Kami adik-beradik, menghitung hari bila Ba dan Ma nak balik ... akhirnya, 7 Disember 2011 lebih kurang pukul 4.30 petang, Ba dan Ma pulang ke tanah air. Alhamdulillah, kedua-duanya sihat ... batuk-batuk kecil, biasalah....
Anak-cucu di Airport KB, menanti kepulangan Ba dan Ma
Alhamdulillah, perasaan sedih dan gembira, bercampur baur tatkala melihat Ba dan Ma keluar dari Balai Ketibaan.
Kata Ba dan Ma, perasaan sedih lain macam nak tinggalkan Makkah mahupun Madinah. Saat melihat Kaabah, hati diruntun sayu. Dan, tatkala melihat Masjid Nabawi, Ya Allah, indahnya ... Subhanaallah....
Ada sinar di wajah....
Kata Ba, di Makkah panas, di Madinah sangat sejuk, 5 'Celcius
Kata Ba, di Makkah panas, di Madinah sangat sejuk, 5 'Celcius
Setiap kali Ba dan Ma bercerita pengalaman mereka di sana, hati saya berasa sangat sayu, sesekali air mata bergenang, dan berharap akan dijemput menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Insya-Allah....
Semoga Ba dan Ma sentiasa diberi kesihatan yang baik ... Amin
5 comments:
alhamdulillah... mereka sihat... tp mmg seronok dgr org cerita pasal ke tanah suci.. hrap2 kita pun dpt pergi kan
syukur alhamdulillah selamat tiba ke tanahair...nampak berseri-seri...
alhamdulillah,..mereka selamat sampa.:)sy follow blog awk..ada msa sudi2la follow blog sy jgk,eh:))
tempat yang diidam2kan semua umat islam. I'allah...jika terpanggil sampai juga kesana kita nanti
syukur alhamdulilah, berseri2 :)
Post a Comment