Monday, November 23, 2009

Dan, Akhirnya....

Alhamdulillah...tengah hari tadi, akhirnya aku dan suami telah mendaftar Iman ke Tadika Genius Aulad...Lega rasa hati...aku pula yang teruja, harap2 Iman rasa seronok ke tadika tu. Aku dan suami akhirnya berjumpa dengan tadika yang menerapkan konsep Islamic-English.
Genius Aulad, yang baru dibuka cawangannya di Wangsa Maju, nak kata dekat ngan rumah aku...tak la sgt..tapi boleh la... Sabtu lepas tadika ni buka pendaftaran...tapi kami berhalangan, so, hari ni aku call teacher Ayu, dan kami ke sana tengah hari tadi...teacher tu brief kami tentang Genius Aulad. Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dgn penerangan teacher tu.
Aku harap nanti Iman akan seronok dan mendapat bnyk ilmu di tadika tersebut. Tak sabar nak balik rumah, bagitau Iman tentang persekolahannya nanti! Dan, pasti beg ben 10/ultraman akan dimintanya nanti..ahahhah. Dan aku, pastinya tak sabar menunggu 1 Januari 2010 nanti! Heheheh..macam tak sangka pula, anakku akan bersekolah pada usianya 4 tahun..:-)) Harap2 semuanya berjalan lancar. Insya-Allah (Macam aku pulak yg nak bersekolah..kui kui kui)

1 comment:

Noraminah Omar said...

ha..ni nak infom gak la..tgk www.geniusauladdamansara.blogspot.com...

ada link utk branch wangsa maju. rasanye, mesti kena follow tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...