Thursday, January 7, 2010

Hari Pertama di GA (6 Januari)

Hari ni, aku bercuti. 10.00 pagi, aku menyiapkan sarapan memerangkap makan tengah hari untuk Iman dan Wafiy. Seterika baju sekolah Iman, mengemas beg sekolahnya. Iman pula, tak sabar2 untuk ke sekolah.


"Mama, bila Iman nak pakai baju tu". "Tunggu pukul 12 sayang...makan nasi dulu, kan nanti kotor pulak baju tu."
Seperti yang dijanjikan, 12.20, aku, Iman n pengasuhnya (Ayu), ke sekolah suamiku. Wafiy, aku tinggalkan di rumah pengasuhnya( mak Ayu). Pukul 12.30 kami tiba di sekolah jalan air panas. Tiba-tiba, Ayu cakap, "K.Diana, Ayu ikut akak le, nak hantar Iman n tengok sekolah Iman". So, kami berempat bertolak ke GA.

Pemandangan arah depan GA


Dalam perjalanan, tak putus2 aku, suami n Ayu memeberi kata-kata semangat kepada Iman. Tengok wajah Iman, berseri2, tersengih2 cam kerang busuk anak teruna ku itu..hehehe. Dan, seperti biasa, mulutnya tak berhenti2 bercakap, bertanya itu, ini, begitu begini. Macam bertih goreng! Pup pap pup pap! Itulah Iman, hanya akan berhenti bercakap bila tidur aje. Fuh, sampai kadang-kadang aku terpaksa pura-pura tidur untuk mengelak menjawab pertanyaannya. Yang menjadi mangsanya, papanya lah..:-))

Akhirnya, tiba di GA, kami disambut oleh teacher2 Iman yang peramah, muda2...Iman mula melangkah ke kelasnya, 4 al-Biruni. Terus ke arah mainan2 yang disediakan di meja..ehhehe...Itu aje lah yang dia nampak.


"Seronok la mama, ada mainan"


"Okey Iman, nanti mama dan papa ambik Iman ya. Elok2 kat sini ya!"


"Mama tunggu Iman kat tangga eh"



Hehehhe..ye lah tu, aku dan suami tak de pun tunggu kat tangga, Kami balik ke rumah dan datang semula ke GA untuk menjemputnya. Tersengih-sengih aje Iman. Tak dapat nak gambarkan betapa seronok dan bangganya kami, Iman dapat menyesuaikan diri di sana. Alhamdulillah.

Suasana dalam kelas




Hasil kerja pertama Iman


"Mama, tengok, Iman wat gustin!"

Gustin? Iman wat plastisin ke?

"Gustin la mama!"

Iman tunjuk , "La...mangosteen daa...hahahah"



4 comments:

~ IDA ~ said...

Amboi..seronok Iman buat pertama kali ke GA ye. Semua teacher sekarang memang pandai tackle murid2 baru untuk dia orang rasa seronok untuk belajar. Alhamdulillah anak2 k.ida dah berjaya mengharungi zaman tadika ni dgn jayanya. Turn Diana lak ye..hihihi.
Cakap ngan Iman, acik Fida kata mangosteen hasil kerjatangan Iman tu kategori Giant Mangosteen..hihi

- dieyana - said...

Alhamdulillah...rasa seronok sgt kak tgk dia p sekolah, kalu dia rs dh bosan nanti, berenti lah, kesian gak kot2 dia penat...

hehhe..."gustin" kak..:-))

idazs said...

wah...bukan main lagi iman kat GA yea...suka la tu...syukur dia dapat sesuaikan diri...hahahha..nyenyak la mama tidur nanti...

gustin????adessss...mama ni kene blajar lebih lagi nie....nasib baik bukan gusdur:P

- dieyana - said...

-alhamdulillah...
-ha..gustin, silap hr bulan, anak lebih pndai drpd mama.., adess!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...