Wednesday, January 27, 2010

Mana Cerita Saya??


Cerita tentang Iman, cerita tentang Wafiy....


Lagi-lagi Iman n Wafiy, mana cerita tentang Hanapi?

Ehhehe..itulah rungutan kecil berunsur rajukan dari Mr. Hanapi tempoh hari.


Ohhh..bila awk terjah blog saya ni.

Ehheheh...tersengih2 aje Mr. Hanapi.


Eh, saya selit doh la citer awk skit2, secara tidak langsung...hehheheh. Okey2, lain kali saya bubuh citer pasal awk..tapi, sy nk citer gapo pasal awk, tak dok hok menarik la...hahahah...(sajer aku usik Mr. Hanapi).

Untuk suami tersayang, nanti I buat satu special entri untuk U ye...sabar ye sayang...hikhikhik. Kali ni I nak cerita pasal Iman n Wafiy lagi..jgn marah!!


Iman, hari ni dah genap 16 hari Iman bersekolah. Alhamdulillah, semakin hari kulihat ada perkembangan positif baik dari segi ilmu yang dipelajarinya, dan perangainya yg sebelum ini sedikit buas. Hubungan dengan adiknya, Wafiy, baik, nyanyikan lagu untuk adik, bacakan buku untuk adik. Sekarang Iman lebih banyak mengalah. Dan Wafiy, jika tidak peroleh apa yang dia nak dari Iman, pandai pula dia "puk" abgnya. Melawan wei si kecik ni. Wafiy memang tak nak mengalah.


"Bangun pagi, gosok gigi, makan roti, minum susu...." (Alamak Iman, mama lupa lirik la, nanti nyanyikan lagi untuk mama ye..hikhik)




Where is caterpilar?

Here, comes caterpilar, looking for some lunch, yummy green leaves to munch munch munch. Caterpilar sees another tasty treat. A juicy red tomato so good to eat..."


(petikan daripada soft book Wafiy-"Where is Caterpilar")-


Inilah soft book yang digemari Wafiy. Beli buku ni masa dia berumur 5 bulan. Bila aku sebut je judul buku tu, kedek2 cari buku tu. Dan yang paling best, dia akan bagi buku tu dan duduk di riba sambil membacakan buku untuknya....


Mama sayang Iman Wafiy!


Dan, cerita tentang "saya" tu...tunggu....akan muncul special entri untuk Mr Hanapi . Ahaks!








Sungguh Aku Cinta....

Di keheningan petang,
kucapai tanganmu,
lalu kucium belakang tapak tanganmu,
setitis air terkena,
kau memandangku hairan,
lalu kubisikkan padamu, aku cinta padamu, sungguh aku cinta!
Kemudian ku meraihmu, kubisikkan lagi,
dunia ini hanya pinjam-pinjaman....

Ciuman

Salam...

Renung-renungkan...


Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
(petikan daripada emel)

Muhamad Iman Haziq dan Muhamad Adam Wafiy, permata hati mama dan papa....

Tuesday, January 26, 2010

Sangat Rindu!

Salam...

Lamanya aku tk update blog ni, rasa macam dah usang sangat...dah le blog aku ni tak lawa, tak de make-up langsung. tengok blog kawan2 cun2 belaka...hehhehe..apa2 pun, aku sedapkan hati...biarlah macam ni, neutral gini aje..ahhaha...sedapkan hati. Padahal aku tak reti nak kodek2 blog ni, dan tak berani, kan jadi macam tikus baiki labu. Dah le, dulu ada gitar kat tepi ni, ntah macam mana ilang la pulak, ahhaha..sampai skarang itam legam cam ni aje lah...Tak nak berusaha langsung aku ni demi mencantikkan blog ni.
Setakat ni aku belum bersedia nak cerita apa2 kat sini. Hanya menyinggah...sesungguhnya, aku sangat rindu dan sayang ngan blog aku ni. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan setia ngan blog aku ni. Insya-Allah. Okey..bai2...

Wednesday, January 20, 2010

Buku dan Kanak-kanak

Mari berkongsi ilmu....
* Buku kanak-kanak ialah buku tentang kejujuran, integriti dan visi-penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya.
* Kanak-kanak menerima sesebuah buku bukan kerana sifat analitikalnya, tetapi kerana ada sesuatu yang menyeronokkannya.
* Buku kanak-kanak yang baik memberikan kuasa kukuh kepada pembacanya, bukan pada moralnya, tetapi kerana ada sesuatu untuk pembaca berpaut.
* Kajian tentang perbendaharaan kata dalam buku kanak-kanak yang terkenal mendapati, "... a good writer for children has something to say, he says it in the best way possible and trusts of the vocabulary of such writers as Lewis Carroll or Kenneth Grahame Shows...." (Lilian Smith, The Unreluctant Years, 1953)
* Kanak-kanak mahukan sesuatu yang boleh membuat mereka berasa selamat, bukan melalui unsur-unsur materialistik, tetapi perasaan selamat itu adalah yang berakar umbi dari dalam diri seseorang, yang memberi harapan kerana kanak-kanak tiada konsep masa lampau.
*"Read to Them"-konsep ini perlu diterap kepada anak2 bermula dari o tahun untuk memberi pendedahan awl kepada kanak2 tentang buku dan ia perlu dilakukan berulang2 dengan bahan bacaan yang boleh menarik minat kanak2.
*Memangku kanak2 sambil membaca sesuatu bahan bacaan adalah pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak2.
*Tanamkan prinsip "life long readers" untuk kanak2 bermula dari 0 tahun.
*Kanak2 pada peringkat awal, perlu bantuan orang dewasa untuk menyebut sesuatu perkataan dengan betul, elakkan bercakap pelat dengan kanak2.
(Bengkel Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja, 18-21 Januari 2010)

Thursday, January 7, 2010

Hari Pertama di GA (6 Januari)

Hari ni, aku bercuti. 10.00 pagi, aku menyiapkan sarapan memerangkap makan tengah hari untuk Iman dan Wafiy. Seterika baju sekolah Iman, mengemas beg sekolahnya. Iman pula, tak sabar2 untuk ke sekolah.


"Mama, bila Iman nak pakai baju tu". "Tunggu pukul 12 sayang...makan nasi dulu, kan nanti kotor pulak baju tu."
Seperti yang dijanjikan, 12.20, aku, Iman n pengasuhnya (Ayu), ke sekolah suamiku. Wafiy, aku tinggalkan di rumah pengasuhnya( mak Ayu). Pukul 12.30 kami tiba di sekolah jalan air panas. Tiba-tiba, Ayu cakap, "K.Diana, Ayu ikut akak le, nak hantar Iman n tengok sekolah Iman". So, kami berempat bertolak ke GA.

Pemandangan arah depan GA


Dalam perjalanan, tak putus2 aku, suami n Ayu memeberi kata-kata semangat kepada Iman. Tengok wajah Iman, berseri2, tersengih2 cam kerang busuk anak teruna ku itu..hehehe. Dan, seperti biasa, mulutnya tak berhenti2 bercakap, bertanya itu, ini, begitu begini. Macam bertih goreng! Pup pap pup pap! Itulah Iman, hanya akan berhenti bercakap bila tidur aje. Fuh, sampai kadang-kadang aku terpaksa pura-pura tidur untuk mengelak menjawab pertanyaannya. Yang menjadi mangsanya, papanya lah..:-))

Akhirnya, tiba di GA, kami disambut oleh teacher2 Iman yang peramah, muda2...Iman mula melangkah ke kelasnya, 4 al-Biruni. Terus ke arah mainan2 yang disediakan di meja..ehhehe...Itu aje lah yang dia nampak.


"Seronok la mama, ada mainan"


"Okey Iman, nanti mama dan papa ambik Iman ya. Elok2 kat sini ya!"


"Mama tunggu Iman kat tangga eh"



Hehehhe..ye lah tu, aku dan suami tak de pun tunggu kat tangga, Kami balik ke rumah dan datang semula ke GA untuk menjemputnya. Tersengih-sengih aje Iman. Tak dapat nak gambarkan betapa seronok dan bangganya kami, Iman dapat menyesuaikan diri di sana. Alhamdulillah.

Suasana dalam kelas




Hasil kerja pertama Iman


"Mama, tengok, Iman wat gustin!"

Gustin? Iman wat plastisin ke?

"Gustin la mama!"

Iman tunjuk , "La...mangosteen daa...hahahah"



Debaran Malam Pertama

Salam Januari 2010...


-Ini entri pertama aku di tahun 2010. Dup dap dup dap, ya, debaran malam pertama. Upss..ini debaran malam pertama persekolahan, jangan salah faham ya! Heheheh... Muhamad Iman Haziq telah memulakan persekolahannya semalam, iaitu pada 6 Januari. So, aku nak cerita la, debaran malam 6 Januari tu.


-10.00 malam, 5 Januari 2010...

Mata belum mengantuk,

"

chit, chat, chit, chat, bla bla..okey, esok dalam kul 12.20, kita gerak. Okey kak, kita g sama."


-Itu antara butir penting sms aku dan pengasuh iman. Esok, dia akan hantar aku dan Iman ke sekolah suamiku, dan dari situ, aku dan suami akan menghantar Iman ke Genius Aulad (GA). Esok, 6 Januari, akan bermulalah sesi persekolahan Iman. Rasa berdebar-debar, memikirkan macam mana Iman esok, harap-harap dengan keperamahan dan perangainya yang keletah itu, akan memudahkan perjalanannya di GA nanti. Aku tengok, Iman bukan main lena lagi tidurnya, aku pula yang tak boleh nak tidur..heheh...itu baru anak nak g tadika, belum masuk darjah satu. Agaknya, kalau anak masuk darjah satu, menggelabah tak tentu pasal, sebulan tak boleh tidur.Hahahah...


Bersambung!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...