Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka Syawal

Rumah terbuka sana sini. Dah katanya, beraya sebulan, Biasa la, orang Key El ... beraya sebulan, orang kampung mcm saya ni pun, konon2nya ikut la gaya orang Key El, ke rumah terbuka di bulan Syawal. Heheh. Dah katanya tinggal Key El.... ^__^ .


Syawal tahun ni paling ‘dasat’ bagi kami. ‘Dasat’ bukan apa2, setiap Sabtu-Ahad, ada saja jemputan ke rumah terbuka. Rajin pula kali ni kami ke rumah2 terbuka, memang tak jejas la beras kami. Sebab tak de orang nak datang rumah kami, kami la ke rumah orang, heheh. Kalau ke rumah terbuka ni, jarang2 saya berbaju kurung, tapi saya tengok, kebanyakannya ... kalau pergi ke rumah terbuka, mesti berbaju kurung, katanya, barulah ada suasana hari raya. Tapi saya? Selamba aje jeans.... Sebab saya malas nak seterika segala bagai kain baju kurung, cukup2 lah berbaju kurung ke pejabat Isnin – Jumaat. Tapi saya kagum dan seronok melihat orang lain apabila ke rumah terbuka, mereka kelihatan comel dan ayu berbaju kurung....

Berbalik kepada rumah terbuka, memang kerjanya makan-makan aje lah, open house+besday party, semua kami belasah. Sehingga semalam, rasanya itulah yang terakhir kami ke rumah terbuka. Agak2 minggu depan ada lagi tak? Bukan Syawal pun, kalau ada yg nk ngajak kami, insya-Allah kami sampai. ^__^ Kebanyakan rumah terbuka tahun ni adalah jemputan drpd kawan2 suami, dan saudara mara suami. Apa? Nak datang ke rumah kami pula? Walaupun kami tak buat rumah terbuka, boleh aje nak datang rumah tapi, bagitau awal2 ya ... supaya uolls tidak makan sekut tawar cicah air tea...;-)


Gambar? Tak bergambar pun. (Seganlah nak bergambar2 di rumah orang). Datang makan, salam2 dgn tuan rumah, balik. Itulah acara kami Sabtu-Ahad di bulan Syawal tahun ini. Cara kami, dah tahu satu hari nak pergi 2-3 buah rumah, rumah pertama tu, kami tak mkn banyak tau, nanti nyesal, nk mkn utk ke rumah kedua, perut dah penuh. Tambah2 kalau pergi rumah kedua tu, ada menu yang sedap+kesukaan kita. Baik la kita makan sikit2, simpan ruang perut utk rumah2 seterusnya. Penuh kesopanan dan kesusilaan tau! Ada sesiapa yang buat macam kami tak? Atau, kalau ke rumah terbuka, belasah aje makan, tak pandang kiri kanan? Masing-masing punya perut, masing-masing punya gaya ^ __ ^ Hehehh. Eh 'uolls'? Tetiba guna perkataan ni ^___^


Tak kisah la macam mana cara kita ke rumah terbuka, yang penting, kalau seharian berjalan ke rumah terbuka, jangan pula buat-buat lupa akan solat 5 waktu tu. Berjalan, berjalan juga, solat, dilupa jangan!



Ni bukan pasukan nasyid tau! Gambar ketika jamuan di pejabat saya peringkat Jabatan minggu lepas. Yang lain-lain ialah kawan-kawan saya di bahagian. Apa gambar agak kecil? Cukuplah, buat tatapan di kejauhan. Sambil tersipu2 malu ^___^


**(Kami teringin juga nak buat rumah terbuka hari raya. Ada rezeki dan peluang tahun2 yang akan datang, insya-Allah....)

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alamak same la..selambe pg umh org beraya dgn suar jeans!ngeee......

Unknown said...

selagi orang ajak,kita pergi je kan..hehehe

~izan~ said...

tak kisah la cmner kan jnji sopan dan sedap mata memandang =)

seronok kan mkn2 free ni hehe

Akak Kembang said...

hehehehe..semua orang pompuan akan bergambar raya sebegini :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...