Monday, February 20, 2012

'Mutar Ligat' Cari White House

Dah lama cerita ni, seminggu sebelum raya cina hari tu.... Dapat panggilan kecemasan - ayah mentua jatuh, tak sedarkan diri. Terus bergegas balik. Kat tol Gombak mak mentua telefon, "nok balik ko, tak payah la, rasanya ayah okey ni." Perkataan 'rasa' tu buat suami saya tak sedap hati. Kami tahu, dia tak nak susahkan anak-anaknya. Tapi alang-alang dah keluar rumah, tak nak berpatah balik, terus aje lah. Dah balik jauh, ambil cuti satu hari, Isnin.

Terkejut juga bila mendapat panggilan begitu kan. Tambahan lagi ayah mentua saya masih tidak sihat sepenuhnya (serangan strok tahun lepas). Sepanjang 3 hari di Kelantan, alhamdulillah, ayah mentua okey. Alang-alang dah balik Kelantan, ambik kesempatan berjalan2.... Kebetulan melawat saudara di Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu, makan angin di Kota Bharu. Maklum, anak Pasir Mas, jarang2 berjalan di KB nih ... lagak macam pelancong pun ada ^__^ perasan!


Teringat entri Mak Aji pasal White House sedap di KB. 'Mutar ligat' kami cari White House. Kalau kat KL ni, White House tu ala2 macam Kopitiam la, tapi ini versi ore Kelantan. Kalau kat kampung, 'kedai kopi', tapi nama komersil, sedap skit, 'White House' (kelas sikit namanya). Kata Mak Aji, berhadapan Masjid Muhammadi, dekat Quran besar tu ... mutar ligat cari, tak dok pun!


Pusing-pusing tempat sama. Kata suami, telefon la 'kawan' awk tu.... Tanpa segan silu, telefon Mak Aji ... terkejut agaknya Mak Aji, tetiba saya cal dia dih! =^__^= Tapi tak jumpa jugak, malu doh nk cal Mak Aji, saya tanya penjaga muzium kat situ, "ooo, white house, maso ni tutup doh dik." (masa tu dlm pukul 2 petang), katanya "white house buka pagi, pukul 11/12 tengah hari lebih kurang, dia tutup. Alik belakang tu jah dik, tulisan 'White House' kecik jah, adik tengok molek."


Huk aloh la, tu dia White House! Patut la tak jumpa, kedai dia tutup, lepas tu tulisan dia kecik sungguh, berapa kali doh saya lalu sini, masa pusing mutar ligat tadi. ^__^


Tak de rezeki kami nak rasa menu di White House ... nak tengok cerita tentang White House boleh ke blog mak aji cerita fasal white house



**(Apa cerita Subway yang kena 'terjah' dgn Jakim baru-baru ini ya? :-()

6 comments:

edane said...

kak dieyana... nasi lemak bungkus white house sedap. tapi kalau g lepas isyak gak, berderet pak aji kat white house hehhehe... btw mmg sedap. sokmo g tapi tak ajin wat entry... heheh suka ngan roti bakar yg dibakar dgn arang n kaya yg dibuat sendiri...

- dieyana - said...

etiey- ooo, eh ... itu la, pestaim k.dieyana dgr kedai kopi white house ni....langsung tk tau kewujudan white house ni..hihkhihk... oo, malam dia buka eh? insya-Allah balik lain kali nk g...:-)

Iela Fazielah said...

hmm mesti sedap sgt ni..tp sayang kan xde rezki nak mkn kat situ... lain kali le

Ummu Madihah said...

lepas Isyak dia buka balik, time tu org blk jemaah kat masjid terus pekena roti bakar ngan telur masak separuh, tak pun pelbagai nasi!

- dieyana - said...

iela-ha'aa frust jug..mungkin lain kali, insya-Allah...

- dieyana - said...

ummu madihah..ooo gitu eh...tak de rezeki saya nak rasa roti bakar white house...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...