Wednesday, January 20, 2010

Buku dan Kanak-kanak

Mari berkongsi ilmu....
* Buku kanak-kanak ialah buku tentang kejujuran, integriti dan visi-penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya.
* Kanak-kanak menerima sesebuah buku bukan kerana sifat analitikalnya, tetapi kerana ada sesuatu yang menyeronokkannya.
* Buku kanak-kanak yang baik memberikan kuasa kukuh kepada pembacanya, bukan pada moralnya, tetapi kerana ada sesuatu untuk pembaca berpaut.
* Kajian tentang perbendaharaan kata dalam buku kanak-kanak yang terkenal mendapati, "... a good writer for children has something to say, he says it in the best way possible and trusts of the vocabulary of such writers as Lewis Carroll or Kenneth Grahame Shows...." (Lilian Smith, The Unreluctant Years, 1953)
* Kanak-kanak mahukan sesuatu yang boleh membuat mereka berasa selamat, bukan melalui unsur-unsur materialistik, tetapi perasaan selamat itu adalah yang berakar umbi dari dalam diri seseorang, yang memberi harapan kerana kanak-kanak tiada konsep masa lampau.
*"Read to Them"-konsep ini perlu diterap kepada anak2 bermula dari o tahun untuk memberi pendedahan awl kepada kanak2 tentang buku dan ia perlu dilakukan berulang2 dengan bahan bacaan yang boleh menarik minat kanak2.
*Memangku kanak2 sambil membaca sesuatu bahan bacaan adalah pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak2.
*Tanamkan prinsip "life long readers" untuk kanak2 bermula dari 0 tahun.
*Kanak2 pada peringkat awal, perlu bantuan orang dewasa untuk menyebut sesuatu perkataan dengan betul, elakkan bercakap pelat dengan kanak2.
(Bengkel Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja, 18-21 Januari 2010)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...