Wednesday, December 28, 2011

24 Disember 2012: HARI keJADIan

"Jom mama, hari ni HARI JADI mama, Iman belanja mama tengok kartun."


"Kena ada duit merah (rm 10) berapa, mama, nak tgk wayang?" ^____^

Selesai uruskan bayaran yuran sekolah dan uniform Iman di Genius Aulad, kami terus ke Wangsa Walk di depan sekolah Iman tu ... ayah budak2 bawak budak2, dan mak budak tgk wayang. ^__^ Layan “Alvin and the chipmunks". "Best, seronok, terhibur sungguh." Itu kata mak budak, anak-anak lagilah teruja, sehinggakan Iman cakap, "Mama nanti kita tengok alvin lagi!" Saya anggap kegembiraan anak-anak adalah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup saya! Yang penting anak-anak seronok, mak nya lagi lah seronok! Berjalan nombor satu!





Iman okey aje disuruh bergambar kat replika alvin. Wafiy? Tak nak, takut katanya! Haisy!


Tiket Dewasa=RM 14, dan kanak-kanak=RM 9. Terasa macam mahal pulok 14! Naik harga kah? Atau sebab hari Sabtu? Atau mungkin lain cinema, lain harga tiketnya? Mungkin la kot, sebab ini kali pertama kami tengok wayang di Wangsa Walk. Tayangan pukul 3.50 petang aje yang masih ada sit, jadi, kami g makan, n solat zuhur terlebih dahulu.



Kami makan JM Bariani (Wangsa Maju) depan Wangsa Walk, tepi sekolah Iman. Walhal banyak tempat makan/restoran menarik dalam WW tu, JM Bariani juga pilihan saya. Kami order Bariani Gam Kambing, Bariani Biasa Ayam Goreng, air bandung soda, teh o ais, harga lebih kurang 40++ Puas hati, kena dengan selera kami. Anak-anak pun okey la tak demand nak makan itu ini, tambah2 Iman yang agak cerewet. Sebelum tu, saya dan suami dah buat perjanjian dgn Iman, nak tengok Alvin, kena makan nasi dulu!! Wafiy? Bagi makan apa pun, tak kisah! ^__^


Selesai menonton, kata Wafiy, "best mama, tengok bayang!" Bayang? Ahahah, wa-yang, bukan ba-yang!



Sekarang ni, kalau bergambar, mesti nak buat aksi yang ntah apa-apa. Tak pernah diajar bergambar begitu begini, sesuka aje buat mimik muka yang kelakar-comel! =^__^=



Anak chipmunks ke ni? =^__^=




**Ingatan Sesama Kita:



Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah ke dalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

(Sumber:http://www.ustaznoramin.com/2011/04/haram-sambut-hari-lahir-dengan-meniup.html)


(Nota Dieyana: Mungkin sebelum ni kita tak tahu fasal ni kan, saya sendiri pun baru saja tahu masa nak buat besday iman April lalu. Iman ada sebut, "mama, letak la lilin" "sori Iman, no candle!" Bla bla..bagitau anak elok2, insya-Allah dia faham, jangan kita mengalah kat anak, sebab jelas ia haram kan! lepas ni kalau nak buat besday, beli kek, tk payah la letak lilin, potong aje kek tu, ambik gambar, kemudian makan ramai-ramai.... Amacam?)

Tuesday, December 27, 2011

Puteri Ketiga-33 tahun!

Tersebutlah kisah, Disember 1978, 24 hari bulan-33 tahun yang lalu, lahirnya seorang puteri ketiga dalam keluarga, di sebuah negeri Cik Siti Wan Kembang, di sebuah daerah, Pasir Mas namanya. Alhamdulillah, kelahiran yang cukup sifatnya. Sebelum lahirnya puteri ketiga ini, puteri kedua umurnya tidak panjang, beberapa hari selepas dilahirkan, dia kembali kepada Pencipta, kerana lahirnya tidak cukup bulan. Maka, lahirnya puteri ketiga ini, diberi ganti oleh-Nya atas kehilangan puteri kedua dahulu. Diberi susu, dijagai, dibelai penuh kasih sayang, diberi makan, diberi pendidikan yang secukupnya oleh si ibu dan si ayah.

Hatta, beberapa lama kemudian puteri ketiga dihantar belajar ... mendapat ijazah lalu mencari pekerjaan untuk membalas jasa ibu dan ayah.

Arkian tersebutlah kisah puteri ketiga itu, dengan restu ibu dan ayah, mendirikan rumah tangga dengan jejaka idaman hati. Dan, kini peroleh dua anak lelaki. Alhamdulillah, mereka diberi kesihatan yang baik, fizikal dan mental yang sempurna.



Dan, 24 Disember 2011, puteri ketiga itu menyambut ulang tahunnya yang ke 33! Selamat hari ulang tahun kelahiran Dieyana! Alhamdulillah, Dieyana masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi-Nya. Sujud syukur pada-Mu. Semoga diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan keluarga yang sempurna. Semoga diberi bimbingan oleh-Nya untuk menjadi muslimah sejati. Menjadi anak yang dapat berbakti kepada ibu dan ayah, serta menjadi isteri dan ibu yang baik. Amin, semoga dipermudahkan-Nya.

24 Disember 2011.... 33? Raso tuo doh weih.... tepi mata ada kedut2...=^____^=


(Jangan marah ya, tetiba berbahasa klasik pula ... adakah itu petanda menuju ke arah usia emas? ^__^)

Wednesday, December 21, 2011

Mau Cubit Pipi!

Qisya Insyirah montel dah ... geram-geram mau cubit pipinya! Umi dia tak de, senyap2 saya cubit2 pipi, cium2, konyok2 Qisya! ^__^

2 Bulan Setengah



Oooo ... Umi! Cik Ngoh cubit Qisya!



Mau tinju Cik Ngoh! (panggilan anak2 sedara untuk saya)

Friday, December 16, 2011

Alhamdulillah, Mereka Sihat

Kami adik-beradik, menghitung hari bila Ba dan Ma nak balik ... akhirnya, 7 Disember 2011 lebih kurang pukul 4.30 petang, Ba dan Ma pulang ke tanah air. Alhamdulillah, kedua-duanya sihat ... batuk-batuk kecil, biasalah....


Anak-cucu di Airport KB, menanti kepulangan Ba dan Ma


Alhamdulillah, perasaan sedih dan gembira, bercampur baur tatkala melihat Ba dan Ma keluar dari Balai Ketibaan.


Kata Ba dan Ma, perasaan sedih lain macam nak tinggalkan Makkah mahupun Madinah. Saat melihat Kaabah, hati diruntun sayu. Dan, tatkala melihat Masjid Nabawi, Ya Allah, indahnya ... Subhanaallah....


Ada sinar di wajah....

Kata Ba, di Makkah panas, di Madinah sangat sejuk, 5 'Celcius


Setiap kali Ba dan Ma bercerita pengalaman mereka di sana, hati saya berasa sangat sayu, sesekali air mata bergenang, dan berharap akan dijemput menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Insya-Allah....


Semoga Ba dan Ma sentiasa diberi kesihatan yang baik ... Amin

Wednesday, December 14, 2011

Alamak, Pampers Habis!

Lebih kurang 3 minggu lepas....


"Alamak, pampers habis!"


"Tak dok langsung ko?"


"Tak dok." (Sungguh! Saya ingat ada lagi 2/3 keping, rupanya licin pampersnya)


"Erm, esoklah, lewat doh nok tubik g beli ni. (malam+malas nak keluar), pakai je lah kain lampin." (hehe, kembali kepada zaman dolu2...;-)


Dengan gigih, saya pun pakaikan Wafiy kain lampin, kelakar pula tengok, "Wafiy nak kencing, kencing dalam kain ya, pampers Wafiy dah habis, esok kita beli." Wafiy sengih2 aje.


Pagi esoknya, cuti, elok saja, "mama nak kencing", itu memang biasa lah. Yang paling kami terkejut, "mama nak berak", masuk toilet, terus buang! Sebelum ni, kalau nak buang air besar, masuk toilet, memang tak pernah keluar air besarnya. Tapi bila pakai pampers, barulah keluar air besar tu. Tapi kali ini, tidak perlu pakaikan pampers, keluar air besarnya, hehehh. Itu yang buat kami terkejut tu, pandai dengan sendiri tanpa diajar2.


Bermula saat itu, waima tidur malam atau keluar rumah, Wafiy tidak dipakaikan pampers lagi. Antara pukul 2-3 pagi pasti Wafiy akan terbangun kejutkan kami nak buang air kecil. Ataupun kalau saya terbangun, saya akan kejutkan dia bangun buang air kecil. Tanpa banyak kerenah, dengan mata seperti tak nak buka, berjalan menuju ke toilet. Kemudian sambung tidur balik. Alhamdulillah....


Saya sudah bebas 100% daripada pampers. Bye bye Mr. Drypers!

Sebelum ini, di rumah pengasuh memang sepanjang masa Wafiy dipakaikan pampers. Tak salahkan pengasuh, kerana dia bukan jaga Wafiy seorang, ada beberapa anak2 yang lain juga, mana nak melayan Wafiy lagi, anak-anak yang lain juga. Cuma Sabtu dan Ahad ajelah saya train Wafiy tanpa pampers, itupun, ketika saya teringat/rajin saja (banyak yang tak rajin ehheeh) Nak ajar anak tanpa pampers ni memang sangat menguji kesabaran.


Dari hari kejadian (pampers habis), Wafiy belum ke rumah pengasuh lagi, papanya cuti sekolah, ha, eloklah dia mengisi cutinya dengan menjaga anak-anak. Dan, apabila ke rumah pengasuh tahun depan, Wafiy dah tak perlu pakai pampers lagi! :-))


(Nota untuk Dieyana: Umur Wafiy tanpa pampers-lebih kurang 3 tahun, 2 bulan setengah. Saya kagum melihat ada anak-anak kecil dari usia setahun setengah, atau 2 tahun sudah bebas drp diapers. Biasalah kan, tahap keupayaan kanak2 adalah berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat, tak de hal, cuma kalau yang cepat tu, kredit la untuk mak/ayah dia ... satu pek diapers, boleh bajet beli selai baju anak atau selai tudung si mak ...^__^...)

Monday, December 5, 2011

Nota Kecil Dieyana

Salam semua.

Lama sungguh tak menjengah blog sendiri, blog kawan-kawan apatah lagi. Hari ni baru berkesempatan menjengah. Rindu sungguh! Sebenarnya, saya mengikuti Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan di Kem Bina Negara Kuala Lipis (29 Nov-2 Dis 2011). Hari ni, alhamdulillah bekerja seperti biasa. Esok petang pula kami akan balik kampung, menyambut kepulangan Ba dan Ma dari Tanah Suci, 7 Disember ini. Insya-Allah.... Cuti lagi sampai Ahad, Insya-Allah Isnin depan bekerja seperti biasa.

Jadi, blog ini akan sunyi lagi. Pada yang sudi datang sini, terima kasih ya.... Apa-apa pun, ada umur, ada peluang, kita 'berjumpa' lagi dengan entri-entri Dieyana. Insya-Allah.


"Jaga diri hiasi peribadi".

Salam sayang,

Dieyana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...