Thursday, January 7, 2010

Debaran Malam Pertama

Salam Januari 2010...


-Ini entri pertama aku di tahun 2010. Dup dap dup dap, ya, debaran malam pertama. Upss..ini debaran malam pertama persekolahan, jangan salah faham ya! Heheheh... Muhamad Iman Haziq telah memulakan persekolahannya semalam, iaitu pada 6 Januari. So, aku nak cerita la, debaran malam 6 Januari tu.


-10.00 malam, 5 Januari 2010...

Mata belum mengantuk,

"

chit, chat, chit, chat, bla bla..okey, esok dalam kul 12.20, kita gerak. Okey kak, kita g sama."


-Itu antara butir penting sms aku dan pengasuh iman. Esok, dia akan hantar aku dan Iman ke sekolah suamiku, dan dari situ, aku dan suami akan menghantar Iman ke Genius Aulad (GA). Esok, 6 Januari, akan bermulalah sesi persekolahan Iman. Rasa berdebar-debar, memikirkan macam mana Iman esok, harap-harap dengan keperamahan dan perangainya yang keletah itu, akan memudahkan perjalanannya di GA nanti. Aku tengok, Iman bukan main lena lagi tidurnya, aku pula yang tak boleh nak tidur..heheh...itu baru anak nak g tadika, belum masuk darjah satu. Agaknya, kalau anak masuk darjah satu, menggelabah tak tentu pasal, sebulan tak boleh tidur.Hahahah...


Bersambung!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...