai mama dan papa, sesekali kita gembirakan dan tunaikanlah keinginan mereka selagi kita mampu, kan!  Keinginan mereka bukanlah besar mana pun, minta makan, minta nak main, itulah budak2, bukannya selalu pun, sesekali. Tapi, tidaklah selalu kita iyakan aje permintaan anak-anak, contohnya, pada hari yang istimewa, (hari lahir, hari raya, dsbnya) insya-Allah, kita boleh tunaikan. Cuma lambat dengan cepat je mama dan papa tunaikan. ^___^

Kebetulan, dah lama tak keluar sama-sama macam ni, mama iyakan aje permintaan Iman. Smile! ;-))
 
Dan, bila Iman minta Boat Noodle, katanya, "Iman teringin nk makan Boat Noodle macam kita makan hari tu, mama." (pertama kali makan di Sunway Putra Mall), dan mama pun teringin nak ulang Roti Sangkaya yang sedap, gebu gebas tu, suami dan anak2 yang lain okey aje, lalu, Boat Noodle menjadi pilihan makan kami di Melawati Mall!
 
 
Kami order simple2 je....
 
Harga noodle dah naik, dari 1.90 ke 2.01 hiihihi
 
 
Sangkaya pilihan mama dan papa.
 

 
Nasib baik mu baik, cik kembar, dapat buku colour, diam lah sekejap. Tapi colour tak de, belasah je dengan pensel kat meja tu ;-))
 
 
Ayam goreng untuk cik kembar-tak sempat snap ;-))
 


Mama kalau swafoto (selfie), memang fail! Hahahha. Tak pe lah, yang penting nampak iman menyengih dapat boat noodle ;-))

 

Monday, October 16, 2017

Posing2 di Melawati Mall ;-))

Salam Isnin semua. Black Monday kah? ^__^ Senyumlah sikit, tak mau 'black monday' tau!
 
Semalam 'orang tu' mengajak ke Melawati Mall! Serius, dah lama kami tak keluar 6 beranak sama-sama. Apa tidaknya, yang sulung tu, dah tak mau ke mana-mana kalau ajak keluar. Lebih suka di rumah saja. Paling tidak, dia akan ke kolam renang di kondo kami tu, petang pula bersama-sama kawan2 main bola. Ermmm ... macam tu lah kalau ank2 dah semakin besar, tetiba rasa sayu pula...
 
Tapi semalam, bila papanya pujuk baik2, baru nak ikut. Tambahan lagi, cuti sekolah dah mula kan, exam UPKK dan exam sekolah kebangsaan dah habis. Tinggal lagi exam sekolah agama je lepas cuti sekolah ni. 

Yeahhh ke Melawati Mall lah kita! Melawat mall baru, hahaha lama sungguh mama tak seronok macam ni. Mama ko mng hover ;-))

Cik kembar yang terlebih sporting, "mama, cepat ambik gambar kami!" ;-))
 
 
Tk de lah nak shopping apa pun, jalan2, snap gambar sikit2. Itulah kaedah mama bila berjalan... papa-geleng2 kepala tengok mama, iye kan aje ^__^

 
 
Banyak lagi kedai-kedai yang tak buka. Bolehlah kita posing2 ;-))
 
 
 
Kalau dah dapat komik, macam tu lah kaedahnya Iman n Wafiy ;-))
 
 
 
Mak nak eksen sikit! Hahhaa!
 
 
 
 
Yang abang2 pula, mama umpan dengan MPH (komik le, apa lagi), barulah nak bagi kerjasama kat mama ;-)) Tq Iman, Wafiy! ^__^
 
 Syok juga Melawati Mall ni, standard mall lah kan. Tempat makan pun best dan banyak pilihan. ;-))

Monday, October 9, 2017

Kek Hari Jadi Kembar Umar di Sekolah

Lagi-lagi birthday. Kali ni, cik kembar pula. Tapi tarikh sebenar 11/10 ni.  Jumaat lepas, diaorang celebrate ramai2 kat sekolah.  Kebiasaan, birthday boy/girl akan bawa kek masing-masing.
 
Sehari sebelum hari kejadian, teacher wasup, celebrate September n Oktober Birthday. So, untuk tidak menghampakan cik kembar, mama dan papa ke kedai kek Pistachio, Danau Kota. Tak sempat nak sediakan goodies pun!

Simple - Kek Coklat-RM 49.
500 gram, dan diskaun 10% untuk member.
 
Mama dan papa pilih kek yang paling simple, tapi ada marshmallow.  Nampak marshmallow atas kek, dah sengih melebar. ;-)) Walaupun sebelum ni  diaorang request kek ultraman,/Thomas/ bla bla.. ;-))
 
Adik sengih, mama gembira, Gembira sebab bajet mama selamat ^__^ Tapi mama tak boleh berasa lega, sebab akan ada kek kedua untuk celebrate kat rumah nanti. Fuhhh!
 
Satu kek, share ya, dik! ;-))
 
Kredit photo: Teacher



Macam-macam rupa kek birthday. Comel sangat!

"Mama, teacher cakap, tak payah pakai baju sekolah, boleh pakai baju cantik!" ;-))
 
HAPPY BIRTHDAY TO  ALL LITTLE CALIPH ... LOL!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...