Saya mula minat menonton teater ketika di universiti. Ada seorang pensyarah saya suka cerita fasal drama dan teater ... lalu, latihan ilmiah, sy memilih untuk buat fasal drama: “Drama Fitrah dalam Selendang Umi karya Noordin Hassan”. Tapi tak dapat A pun, agaknya sebab jarang2 jumpa penyelia, sape yang nk bagi mu A kan!
Teater pertama yang saya tonton ialah “Syair Siti Zubaidah” di Istana Budaya. Lepas tu, minat saya menonton teater menjadi2. Kemudian ada la beberapa teater kecil yang saya tonton. Masa tu, tak jumpa kawan yang sama2 minat macam saya. Transport tak de, takut nak keluar malam sorang2, jadinya, minat tak ke mana ... sampai situ aje lah....
Kemudian, di tempat kerja saya sekarang, peluang untuk menonton teater sangat banyak, tapi saya aje yang buat tak tahu. Mungkin bila peluang ada di depan mata, buat tak endah. Tetapi ada lah beberapa Teater Perdana yang saya tonton di tempat saya bekerja ni.
Kemudian, di tempat kerja saya sekarang, peluang untuk menonton teater sangat banyak, tapi saya aje yang buat tak tahu. Mungkin bila peluang ada di depan mata, buat tak endah. Tetapi ada lah beberapa Teater Perdana yang saya tonton di tempat saya bekerja ni.
Malam Rabu lepas, saya di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, menonton Teater Perdana 2011 “Harga Sebuah Maruah”-karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah. Suami saya izinkan saya menonton, anak-anak dia yang jaga. Okey, cantekkk ... tq lah. Sesekali suami kena la memahami isteri kan, (yang penting tahu menjaga tatasusila sbg isteri).
Kemudian baru-baru ini, saya telah dikhabarkan dengan teater Badai Semalam di Istana budaya. Lakonan Aaron Aziz sebagai Karim. Waaa! Bergedik2 kaki, tangan, badan saya sebab Aaron! Novel ni saya baca yang cetakan awal2 dulu, kulit warna purple.
Saya tanya suami, “nak g tgk ko dok?”. Saya pujuk2 manja dia, sy ckp, “kalu awk tk nak tgk, sy g tgk sorang, buleh?” Dia angguk. Yesss!!
Tapi saya beli dua tiket juga (18/11/2011) (RM 30 aje pun - duduk kat tiket 30 ni, kecik aje saya tengok pelakon2 kat pentas, hahaha). Pujuk2,suami setuju nak pergi. Sebenarnya, tak tergamak nak hantar anak2 saya ke rumah pengasuh selepas waktu bekerja, tapi saya fikir2 pengasuh saya selamba aje minta cuti berhari2, apa salahnya saya minta tolong dia jaga anak-anak barang 2-3 jam kan? Apa lagi, berdesup la kami ke IB.
Saya tk reti nk komen lebih2, tapi, kesimpulannya saya suka Badai Semalam! Mungkin sebab ada Aaron kot, wakakakaka. Tapi, semua pelakon pun boleh bawa watak masing2, diselit dgn muzikal, jenaka, seronok/terhibur! Lakonan Erra sebagai Mazni pun okey, Cuma ada scene yang Erra agak terlalu over. Cerita ni lebih bermain dgn emosi. Dari mula cerita sampai akhir, mu asyik nangis je Erra....^__^ Tapi okey la tu, dah memang cerita ni kisah sedih Mazni kan, “cinta cita-cita dan pengorbanan”. Nak komen lebih2 saya bukan pengkritik bidang teater ;-)
Dah habis teater tu kan, macam biasa la, perkenal pelakon yang menjayakan persembahan tu. Dalam keriuhan penonton bersorak, bertepuk, tiba2 jeritan manja seorang pompuan “Aaron! Karim! Aaron! Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!” Temannya di sisi, dah menjeling tajam! Eh, ok, ok ... maaf, saya sudah lebih2. Hahahah, Dieyana rupanya! Suaminya sudah menjeling tajam, bini tk sedar diri, hahahah. Okey2,tiba2 malu sendiri, spontan beb! Ai tk sempat nk control yu! Yu tau kan, ai minat Aaron ... yu kata yu minat Rita Rudaini kan, tp sori, rita tak de malam ni! Hahah, laki bini memang sengal! =^__^=
Teater habis kul 11.30 malam, tergesa2 kami balik rumah. Itu pun nasib baik suami saya halang saya ke ruang bergambar/ autograf dgn artis. Saya bukan nak bergambar pun, sebab saya tahu orang berpusu2 ke sana untuk jumpa para pelakon. Just nak tengok Aaron dekat2 aje pun. ^__^ Nasib baik tak pergi, kalau tidak, memang berjalan tak betul la saya kalau dapat tengok Aaron depan mata! ^__^
Tunggu filem Ombak Rindu pula Disember ni, filem adaptasi drpd novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari. Aaron lagi! ^_^
Tak banyak gambar saya di Istana budaya, kerana jiwa saya lebih meronta2 nak tonton Badai Semalam Aaron Aziz berbanding bergambar ^__^
**(Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Muda! "Negaraku, tanah tumpahnya darahku..."eh mu tetiba aje rasa patriotik lebih hari ni ... bersemangat nak nyanyi Negaraku, aci gitu? ^__^)
2 comments:
teringin sangat nak nengok teater tp x penah ada kesempatan...
izan pegi hari ahad show last hehe...
citer dia biasa je kan..tp amik pelakon2 hebat tu jadi ramai tu...
suka tgk emelda =)
Post a Comment