Thursday, September 8, 2011

"Perjalanan Jauh Tak Kurasa...."

Salam 10 Syawal. Selamat hari raya ya. Selamat berpuasa 6. Kami cuti raya sampai hari Sabtu (raya ke-5), lepas subuh, 6.30 pagi dah gerak KL. Naik kerja hari Selasa, mood menulis belum datang sepenuhnya. Hari ni rasanya mood dah mari sikit2. Banyak nak bercerita, tapi tak tahu nak mula di mana. Tak pe lah, kita kayuh perlahan2 ... ikut kronologi ya! ^__^


Cerita Balik Kampung (KL-Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Pasir Mas)


Balik kampung hari Jumaat, (kami bertolak sebelum solat jumaat). Kami 3 beranak tunggu Hanapi pulang dari sekolah, semua barang dah packing siap, rumah siap kemas. Bekalan ringkas untuk berbuka puasa petang nanti sudah elok dipacking (udang sambal, ayam goreng). Lega. Siapkan bekalan sebagai persiapan, bimbang orang ramai di setiap gerai/di setiap hentian. Keadaan begitu sentiasa kami alami setiap kali balik bercuti pd musim perayaan. Ada yang berbuka puasa dalam kereta, ada yang menghampar tikar di kawasan R & R, adalah perkara biasa.

Perjalanan dari KL lancar, kereta banyak juga, tapi tiada jem. Cuaca pun elok saja. Dua laluan tol, tiada kesesakan. Alhamdulillah ... syukur. Moga2 perjalanan lancar sehingga ke kampung kami, insya-Allah.

Di Bentong, kereta hampir memasuki Raub, kereta mula sesak. Aduhai. Jem pulok doh wei! Tenang2. Anak-anak elok saja tidur di belakang. Satu jam kereta tidak bergerak. Sesekali bergerak seperti siput. Ada road-block ke? Atau ada eksiden? Oh, semoga semuanya selamat. Tiba-tiba kereta polis, datang, sekejapan, ambulan datang 2/3 buah, oh, mesti eksiden ni. Ya Allah, gerun tetiba. Mulut saya dan suami duk pok pek pek. "Ini mesti eksiden ni!" Lepas tu bomba pulok datang. "Ni mesti teruk eksiden ni." Kereta mula bergerak perlahan. Ya Allah, betullah eksiden. Melibatkan dua kereta, tak silap saya, iswara dan cherry kot. Teruk juga, depan gerai cempedak. Bermacam2 andaian saya dan Hanapi, "dio nok beli cepedok kalih" ... bla bla bla. Kesiannya, nk balik kampungkah mereka? Atau orang tempatan di situ?



Kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, perjalanan lancar, sesekali kereta banyak di jalanan, tapi tiada jem. Saya bersembang dgn Hanapi, tak nak bagi dia mengantuk. Entah bila saya tertidur ^__^ kemudian kami berhenti solat jamak zuhur-asar.


Sambung kembali perjalanan. Sehinggalah hampir ke maghrib, kami berhenti berbuka di stesen minyak, Kuala Krai. Ramai juga kereta berhenti di situ. Seronok dgn suasana yang begitu. Kami berbuka puasa dlm kereta saja. Anak-anak pun turut makan nasi, kata iman, "bestlah mama, mkn nasi dalam kereta," bertambah2 nasi kami 4 beranak.... (lapar jale jauh)


Dan, Alhamdulillah, kami sampai di Pasir Mas (rumah mentua) lebih kurang pukul 9 malam kot. Kami bermalam dan bersahur di rumah mentua, dan petang esok tu berbuka di rumah mentua. Bermalam sekali lagi di rumah mentua. Kemudian barulah balik ke rumah saya pula ... sehinggalah malam raya di rumah saya dan malam2 seterusnya juga di rumah saya ^__^ Kenapa tidak bermalam di rumah mentua? Sebab kata mentua, “tengah hari (siang) marilah jale sini (rumah mentua), malam2 g tidur Lemal (rumah saya) la”. Bilik penuh, ruang tamu pun penuh.... (amboi seronok ya, kamu dieyana!) ^__^

6 comments:

edane said...

kak diyana.. kami balik malam jumaat.. bertolak dr rumah 8.45 malam, sampai di peringat kb, 3pagi. tp balik kot terengganu-jerangau-jabor n singgah di sg.tong sekejap 1am.

IDAZS said...

owh, lama jugok tu perjalanan. alhamdulilah selamat sampai ke destinasi.

Kami pun bertolak dalam kul 1230, kul 5 dh sampai kedah. jalan tak jam..sempatlah berbuka di rumah. kalau tak minum air kosong la jawabnya. hihihihihi

e.l.i.z.@ said...

hihihi best ar gitu..kalu kiro umoh mil eli penuh x cukup bilik gok, tp sapo dey "check-in" dulu la dpt bilik hihihi

- dieyana - said...

etiey-ooo balik kot treganu, cepat juga balik kot tu eh....

- dieyana - said...

idazs-ooo, smpi sebelum berbuka, okey la tu...alhamdulillah semua selamat pergi dan balik...

- dieyana - said...

eliza-rumoh mil diana tak bnyk bilik...tak de istilah saper cepat dia dpt....huhuuh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...