Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadan.
Hari ni dah 5 hari berpuasa, cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, Tuhan memberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan yang mulia ini. Hasil pun, alhamdulillah..agak memberangsangkan. Sebelum nak puasa ni, rasa berdebar, bimbang, risau dan sewaktu dgnnya sentiasa berlegar2 dlm kepala nih...tambah2 lagi kat ruang beku dlm peti tu dah zero!! Fuh...tapi, alhamdulillah, bekalan bulan puasa utk wafiy, mencukupi. Tak putus2 ku berdoa, dan mengamalkan makanan/minuman yang memaintainkan hasil...harus bekerja keras, buang perasaan malas/letih di bulan puasa...Kurma-wajib, kubuat ice blended kuram-ambil resepi kat susuibu.com. Sedap+berkhasiat utk ibu2 yang menyusu/sesiapa saja... Alhamdulillah...walaupun 3/4 kali ku ngepam, badan still bermaya, dan cergas utk masuk dapur menguruskan hidangan berbuka puasa.
Bulan puasa ni sangat jarang kami ke bazar Ramadan. Walaupun di sekitar kediamanku berlambak2 orang berjual, tapi setakat hari ini ku belum menjejak kaki ke situ. Tak sanggup nak bersesak2 dgn orang ramai dan jangkaan ku, tak dak kuih yg boleh memecah liur aku dan suami. setakat karipap, donut..tu..ehehhe..itu bukan kuih bulan poso...ku rindu ngan jala emas...feveret ku!! kalau ada jual kat sini pun ntah sedap/ tidak/sukar didapati....(kalu sesiapa yang jumpa jala mas sdp, bgtau! Huhuuh. Bila dah pekena air+nasi+kurma=memadai, itu pun dah rasa kekenyangan yang amat. Alhamdulillah. Moga2 diberi kesihatan yang baik dan tenaga yang maksima(heheh) sehingga penghujung Ramadan. Insya-Allah.
Dan, pastinya, bulan Ramadan ni jugak aku terkenangkan masakan ma kat kampung...dgrnya semalam buat kerabu perut.Fuhhhh. Dan, setiap hari-4.30 pagi, nak bangun sahur, ma akan mesej/miss called aku agar bngun sahur..heheh... sampai kawin pun ma masih kejut aku bangun agar tidak terlajak tidur. Terima kasih ma! Dan, ma jugak lah menjadi rujukan utk aku menyiapkan hidangan ringkas berbuka puasa. Kawan2 kat opis pun aku tanya2 gak...kadang2 jadi buntu tk tau nk masak apa. Al-maklum la, aku ni bukan reti sgt masak nih...setakat nak bg mkn anak2 n suami..bleh la..hehhe. Internet pun jadi bahan rujukan aku...macam2 resepi aku copy, tapi...ntah buat atau tidak, balik2 resepi yg sama jugak aku buat..ahahhaha.... Tapi tahun nih aku cam rajin la skit...skit...:-)) Selagi terdaya....tapi dalam kepala nak buat itu ini, nak buat biskut raya la konon..hahah..sudahnya...(paham2 sendiri lah ye). Semangat tu ada, tapi nak start tuh....:-))
Apa2 pun semoga Ramadan ini membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam....semoga kita sama2 mengambil peluang menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini, dan amalan2 itu diterima oleh Allah SWT. Insya-Allah....

Thursday, August 20, 2009

Cerita II

Penat juga aku minggu lepas. Tetapi demi anak2, ku gagahkan jua untuk mereka. Penat/letih kuletak tepi, walaupun kadangkala ada juga aku baran tak tentu pasal. Malam Khamis, satu kejadian lagi berlaku. Lebih kurang pukul 1 pagi, Wafiy bangun, meraung2. Aku dan husband panik, tak tahu nak buat apa, kejap2 pegang badan-tak panas, ketuk2 perut-tak kembung pun, baca apa2 yang patut, buka baju Wafiy, kejap diam...Fuh... susu pun tak nak minum. Tidur sekejap. Tak sampai 30 minit tidur, sedar lagi. Bimbang kami, hanya Tuhan yang tahu waktu tu. Pukul 6 pagi, baru Wafiy tidur. Time dia mamai, aku bagi juga susu, nasib baik nak. Agaknya dah tahap lapar sangat. Aku pula, dah pening2. Erm..cuti kecemasan la jawabnya. Kebetulan pagi tu, makcik pengasuh telefon, tak bleh jaga, tak sanggup/serik agaknya. Ermm... pagi tu aku tengok mulut Wafiy merah2...bimbang yang amat!! Sakit mulutkah dia?
Dua hari aku kecemasan, sedangkan hari Khamis tu la ada pertemuan pentingggg editor dan KP. Aku harap bos dan kawan2 lain memahami. Tak sanggup aku tinggalkan Wafiy, dan aku pun tak nak suruh husband cuti, dengan keadaan Wafiy yang agak lemah...
Alhamdulillah, Ahad tu Wafiy dah benar2 sihat. Syukur yang amat....
Isnin-17/08, husband cuti, jaga anak2. Pengasuh baru pulang dari Sabah. Sebagai langkah keselamatan, suami menasihatiku agar tidak menghantar anak2 ke rumah mereka untuk sementara waktu. Bimbang dengan penyakit yang semakin menular sekarang ini...(maklum baru balik dari Sabah!). Nauzubillah. Tengah hari aku pulang ke rumah lagi, agak kelam kabut juga tengok keadaan rumah. Itulah orang lelaki. Agaknya, kalau dibiarkan mereka beberapa hari, fuh haru biru agaknya... Apa2 pun terima kasih 4 my husband, jaga anak.... Selasa n Rabu tu aku pula yang cuti. Nasib bos memahami. Thanks bos. Ikutkan hati seminggu ni aku tak nak hantar anak2 ku ke rumah pengasuh tu...Erm...tapi...tawakal....n berdoa, tidak ada apa2 yang berlaku...Semoga mereka sihat walafiat dan dijauhkan dari penyakit2 yang tidak diingini.
And 4 Aleeya, sori sebab tak dapat menghadiri majlis besar awak tu. Apa2 pun tahniah daripada saya dan teruskan berkarya!! Sebenarnya, ini pun salah satu agenda aku yang dh rancang awal nak ke majlis Aleeya tu.. Ermm..apa boleh buat...
Macam2 perkara berlaku, tanpa diduga, semuanya ketentuan Tuhan. Dan, menguji tahap kesabaranku. Lagi satu perkara yang membimbangkan, susu langsung dah abis dlm peti tu!! Uwaaa... Bekerja keras la aku untuk bekalan harian Wafiy. Ada yang bgtau aku, kenapa tak bagi formula aje? Oppsss!! Maaf, aku belum bersedia, selagi aku terdaya dan mampu untuk memberi yang terbaik untuk Wafiy. Insya-Allah...Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA....
Note: Blended Kurma! Jgn lupa..heheh...menu utama pada bulan posa..agar 'hasil' sentiasa ada....Makan la makanan berkhasiat...Ku sentiasa mencari menu yang bersesuaian...teruskan 'aktiviti' seperti biasa.

Cerita I

Salam untuk semua. Agak lama aku tak buka blog, nak tgk /baca blog kwn2 pun tak sempat.
Macam2 perkara berlaku minggu lepas, sehingga aku terpaksa cuti kecemasan. Sebenarnya sedikit kesulitan telah berlaku pada awal minggu lepas. Pengasuh anak2 ke Sabah-bercuti! Dan, dia sentiasa mengingatkan aku agar aku dapat mencari pengganti dalam seminggu itu/ pun aku mohon cuti. Adess! Fikir punya fikir, akhirnya aku dan suami minta pertolongan pengasuh lama menjaga 2 beradik untuk sementara waktu-hanya 5 hari, itu pun husband akan ambil mereka awal-pulang dr sekolah-><>
Nak dijadikan cerita, 2 hari husband pulang lewat, ada kursus di IB. Pengasuh-kejap2 telefon, cakap Wafiy tak nak susu, tak nak tidur, tak nak makan. Ermmmm?? Akhirnya kuambil keputusan untuk pulang awal. Wafiy: demam2, badan panas...! Petang-husband pulang dr sekolah, bawa g klinik. Suhu semakin tinggi, 38.9! Apa lagi, doc masukkan ubat buntut. Fuh, kejap2 balik dr klinik, suhunya turun. Alhamdulillah.
Malam-Majlis Wacana anjuran bahagian aku. Aku dah 50-50 anatara nk pergi / tidak. Akhirnya aku pergi jua dgn ujan yg agak lebat-demi bahagian..huuhuh, dan Wafiy mcm dh ok-bagi ubat. Pengasuh telah mengoferkan diri agar tinggal Wafiy kepadanya. Mujur juga. Iman aje yang kami bawak, itu pun Iman 'berona' juga kat Dewan. Ngantuk n letih agaknya.
Rabu-aku pergi kerja seperti biasa. Sekejapan pengasuh call lagi-cakap Wafiy langsung tak nak makan n susu abis!! Adoi! Terpaksa aku balik tengah hari-bagi susu perahan hari tu, Ini kes tak de stok! Waaaaa.. Nasib baik ada K.Fida, ajak dia, balik sekejap, antar susu. Thanks kak! Sampai aje rmh pengasuh, ok je Wafiy? Nampak aku, gelak2, main elok aje..Iman pula duk makan nasi...Ermmm?? Dari pengalaman yg lepas2, mak cik pengasuh tu kalut sedikit, tapi dalam hati timbul juga rasa kasihan kat dia, dia pun baru baik dr sakit misteri..ermmm..
be continue....

Thursday, August 6, 2009

Semalam



Salam.
4 Ogos 2009 lalu, aku ke Auditorium Muzium Negara mengikuti forum sempena minggu penyusuan ibu sedunia dengan member pengepam tegar..mamazarin..:-)) Tiga orang panel mebincangkan kepentingan susu ibu-Puan Che Aini, seorang ustaz, dan seorang Tuan Haji...(lupa pulak nk catat namanye...)...dapat le ilmu n pengetahuan pasal susu ibu nih. Bagi aku, sejam mana cukup nak bincang panjang lebar pasal SI nih..tapi sedikit sebanyak...dapat le jugak... Aku tengok, ada gak yang tidur....borak2..ermmm..aku tk tau kenapa, mungkin nagntuk sgt, semlm tk tidur, atau tak minat, atau dah tau semua pasal SI(terer la kot)...ntah..aku tk pasti...Kebanyakan yg datang, ibu2 mengandung, nurse, student perubatan, doktor2, ibu menyusu aku tk pasti berapa kerat....
Dan seperti biasa, beg itam ku, sentiasa ku bawak...begitu jugak ngan mamazarin...lps abis je forum tuh, berhenti minum. Tapi..aku n mamazarin...mula gelisah, nk cari tempat/bilik yg boleh mengurangkan kesakitan(dh lari masa dikk...). Dan mamazarin mainkan peranan, ayat lebih kurang cam ni lah<
Mamazarin: Nak tanya, ada tak bilik/surau ke, kami nak ngepam nih..
Pempuan (ajk forum): Ermmm...? Kat dlm pun bleh, guna letrik ke manual?(dengan suara yg agak "menyengik')
Kami dah mcm geram...Aku kat tepi dah rasa nk tumbuk aje muka dia...muka dah le cam sombong
Pempuan tu sambung lagi...: saya just pakai tgn je. Tak reti pakai tangan ke? (mcm bangga aje)
Mamazarin: Tak de ke surau?
Dia tunjuk...tapi mcm nak tak nak aje ...kami pun berlalu..sambil membebel...cari surau...jauh betul...
Kata "Say Yes to BF", wat forum mcm nih, tapi tk mesra langsung! Tak reti hormat orang...ckp meninggi...suruh pakai tgn la..suh wat kat dlm dewan la..apa jenis org la! Masing2 ada cara ngepam...takkan la kami nak wat kat dlm dewan tuh....lain le kalu guna Freestyle...ehem...2012 ka?ahahhah..
Apa2 pun...aku bg le 4 bintang utk forum tu...n utk pempuan tuh, jgn la mcm tu...lain kali mesra sikit..tk bnyk pun sikit...(Aku pun tk reti nak peramah ngan orang...tapi kalu org tanya...ada la jugak keperamahanku tu..walaupun dibuat2..ehheh)..

Monday, August 3, 2009

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia


Salam to readers....



Selamat menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia-1-7 Ogos 2009.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...