Penat juga aku minggu lepas. Tetapi demi anak2, ku gagahkan jua untuk mereka. Penat/letih kuletak tepi, walaupun kadangkala ada juga aku baran tak tentu pasal. Malam Khamis, satu kejadian lagi berlaku. Lebih kurang pukul 1 pagi, Wafiy bangun, meraung2. Aku dan husband panik, tak tahu nak buat apa, kejap2 pegang badan-tak panas, ketuk2 perut-tak kembung pun, baca apa2 yang patut, buka baju Wafiy, kejap diam...Fuh... susu pun tak nak minum. Tidur sekejap. Tak sampai 30 minit tidur, sedar lagi. Bimbang kami, hanya Tuhan yang tahu waktu tu. Pukul 6 pagi, baru Wafiy tidur. Time dia mamai, aku bagi juga susu, nasib baik nak. Agaknya dah tahap lapar sangat. Aku pula, dah pening2. Erm..cuti kecemasan la jawabnya. Kebetulan pagi tu, makcik pengasuh telefon, tak bleh jaga, tak sanggup/serik agaknya. Ermm... pagi tu aku tengok mulut Wafiy merah2...bimbang yang amat!! Sakit mulutkah dia?
Dua hari aku kecemasan, sedangkan hari Khamis tu la ada pertemuan pentingggg editor dan KP. Aku harap bos dan kawan2 lain memahami. Tak sanggup aku tinggalkan Wafiy, dan aku pun tak nak suruh husband cuti, dengan keadaan Wafiy yang agak lemah...
Alhamdulillah, Ahad tu Wafiy dah benar2 sihat. Syukur yang amat....
Isnin-17/08, husband cuti, jaga anak2. Pengasuh baru pulang dari Sabah. Sebagai langkah keselamatan, suami menasihatiku agar tidak menghantar anak2 ke rumah mereka untuk sementara waktu. Bimbang dengan penyakit yang semakin menular sekarang ini...(maklum baru balik dari Sabah!). Nauzubillah. Tengah hari aku pulang ke rumah lagi, agak kelam kabut juga tengok keadaan rumah. Itulah orang lelaki. Agaknya, kalau dibiarkan mereka beberapa hari, fuh haru biru agaknya... Apa2 pun terima kasih 4 my husband, jaga anak.... Selasa n Rabu tu aku pula yang cuti. Nasib bos memahami. Thanks bos. Ikutkan hati seminggu ni aku tak nak hantar anak2 ku ke rumah pengasuh tu...Erm...tapi...tawakal....n berdoa, tidak ada apa2 yang berlaku...Semoga mereka sihat walafiat dan dijauhkan dari penyakit2 yang tidak diingini.
And 4 Aleeya, sori sebab tak dapat menghadiri majlis besar awak tu. Apa2 pun tahniah daripada saya dan teruskan berkarya!! Sebenarnya, ini pun salah satu agenda aku yang dh rancang awal nak ke majlis Aleeya tu.. Ermm..apa boleh buat...
Macam2 perkara berlaku, tanpa diduga, semuanya ketentuan Tuhan. Dan, menguji tahap kesabaranku. Lagi satu perkara yang membimbangkan, susu langsung dah abis dlm peti tu!! Uwaaa... Bekerja keras la aku untuk bekalan harian Wafiy. Ada yang bgtau aku, kenapa tak bagi formula aje? Oppsss!! Maaf, aku belum bersedia, selagi aku terdaya dan mampu untuk memberi yang terbaik untuk Wafiy. Insya-Allah...Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA....
Note: Blended Kurma! Jgn lupa..heheh...menu utama pada bulan posa..agar 'hasil' sentiasa ada....Makan la makanan berkhasiat...Ku sentiasa mencari menu yang bersesuaian...teruskan 'aktiviti' seperti biasa.
No comments:
Post a Comment