Wednesday, March 31, 2010

Award!


Huk aloh la, dapat award la puloks..heheheh. Malu rasa, dpt award "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD". Terima kasih la kat Mamazarin (asyik mamazarin aje. glamor mamazarin nih, dh bnyk kali sebut nama dia kat blog aku nih.ahahha. apapa2 pun, mamazarin la org yg paling rapat ngan aku setakat ni kat blog. belanja mkn ye! sbb dh sebut bnyk kali nih..ahhaha.)

So ni adalah syarat untuk terima award ni :-

1. Thank & link the person that gave you the award.

Terima kasih untuk mamazarin (ye, perlu ulang lagi nama ini, sbb dia la aku dpt award ni). Akak rasa gembira n terharu sbb dpt award nih...tima kasih bebanyak, pertama kali dpt awrd ni, nanti bagi lah lagi ye..ahaks. Akak mmang demand..:-))

2. Pass this award onto 7 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

1. Ibudhani

2. Nani-Izlainie

3. Aleya anesa

4.k.fida sinaran

5.fatin

6. Tini-Hayzad

7. Ieza (Cr Damai di Hati)

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

Ok.

4. State 7 things about yourself.

1. Ibu menyusu yg tegarrrr

2. Suka jalan2, tambah2 hari minggu, rimas kalu tk kuar....(yg ni la menjadi rungutan suami, sbb suami kurang gemar.huhuuh)

3. Tak boleh berlama2 kat rumah orang, rimas. (tuan rumah tentu lagi rimas kan kan.heheh)

4. Sensitif

5. Pemaaf

6. Kadang kala, menjadi garang dgn anak2 atas sebab2 tertentu. Tapi garang2 manja gitu, sbb bila garang kat anak2, time tu jugak rs nyesal, cpt2 peluk anak2.

7. Ada lesen kereta, tapi tidak berani nak drive..huhuhu...tolong!!!

Tag drpd Mamazarin.

Salam.

Erm, jarang kena tag ni. Tapi ok gak, sekurang2nya, dpt update n3. Apa2 pun, ku cuba sedaya upaya menyambutnya drpd mamazarin. Yehaaaa! TQ Mamazarin.

Untuk jawab tag ini ada caranyer. Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Isteri, mama, pengurus rumah tangga (masak/kemas umah/basuh baju dan sewaktu dgnnya).


[2] Siapakah diri anda di samping rakan?

Ermm, aku rasa aku ni baik hati, bertolak ansur, pendengar yg setia, tempat aduan (kadang kala..heheh-tk kisah), kelakar le jugak, kadang kala serius (penting tu), lemah lembut, comel (ehhe).

3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Banyak le, lebih drpd 5, tak payah le tulis eh...hanya berharap dalam 5 yg diidam tu, dpt capai satu pun, syukur.

[4] Siapakah nama pasangan anda?

Hanapi bin Mat Zin

5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

i) Hanapi Sayang Diana (sila jgn muntah)

ii) Hanapi Sayang Diana

iii) seperti di atas

iv) sda

v) Kesemua di atas..ahahha

[6] Bila tarikh anda couple?

Alamak, ni yg parah ni, lupa nk catat la tarikh tu (huuhhu)...tk pasti, tetapi yg pasti, JUN 2003.

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Tak pahit sangat, pahit skit2 aje....biarlah yg pahit tu pergi, tak nak kenang. Maaf, sekiranya tidak menjawab soalan.:-))

[8] Lagu tema cinta anda?

Tak de la, sbb dia kurang pengetahuan tentang lagu. uhukuhuk...

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

"Awak, tolong jangan korek idung depan saya." (alergi).

[10] Tag 10 rakan ada yang lain

Camner nak tag sampai 10 nih, senarai pengikut tk ramai..ehhehe. (mana2 yg ada lah eh)

*Nanie-Izlaini
*Ibudhani
*Ieza (mencari damai di hati)

Sekian.

Wednesday, March 24, 2010

"Bekerja Keras!"


Pukul 9 pagi-bertolak ke PWTC, bertugas utk Majlis Jom Kenali SN di ruang legar pentas utama. Walaupun bertugas di luar, ku tidak lupa membawa cooler bag, dgn harapan, ku akan curi2 masa di sana demi bekalan Wafiy, dan dgn harapan ada tempat yg sesuai. Sampai2 di PWTC, kami mengambil tempat di belakang pentas untuk meletak door gift utk diberi kepada tetamu yg hadir nanti. Dan, yang paling best n syukur alhamdulillah, tidak jauh dr tempat kami duduk, ada sebuah bilik kosong kecil perempuan. Salah seorang petugas gerai pesta buku mengatakan itu tempat persalinan. Alhamdulillah, lepas ni aku akan gunakan bilik tersebut.

Tengok jam, pukul 10.15, sebelum majlis berlangsung pukul 11, cepat2 aku ke bilik tersebut. Dan, petugas gerai (pelukis komik) berhampiran bilik tersebut, lantas mengoferkan aku kerusi, mungkin dia memahami 'tugas' aku di bilik kecil itu apabila melihat cooler bag aku tu.

Dengan confidennya aku membuka cooler bag, jeng jeng...tup tup salah satu spare part yg paling penting terlupa bawa! Uwaaaa...dh menggelabah, cari2 kat celah beg, tk de jugak, sah tertinggal dlm strilizer yg baru pg tadi aku kelam kabut mengstreliskan pam..huuhu. Dengan sedaya upaya + nak cepat, cret cret cret....adui....jari jemari terasa sakit n lenguh2 belakang. Terpaksa gak le...dalam pada nak cepat, aku hanya dpt kumpul 3oz aje. Ermmmm, sabar aje lah, aku mengalah n keluar, dgn harapan akan sambung di opis lps abis majlis kul 12 nanti.

Pukul 1.30 balik opis, makan nasi, sambung lagi sesi ke-2, jari jemari jugak la...dapat la 4 oz....aiyaa...baru 7 oz, nampak gaya petang ni kena "BEKERJA KERAS" lagi la......

Tuesday, March 9, 2010

Kukus Forever!

Mood:Rajin

Ermmm, mood rajin dah datang, rajin tulis blog, hehehhe, jangan marah eh. Sekali mood malas+bosan datang tak de siapa yang boleh selamatkan aku, hanya diri sendiri bleh selamatkan diri. Ni aku sajer, nak papar nasi yang aku+ImanWafiyHanapi makan. Sejak bila aku amal cara ni, aku tak pasti, iaitu, nasi kukus. Ya, kami sangat suka nasi kukus. Rice cooker, aku dah simpan dalam almari, berhabuk, time famili datang/sesiapa yg datang n aku jamu nasi, baru aku gunakan rice cooker. Setakat ni, nasi kukus menjadi pilihan kami!


Labu+Bayam Masal Lemak Putih. (1st time buat sayur ni, terus dpt pujian suami...fuh, memang sedap la labu masak lemak putih ni, )


Masih berasap

Nasi apabila dikukus, sangat la sedap, lembut, dan pada masa yang sama tidak membazir. Bayangkan kalau dalam rice cooker, setakat nak masak nasi tak sampai 2 pot, pastinya akan meninggalkan kerak di bahagian bawah, itu yang aku tak nak. Alamak, tiba2 rasa perut keriuk2...ermmm, apa nk masak petang ni eh? Alamak, petang Selasa, ehehhe, apa lagi, pasar malam la...so, mlm ni tak de kukus2 ya....Cau Cin Cau!

Cerita "Saya"

Salam.

Kali ni nak bercerita tentang judul di atas, ya, "Cerita Saya". Saya? Ya, "Saya" bukan aku, tapi "Saya" ialah Dia. Heheh. Saya merujuk kepada, my suami, my love, my dear, my darling, papa n sewaktu dgnnya. Ahaks, jangan rasa menyampah lak ye ngan entri kali ni. Julung2 kalinya, aku wat special entri untuk suami tersyg. Ya, tak pernah lagi, ini lah entri pertama. Tak de sempena hari apa2 pun, sekali sekala Mr. Hanapi perlu interprem kat blog aku ni. Sebelum tu, nak nyanyi skit...
Terdengar bisikan mesra, kalimah keramat bermentera, bermulanya siang, berakhir malamku, tak akan ku jemu menyebut namamu.... (bleh sambung sendiri)

Minggu lepas, latihan sukan seminggu. Sukan? Ya, aku nak fokus tentang sukan. Mr Hanapi ni, aku sangat kagum dengan kejaguhannya sebagai olahragawan sejak dari sekolah rendah, sampai lani, jadi cikgu PJ. Ahaks. Sesungguhnya, aku harus puji melambung2 suami aku ni. Mana la tau kan, esok2 dia buka blog aku, n baca entri ni dan dan tu jugak dia cari sejambak bunga+coklat spt yg diidam2 kan selama ini. (balas budi eh? hahah bukan eh) hehehe. (asyik gelak aje aku nih, sabar aje lah ye).
Boleh dikatakan Mr. Hanapi ni sangat la cemerlang dalam bidang apa jua jenis sukan. Boleh tahan, dan aku tak nafikan dalam keluarga, adik beradik, termasuk ayah mertua aku (muda2 dulu), sangatlah aktif bersukan (sangat beza ngan aku nih, yg sgt la tk suka sukan, tak reti le..) Sekarang, di sekolah, sebagai guru PJ, Mr Hanapi dilantik sebagai pengurus aka jurulatih sukan sekolah. Dan minggu ni, kemuncak acara sukan sedang berlangsung dgn jayanya. Apa kebenda tu, MSSD? Ha gitu lah lebih kurang. Dan, tiap2 hari duk cerita kat aku, target emas n segala bagai, cerita pasal murid2 yang begitu begini dlm sukan tersebut (olahraga).


Kalu bab2 sukan dalam tv pulak, kalah lah aku n anak2, pasti kemenangan berpihak kepada Mr. Hanapi. Rumah aku pulak mana ada Astro, so, kedai mamak menjadi kunjungannya apabila ada perlawanan bola sepak dunia, yg aku tau, pasukan yg dia minat, Liverpool. Nama pemain2 bola sepak dunia, sangatlah dia tahu. (Kesimpulannya, aku tk nk Astro (chanel sukan) ada dlm rumah aku ye...heheh)

Disebabkan kecederaan lutut yang dialami (semasa menuntut di maktab), so, dia stop bersukan, just juru latih/ pengurus n pastinya perkembangan tentang sukan sentiasa diikuti. Hanya kebelakangan ini, jadual badminton setiap malam sabtu(pastinya), pasti akan menjadi rutin mingguannya bersama-sama teman. Mungkin kecederaan yang dialaminya beransur pulih. harap2 begitulah. Namun, aku sentiasa menasihatinya, jgn aktif sgt, seperti biasa dia akan angguk, n jawapannya, "ala, main sikit2 aje, banyak bersembang, itu aje lah masa nok jupo sain2". Amboi, pandai jawap, hehehhe apa2 aje lah, janji bahagia, yang penting, saya n anak2 tidak terabai...hehehe (gelak lagi). Majulah sukan untuk Mr. Hanapi! Eheheh...

Dan lagi, aku nak fokus tentang Mr. Hanapi ni, yang sangat aku kagum ialah, sangat2 menghormati famili aku, itu yang penting! Pandai beramah mesra ngan famili aku n sanak saudara aku yang lain. Sifatnya yang terpuji itu lah menjadi pokok utama ba n ma tanpa pikir lama, terus bersetuju menerimanya sebagai menantu. (ma n ba amat berhati2 dlm memilih bakal pasangan anak2). Kepandaian Mr Hanapi dalam pergaulannya dgn sanak saudara menjadikan aku sangat la bangga punyai suami sepertinya. Orang kata, pandai ambil hati orang tua, ha cam tu la Mr. Hanapi ni. Mungkin pergaulan yg sangat2 rapat dalam kalangan sanak saudara sebelahnya, menjadikan Mr. Hanapi tidak kekok apabila berdamping dgn famili n sanak saudaraku.

Apa-apa pun, alhamdulillah kerana aku dipertemukan dgn Mr. Hanapi, yang pada mulanya hanya sebagai rakan sekelas, sehingga akhirnya (dipertemukan kembali, selepas kami membawa haluan masing2) mengambil keputusan utk menjadi pasangan bercinta...chewahhhhh (setahun je), kemudian bertunang (setahun gak), seterusnya, pada 2 Jun 2005, kami diakad nikah. Syukur alhamdulillah....




Friday, March 5, 2010

Masjid Ala 'Beijing'

Salam.


Cuaca panas terik....

Rantau Panjang Kelantan, tempat popular untuk membeli-belah. Ada yang sanggup datang dari selatan tanah air untuk mendapatkan pinggan mangkuk buatan Thailand. Kini, ia memiliki satu lagi tarikan dengan pembukaan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail akhir tahun lalu. Dibina dengan kos RM 8.8 juta, masjid ini dikatakan yang pertama menerapkan seni bina China di Kelantan.

Dalam kalangan penduduk tempatan, ia lebih dikenali sebagai masjid China atau Beijing kerana seni bina berlandaskan Masjid Niujie di Beijing yang sudah berusia lebih 1000 tahun. Kompleks masjid dua tingkat itu dapat memuatkan sehingga 1000 jemaah pada satu-satu masa.

Hanya berdua
(*Sumber: Harian Metro, Februari 2010)

Wednesday, March 3, 2010

Kolestrol Tinggi vs Diet Seimbang....

Salam

Semalam aku mc. Kesakitan kepala tahap tinggi, ditambah dengan mual, pening, rasa cam nak pitam (gelap mata), kenalin (degupan jantung rs cam laju sgt). Tengah hari aku ke Pusrawi Jalan Ipoh, cerita kat doktor, bla bla. Doktor tanya aku balik, u pegnen ke? Ahaks, mana ada doktor. Senyum aje doktor....n tanya last period n segala bagai. Dan, aku citer gak yg aku makan kambing bnyk, tak ingat dunia. Hehhehe..doktor senyum lagi. Doktor cek aku punya tekanan, ermmmm.... Dan, aku tunjuk kat birai mata aku (tompokan kekuningan yg semakin membesar). HOHOHO, doktor cakap, ini kolestrol nih, kemungkinan, tahap kolestrol aku tinggi. Aku dah agak n tak terkejut. Doktor cerita panjang gak ngan aku pasal kolestrol...bla bla, tak semestinya badan kurus, bla bla....keturunan..bla bla. Cara pemakanan bla bla. Fuhhhh..rasa sakit kepala, bertambah2 sakit rasa dgn penerangan doktor yg panjang lebar. Aku terbayangkan saluran dlm badan aku tersumbat, penuh ngan lemak2..oh tidaakkkkk!!

Kaki lembu-feveret aku!

Doktor sarankan agar aku wat ujian tahap kolestrol....Ermmmm...Aku akui, pemakanan aku yang berlebihan2 lemak/minyak/ n makanan segera, boleh tahan juga. Bab2 lemak tu aku suka sgt, tak pedulikan kesan yg akan timbul suatu hari nanti. Pengambilan kuah bersantan, adalah kegemaranku sejak dari kanak2 lagi, kalu ma buat lauk yang beasaskan singgang, aku akan bermasam muka, tak nak makan nasi..adoiii.. Sayur n buah menjadi kegemaran ku hanya bila aku pegnen anak pertama, itupun setelah dipaksa oleh suami. Nasi lemak? Oh, itu sarapan kegemaran aku, kena dgn tumis yg sedap, tiap2 hari aku sanggup makan nasi lemak!


Aku bayangkan aku perlu ikut menu ni:

-Sarapan-roti bakar/ susu segelas
-Makan tengah hari-nasi, kuah berasaskan sup (kurangkan pengambilan kuah bersantan), ikan/sayur/air suam
-Minum petang-kuih/buah/susu segelas
-Malam-nasi/sup sayur/buah

Hohohoho, boleh ke aku ikut menu yg macam gini? Oh....2/3 hari rasanya boleh la kot....hehhehe..Apa2 pun aku perlu kurangkan makanan berlemak/berminyak n makanan segera. Bukanlah terus stop, tapi (ditegaskan sekali lagi untuk peringatan kepada diri), KURANGKAN dan ambil dalam KUANTITI yang DIBENARKAN. Fuhhh....Sangat la takut dgn penyakit2 yang tidak diigini!! Oat boleh kurangkan tahap kolestrol dlm badan?? Erm, kena amalkan oat pulak la lepas ni.... (Pd ms yg sama, oat leh tambah hasil pengeluaran!)

Monday, March 1, 2010

Catatan Ringkas 3 Hari

Salam....

Sekadar suka2, catatan 3 hari cuti. Sajer, nak kongsi, dan mungkin ada yang ambil kesempatan balik kampung/ bercuti/dsbnya.
Kami (ImanWafiyHanapi) Jumaat-Tak de ke mana2. Duduk rumah, lepak2, rehatkan badan, dan aku, ambil kesempatan mengemas rumah, ngemop, yang paling penting, aktiviti melipat kain baju yang menimbun! Pagi2 siapkan sarapan, sambung lipat baju (bnyk wei!), tengah hari, sediakan makan tengah hari...releks jap, layan anak2 tengok kartun.

Perkarangan Tropicana

Sabtu-Pagi-sediakan sarapan, tengah hari-p kenduri kawin kat flat, tunjuk muka, tak pegi, serba salah, jumpa tiap2 hari. Lepas zuhur, pegi pulak rumah opis mate kat Bangi, naik rumah. Tahniah Syuk duduk rumah baru! Balik dr Bangi, pegi pulak Tropicana Golf Resort. Voucher makan malam, kalau nak p sajer2 tak de nya pegi tempat mewah cam tu..Fuh, dahsyat makanan! Sedap! TQ Rahimi (member suami) bagi voucher tu! (Tak de pic...segan nak ambik gamba makanan, kot ada yg perasan org darat mana la ambik gamba makanan tu..ihik!)

Aksi 2 beradik otw ke ikea

Ahad pula, kami ke ikea, semata2 nak makan meatball, beli ice pack, spare part avent. Malas nak bersesak dalam ikea, so, kami p makan, n terus ke D'Curve cari 2 benda penting tu. Sempat menjeling show room kat tepi laluan ke lif. Sangat geram, spare part avent tak dapat, abis stok katanya.

1 untuk aku, 2 utk cik fatin!


Boleh tahan!

Di DCurve, Iman sempat lagi menunjuk2 nak naik moto/kereta tu.
Balik dari D'curve, aku n ImanWafiyHanapi, pengsan sehingga ke petang! Toing!
Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...