Friday, April 16, 2010

Nota Kecil untuk Isteri

Isteriku,
Usah memandang kejayaan orang lain tanpa berbuat apa-apa. Tetapi, pandanglah kejayaan orang lain sebagai pendorong dan semangat untuk dirimu berjaya sepertinya, diikuti usaha, seterusnya, doa kepada Yang Maha Esa.

Isteriku,
Sebenarnya dirimu telah berjaya, lupakah bahawa dirimu telah mengecap kejayaan, kejayaan yang sangat BESAR! Dirimu telah memperoleh harta yang tiada tandingnya. Ya, Muhammad Iman Haziq dan Muhammad Adam Wafiy, itulah harta yang begitu berharga, itulah harta yang dianugerahkan Yang Maha Esa untuk kita. Jagalah kedua-duanya dengan baik, berilah didikan yang sempurna, bimbingan agama yang secukupnya untuk mereka.
Isteriku,
TERIMA KASIH untuk segala-galanya.
Ikhlas, Suamimu

4 comments:

IDAZS said...

wow!! touching

- dieyana - said...

idazs: uhuk, tiba2 sayu di pg jumaat!

ibudhani said...

waaa bestnyer dpt note dr asben... asbenku bile la dikau nk bg note2 mcm ni..ihik2x..

sori diana..merepek kat blog awak plak...

- dieyana - said...

ibudhani-hikhihkihk...nota cinta buat isteri. dh tgk pa n ma mei? kebetulan lak, dlm tu, nota cinta buat isteri, belum abis baca, so romantik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...