Tuesday, February 6, 2018

Gombak Fit Dance 1.0 by Fitsisters Group!

Fit Sisters telah tubuhkan pada tahun 2016. Kami bermula dan bertemu di kelas zumba di sebuah studio berwarna pink (F3 Studio), di Gombak. Di situ, kami mula kenal dan mesra antara satu sama lain. Sehinggalah suatu hari kami (beberapa orang) berpindah ke Metabolix Gym/Studio di Sunway Batu Caves. Kami adakan kelas sendiri, dan menyewa studio di Metabolix Gym. Selepas Metabolix Gym tutup, kami berpindah dan menyewa pula studio di Zucca Studio di Prima Sri Gombak. Di situ lah kami adakan kelas Zumba dan Salsation, untuk perempuan sahaja.
 
Begitulah serba sedikit tentang FitSisters Group. Giteww ^__^
 
Ya, satu permulaan yang baik untuk FitSisters Group! Alhamdulillah, pada 21 Januari 2018, Fit Sisters julung-julung kali telah mengadakan satu event Zumba dan Salsation iaitu, Gombak Fit Dance 1.0 di Dewan MPS, Gombak, selama dua jam, menampilkan instructor zumba dan salsation yang hebat belaka! Melalui pelbagai rintangan, tetapi berkat usaha dan kerjasama setiap AJK, Alhamdulillah, event ini berjaya! Bukan senang nak adakan satu event besar sebegitu! Dengan pujian daripada peserta2 menjadikan kami lebih bersemangat dan menjadikan ia satu titik permulaan untuk seterusnya. Komen-komen pula, sebagai peringatan kami bersama. Peace no War! ;-))
 
Beberapa foto ciput untuk kenang-kenangan kami ^__^
 


Zum, zum, zum, Zumbaaaa!

 

Yang tengah berbaju hitam, Eka Yahya, Salsation Elite Trainer!






Insya-Allah, semoga bertemu lagi di Gombak Fit Dance 2.0. Yeahhh! Lol!


Yang berdekatan dengan Gombak dan berminat untuk mengikuti kelas Zumba dan Salsation (1 jam-ladies only), boleh walk in ke:
 
Zucca Studio, Prima Sri Gombak, 
Isnin-9.30 malam
Rabu-9.30 malam

Walk in = Rm 12

Come, and join me ... stay fit dan fun with Fit Sisters Group! Lol! ^__^

3 comments:

mek da ©™ said...

bestnyaaaa...

Min said...

seronok nya berzumba dan keeping fit. Hi salam perkenalan sis, BW sini :)

http://www.aisyaharith.com/2018/02/tempat-makan-best-di-tanjung-adang-tanjung-pelepas-johor.html

Unknown said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...