Friday, April 16, 2010

Usaha dan Kejayaan

Salam Jumaat.
Lama sungguh tidak mencoret DIEYANA78. Rindu benar, umpama merindukan kekasih hati. Ingin bermadu kasih, tapi tidak kesempatan. Kekangan kerja dan masa yang tidak memberi peluang untuk aku mencoret di sini. Wah, terasa serius pula di pagi Jumaat ini. Hehhehe...
Sekadar berkongsi dan melahirkan rasa hati, bukan apa2, sebagai peringatan untuk diri dan kawan2. Tatkala mendengar kejayaan orang lain, alhamdulillah, memanjatkan rasa syukur, lantas kita akan mengucapkan tahniah dengan penuh iklhlas kepada empunya diri. Ya, itulah hasil kejayaan yang diperoleh setelah bertungkus lumus, berusaha untuk mencapai kejayaan. Kadangkala, terfikir, kenapa aku tidak seperti dia, berjaya, memperoleh kesenangan dengan begitu mudah? Ya Allah, tidak bersyukurkah aku? Masya-Allah. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap impian umatnya. Ya, itulah yang dinamakan rezeki. Rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya setelah berlapis-lapis usaha dilakukan si empunya diri. Tidak berusahakah aku? Bukan tidak berusaha, tetapi usaha itu belum mencapai tahap yang membanggakan, mungkin. Kadangkala kita akan menyedapkan hati sendiri agar tidak terus hanyut dengan perkara-perkara yang mungkin boleh menjejaskan akidah.
Dan, si empunya diri yang mengecap kejayaan itu, aku yakin yang dia bukanlah berusaha sedikit, tetapi usahanya BESAR, MENGHARUNGI PELBAGAI CABARAN, BUKAN TIDAK PERNAH GAGAL, dan bermacam2 lagi. Aku percaya! Tiada orang yang kini berjaya, dulunya dia tidak pernah gagal.
Terus lagi, kenapa aku tidak seperti dia? Oh, masih tidak bersyukurkah dengan anugerah dan rezeki yang Allah Taala berikan untuk kita? Cuba fikir dan renung di negara-negara Barat, berapa ramaikah lagi yang hidup dalam kedaifan, kesusahan mendapatkan sesuap nasi. Kanak-kanak kebuluran mencari sesuap nasi, keadaan diri yang tidak terurus, ditimpa bencana dan penyakit yang pelik, luar biasa, masih tidak sedarkah lagi kita di Malaysia, cukup dengan makan, pakai dan bebas daripada ancaman bencana ataupun kedaan negara yang kucar-kacir.
Apa-apa pun, usaha yang berlipat ganda dengan diiringi dengan doa dan tawakal, seharusnya menjadi pegangan untuk memperoleh kejayaan. Allah Taala sentiasa mendengar doa-doa hamba-Nya. Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Adil, lambat atau cepat kejayaan yang diperoleh bukanlah urusan untuk kita menentukannya. Terimalah seadanya, bersyukurlah dengan kurniaan yang diberikan untuk hamba2-Nya. Alhamdulillah. Teringat dengan kata-kata seorang ustaz dalam satu majlis agama, "Biarlah kita penat di atas dunia kerana mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, pasti kesenangan akan diperoleh di akhirat kelak." Insya-Allah....

4 comments:

IDAZS said...

insyaallah

kejayaan pasti milik akak suatu hari nanti..

berusahalah :)

- dieyana - said...

idazs: insya-Allah...berjaya, berjaya. usaha...doa

ibudhani said...

diana..ade org penah kata kat sy... ''Allah nk bg kite pelangi tp Dia bg kte hujan dulu''...

sy penah gak rs mcm tu...mgkin terlebih sket dr diana...sy rs jeles dgn kejayaan kwn sy...puas gak la sy dimotivasikan...insyaAllah kte sama2 berusaha utk berjaya k!!!

- dieyana - said...

ibudhani, betul la, Allah bg hujan dulu, harap2 pelangi tu akan dtg selepas ujan...sesungguhnya, Allah Maha Penyanyang kat hamba-Nya. Segala2 nya hanya Allah maha Mengetahui hamba-Nya. Insya-Allah, berkat usaha, sabar, seterusnya berdoa, kita akan berjaya! insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...