Tersebutlah kisah, Disember 1978, 24 hari bulan-33 tahun yang lalu, lahirnya seorang puteri ketiga dalam keluarga, di sebuah negeri Cik Siti Wan Kembang, di sebuah daerah, Pasir Mas namanya. Alhamdulillah, kelahiran yang cukup sifatnya. Sebelum lahirnya puteri ketiga ini, puteri kedua umurnya tidak panjang, beberapa hari selepas dilahirkan, dia kembali kepada Pencipta, kerana lahirnya tidak cukup bulan. Maka, lahirnya puteri ketiga ini, diberi ganti oleh-Nya atas kehilangan puteri kedua dahulu. Diberi susu, dijagai, dibelai penuh kasih sayang, diberi makan, diberi pendidikan yang secukupnya oleh si ibu dan si ayah.
Hatta, beberapa lama kemudian puteri ketiga dihantar belajar ... mendapat ijazah lalu mencari pekerjaan untuk membalas jasa ibu dan ayah.
Hatta, beberapa lama kemudian puteri ketiga dihantar belajar ... mendapat ijazah lalu mencari pekerjaan untuk membalas jasa ibu dan ayah.
Arkian tersebutlah kisah puteri ketiga itu, dengan restu ibu dan ayah, mendirikan rumah tangga dengan jejaka idaman hati. Dan, kini peroleh dua anak lelaki. Alhamdulillah, mereka diberi kesihatan yang baik, fizikal dan mental yang sempurna.
Dan, 24 Disember 2011, puteri ketiga itu menyambut ulang tahunnya yang ke 33! Selamat hari ulang tahun kelahiran Dieyana! Alhamdulillah, Dieyana masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi-Nya. Sujud syukur pada-Mu. Semoga diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan keluarga yang sempurna. Semoga diberi bimbingan oleh-Nya untuk menjadi muslimah sejati. Menjadi anak yang dapat berbakti kepada ibu dan ayah, serta menjadi isteri dan ibu yang baik. Amin, semoga dipermudahkan-Nya.
24 Disember 2011.... 33? Raso tuo doh weih.... tepi mata ada kedut2...=^____^=
(Jangan marah ya, tetiba berbahasa klasik pula ... adakah itu petanda menuju ke arah usia emas? ^__^)
8 comments:
happy birthday kak diey.
semoga diberi kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu
age is just a number :)
so kita enjoyyyyy!
happy belated birthday...:)
Happy birthday dik! May Allah Bless you with all the good things in this life and hereafter!
hepi beday!masih nampak muda lagi apa...
Jom Singgah Baca : Gigi Dah Tak Cantik | Faiz
Selamat ulang tahun Dieyana. Semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan kebahagiaan di dunia, mahupun di akhirat nanti!! Inilah yang dikatakan usia ideal, tak muda, tak tua. Kata orang semua yang berada di syurga nanti seusia ini!!!
hepi bday dieyana.... hubby ila 26hb... moga bahagia.. sihat dan ceria sentiasa
Suka baca tutur kata k.dieyana ni..sedap jer semua susun ayat2 tu.yer lah dah kata keje dgn DBP kan harus lah pandai berbahasa yer dak??
Happy Belated Birthday... maaf lambat wish.. aper2 pun semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki... amin...
Post a Comment