Antara yang menarik perhatianku:
Menurut Zatul Hijanah (Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC),
1. Tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
2. Seseorang ibu tidak seharusnya mengelak atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang masa.
3. Susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang berkerjaya atau berjauhan dengan bayi, jgn lupa mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam.
4. Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
Dan, Puan Zatul juga memberi tip2 berguna menyusukan anak pada bulan puasa. Antaranya:
-susukan atau perah susu dengan kerap pada sebelah malam. Minumlah segelas air suam sebelum mengepam susu.
-perah susu sebelum tidur atau perah sebelah lagi payu dara semasa susukan bayi.
-pam susu badan pada sebelah pagi sebelum bersahur jika payu dara penuh.
-jangan tinggal amalan bersahur.
-selawat satu kali setiap kali makan satu biji kurma.
-jangan tinggal atau kurangkan aktiviti mengepam di tempat kerja.
(Sebelum ni, ada juga gelisah apabila ku nak puasa ganti, dan puasa Ramadan, ku bimbang, pengeluaran susu terganggu. Dan kadang2 timbul perasaan letih konon-padahal malas, nak mengepam bulan puasa. Ya Allah, jauhkanlah perasaan2 negatif itu. )
2 comments:
Selamat Menyusu Badan di Bulan Ramadan ini..semoga terhasil dgn jayanya...Amin.
k.ida-insya-Allah kak...
Post a Comment